Wednesday, January 26, 2011

esok adalah hari yang dinantikan

hello semua. 
tengok starting entri pakai hello, sebab semalam riak gila melampau habis bila cakap "hi semua" adalah ayat yang tak cool untuk stat entri. huh. tapi hari ni still tak dapat idea nak stat dengan ape tros tukar hi jadi hello dan bajet macam hello adalah lebih cool dari hi walaupon selalu guna hi berbanding hello.
ok, takpe ah manusia macam aku memang suka cakap dulu, nanti2 baru nak fikir ape faedahnya. maka esok, bermulalah pengembaraan aku untuk pulang ke kampung separa bandar halaman. perjalanan yang lebih kurang memakan masa setengah hari dan aku bajet sampai menapak kat dalam rumah adalah dalam pukul 2 petang. dah lama gak la aku tak balik uma. yela, busy kan. lagipon kalau balik selalu, mana ada feel balik kampung bila cuti panjang kan? tak merasa la pengalaman hidup di tempat orang dan sedih bila dengar lagu 'dendang perantau'. walaupon takde la jauh mana Penang tu dari Perlis, tapi aku kena menempuhi perjalanan yang mencabar tau tak. naek bus, naek feri dan jalan kaki. barulah nak sampai rumah. tapi takpela sekali sekala menempuhi perjalanan mencabar camtu baru la ada life ye dak?. so, mungkin nanti balik aku tak update ke hape, korang kena paham sebab2 kalau duduk kat rumah banyak benda boleh buat dari nak duduk depan laptop sampai berpinar biji mata  macam aku selalu buat kat hostel. kalau duduk kat hostel, just jadi student je kan? so, kalau kat rumah tu dah bertambah la tanggungjawab. jadi anak yang baik, jadi kakak yang bagi contoh kat adik2, ouh adik aku ada satu je, apsal aku cakap adik2, ah~ abaikan. banyakkan tanggungjawab? jadi bila ditambah tolak sama la dengan takde time nak update blog picisan ni. jangan la ada yang cakap aku ni berlagak ke hape plax ye.
lagipon balik ni aku nak buat esaimen, download lagu ke hape ke, dan yang paling syok adalah balik nak pegi belaja buat kek dengan resipi yang baru. haha~. brutal2 aku pon ade gak la belajar buat kek ni. lagipon kalau balik rumah, memang la nak ada hidup sihat pegi beriadah petang2. boleh la rehat mata aku kejap dari tengok laptop hari2 dan dah jadi macam panda. tu jela ye untuk hari ni.
ok, take care eh sume. happy CNY n hepi hols!

4 comments:

cahaya izzaty said...

YEAH!!! balik kampung.. haha. hepi hols too

Cik Atiqah Shaharin said...

haha, yeah~ hepi hols tu babe!

Anis izyan Abd Rahman said...

aaipp ,wat assiiigment ~~

Cik Atiqah Shaharin said...

haha. nx anta baru bwt.