Monday, March 28, 2011

Plot dalam movie/Drama yang aku Tak Berapa Minat

hi semua.
aku suka sangat menonton movie ke drama ke, tak kesah la negara mana punya production selagi aku mampu tengok, semua aku nak tengok, muahaha. aku tak suka gila bila ada part ada karakter yang hilang ingatan dalam cerita tu. kau tau sebab apa?

sebab aku tak suka adalah bila orang tu dah la hopeless hilang ingatan dan take time untuk recover and gain balik memori daun pisang dia. ofcos la hidup dia hanya bergantung pada situasi semasa. dia akan hidup dengan mengharap dekat orang yang ada dengan dia, lepas dia satu memori ape pon takde. dia hilang ingatan aku simpati le kan. yang membencikan tu, orang yang ada kat sekeliling dia. macam aku nak hentak-hentak je kepala dorang tu bagi dorang pon sama-sama hilang ingatan. kehkeh. 

yela, korang bayangkan la, ada satu pihak memaksa si hilang ingatan tu supaya cepat-cepat gain balik memori dia, yang ni selalu nya orang kat sekeliling dia adalah orang yang dia kenal sebelum tu. dorang nak dia cepat-cepat ingat dorang and boleh la nak proceed dengan kehidupan dia yang sebelum ni. contoh dalam drama melayu : Si A hari-hari datang jumpa Si B(hilang ingatan), dan menceritakan kenangan yang dorang ada bersama-sama dengan tujuan Si B ni ingat balik dan dorang boleh la melangsungkan perkahwinan.

pihak lagi satu pulak, sama jugak dengan pihak yang kat atas ni. tapi situasi orang yang hilang ingatan tu pulak berbeza sebab memori-memori dia yang sebelum ni, satu pon takde yang baik dan patut dikenang. jadi atas nasihat orang lain, dorang cuba mengelakkan orang-orang yang terdekat dengan dia ni, supaya tak memaksa si hilang ingatan mengingat memori lepas sebab nanti dia akan berasa sengsara. contoh: Si C(hilang ingatan) sebelum ni dia adalah pembunuh upahan, sepanjang idop dia sebelum dia hilang ingatan asyik membunuh je keje , selepas hilang ingatan dia jadi petani yang idop dengan bersederhana tanpa tahu yang dia hilang ingatan pon atas dasar kerja dia yang membahayakan sebelum ni.

pihak yang last ni aku paling benci antara ketiga-tiga pihak yang aku bagitau. aku benci pon bersebab bukan suka-suka nak benci. golongan-golongan ni adalah orang yang hadir pada plot lepas si hilang ingatan tu dah tak ingat pape. kiranya dorang ni tau sape sebenarnya si hilang ingatan tu, tapi untuk kepentingan dia. dia tak membantu dia tu trace balik hidop di sebelum ni. aku bagi contoh la supaya korang paham. contoh: Si D(hilang ingatan) adalah seorang doktor, dia ni hilang ingatan sebab terbabit dengan konspirasi BOD hospital yang dia keje, dorang nak hapuskan dia sebab dia adalah pemegang saham terbesar dalam hospital tu. bila dia dah hilang ingatan, Si E yang sebelum ni memang suka kat dia cuba elakkan dia dari bertemu dengan sape-sape yang kenal dengan Si D, atas tujuan dia dapat la bersama dengan Si D untuk kebahagiaan dia sedangkan dia tahu Si D ni dah ade soul mate yang dok tunggu dia.

tapi tula, kalau asyik nak ikut taste aku je sume cite yang ade kat dunia ni lingkuplah kan? kehkeh. maka haruslah ada watak protagonis supaya bila kau tengok kau rasa "oloo~ kesian nye" dan jugak watak antagonis yang kau rasa nak maki je sepanjang  kau tengok cerita tu. tapi tula, nak jadi pelakon bukan senang sebab kena menghayati watak yang dorang kena bawak tu supaya kalau orang tengok baru la bley feeling-feeling.

ok la. cukup la aku membebel untuk hari ni. take care!

Saturday, March 26, 2011

gua dah tak terfaktab!

semalam 25 march 2011, ya. gua terfaktab. 
hari ni 26 march 2011. gua dah fully recover dari kejadian, gua dah tau gua akan kena dump-gua mintak di-dump-kan-lalu gua di-dump. maka hari ni gua sebagai orang yang dah di dump tanpa ada pape relationship lalu terfaktab memulakan fasa baru dengan pergi ke DEVOTEES FAN MEETING.
eceh, ayat nak dengar class je kan kau tiqah, lempang kang. bunch of thanx towards MPP yang telah menjemput dorang ke kolej kediaman kitorang. best la sebab tak ramai orang and tak perlu berebut untuk mintak otograp dorang. sincerely, aku tak minat pon dorang and aku jugak tak tau pasal dorang. *sori* disebabkan rumet aku ni minat dorang so aku pon join la pegi. at 1st memang kesian sebab sikit orang je yang datang because dak-dak 1st year ada aktiviti pe tah dorang wajib join.
bila aku kat sana, barulah aku tau sape tu devotees. ok, sume kacak-kacak. hahahah. pastu dorang cakap la susah sikit industri nasyid ni nak membangun sebab cam takde sangat supporter. lagipon macam kita semua sedia maklum kan zaman globalisasi ni sume lagu kau boleh download thru on9. so watpe nak pegi kedai cd and beli cd ori ye dak? tapi sometime kita still kena support industri Msia.
so tadi dorang ade jual album baru dorang "berjalan tanpa henti" and ade 9 track dalam tu. real price RM22.90 tapi dorang jual RM20 je. disebabkan aku asyik dengar lagu korea and lagu-lagu lagha yang laen aku pon berbesar hati la nak beli cd dorang and support industri nasyid Msia. maka sebab aku beli cd dan ajak member-member aku beli, maka, aku terhegeh-hegeh pegi dapatkan otograp dorang kat atas cd tu. sebab aku rasa cool camtu and tingin sangat nak buat macam tu kalau aku dapat pegi concert artis korea. jadi, tak dapat artis korea, artis Msia pon ok what.hehe.
dorang gak nyanyi dua lagu secara live untuk kitorang. 1st lagu BERJALAN TANPA HENTI, 1st track dalam album baru dorang and 2nd lagu most requested TIKA DINIHARI. seriously, suara dorang, gila kau lagi sedap dari dalam album. walaupon aku buat-buat tak eksaited, tapi aku rasa muka aku mesti merah masa tergedik-gedik amek otograp tu. haha. aku asek pikir mane la aku nampak ADI AKMAL tu last-last baru ingat, aritu tengok dalam paper yang dia adalah pembaca berita kat channel yang baru tu, TV AL-Hijrah.
maka, mari lihat sendiri gambar-gambar di bawah ini, untuk kepastian.
*damn* pic aku tak msuk ok. T____T

ni la album baru tu, nampak tak ade sign dorg??

ni dpt time beli cd, blkg dia ade otograp, zmn muda dulu ni, loni dah kacak.ahha
sori pasal awal entri, aku pakai gua, sebab aku benci nak tulis benda tu. pape pon thanx for coming to UNIMAP, DEVOTEES. moga kalian terus maju. hehe
thats all, take care. ah, lagi 1 aku tak jadi nak tutup blog sebab aku baru sedar, yang aku cinta gila kat blog ni even blog aku tak best mana la, kalau nak compare dengan blog orang lain, tapi buat pe nak compare kalau aku betul-betul cinta kan blog ni, aku kena la terima seadanya kan kan? hehe. kbye.


Friday, March 25, 2011

terfaktab

hi semua.
aku suka baca terfaktab. tau tak ape tu terfaktab. tak tau? sila klik *terfaktab* untuk ke sana dan menterfaktabkan diri anda.
serius aku adore penulis-penulis terfaktab sebab dorang salu come out dengan story yang best giler and bersama fakta-fakta yang menyebabkan aku teruja. aku betul terfaktab skunk ni. barulah aku paham apa tu terfaktab yang selalu aku dok baca tu. maka hari ni haruslah diingati. 25 march 2011. aku terfaktab oleh diri seniri. dah xde pape nak tulis, nak chow.kbai.
take care!

Thursday, March 24, 2011

tak pakai payung. macho?

hi semua.
sempena beberapa hari ni selalu je hujan kat Perlis ni, maka aku tiba-tiba ade idea nak buat entri pasal payung dan hujan yang cukup sinonim. walhal, musim tak hujan pon orang pakai payung jugak untuk elakkan kulit burn.
tadi masa aku otw nak balik ke hostel, tiba-tiba je hujan. pastu ade 1 group budak laki jalan tengah hujan sambil tak pakai payung. dah la jalan boleh buat selamba je, ala-ala tengah panas. jadi aku pon terpikir la, kalau laki pakai payung tak macho eh? ataupon laki rasa ke-perempuan-an kalau pakai payung? bukan nak kutuk sape-sape sebab adik aku yang mak cik-mak cik suka puji segak tu pon kalau aku suruh bawak payung, mesti dia tak mau. macam la payung tu sekampit batu yang takde faedah. 
pada aku kalau pakai payung kan nampak cute gitu. kehkeh. lagipon kan kalau pakai payung takde la basah, pastu takde la nak demam. kalau dah tak pakai payung pastu bila demam kecoh-kecoh pulak, mau je aku bagi penampo sedas dua. tak berat eh, bawak payung dalam beg melainkan kau bawak payung yang orang guna untuk meniaga kat pasar malam tu. ahha.. jadi, sempena orang cakap skunk ni tengah hujan asid, ape salahnya kau beli payung untuk kegunaan masa kini dan masa hadapan.
 p/s: dari pandangan aku, cute pe laki pakai payung. (:
payung feymes zaman skunk, bley juga digunakan sebagai senjata!!

Wednesday, March 23, 2011

pujian ikhlas (:

hi semua.
rajin pulak kan aku meng-update. aku update sebab aku dalam perancangan nak hapuskan blog ni, maka kalau nak hapuskan, aku rasa better hapuskan bila cite- cite yang aku nak cite sudah habis diceritakan.
pernah tak korang mendapat pujian yang ikhlas? pujian tu dari someone yang korang tak rapat pon? pujian tu adalah unexpected? pernah?
yang aku ingat le kan, aku ada 2 kali dapat pujian camtu. tak tau la kalau dorang tu perli aku je sebenarnye. tapi dari ape yang dorang cakap, basically I can see through their eyes its a sincere praise that come from their heart. acece~ speaking plax ko, macam nak bagi lempang je. 
pujian 1st tu time aku ade majlis yang makan beretika tu, untuk subjek pe tah. sori aku dah lupa sebab aku makin tua dah tak ingat banyak benda. T__T. hari tu aku pakai biasa-biasa je macam pegi clas, yela nak pegi makan je pon. nak pakai cantik-cantik sangat nak buat ape. adela sorang budak ni, dia ni aku tak kenal pon sebenanye, tapi kitorang penah pegi rombongan sama-sama. so lepas balik tu, salu gak la dia tego aku. dari cite yang aku dengar dia ni gay. haha. ok, takpe tu personal preference beliau, aku tak nak masuk campur. maka sedang aku tercengang-cengang, dia datang sambil cakap "bumi, lawa la kau arini. jom ambik gambar sama-sama". aku pon tergamam dan bajet hot, maka aku pon reply " hee~ thanx, tapi sori la aku tak suka amek gambar". alasan aku ni memang betul ye, bukan alasan bajet hot.
pujian 2nd, time aku ada presentation dalam class, grup kali ni lect yang pilih, so adela budak laki dalam grup aku. salunye aku play safe je, grup sume dengan girl, senang nak gado kalo ade prob :p.kehkeh. pastu aku ni jadi la macam agen untuk 1 produk ni, so dia tu pulak jadi representative untuk company dia. so task dia kena jumpa beberapa orang egen untuk choose the best brand yang company dorang akan develop lagilah benda tu. so, 1st agen dia pilih nak jumpa aku. maka masa start greet aku tu, dia cakap " u look beatiful" ok, some sort cam ayat tu la. aku pon tak ingat sangat. tapi sebab dia macam selamba je, so aku assume dia saja je nak puji-puji.
dulu kalau orang puji aku cam tak tau nak kata ape. tergamam, teruja, terasa macam dia sindir aku and macam-macam ter- lagi. tapi bila aku belajar dari teacher aku, dia kata kalau ade orang puji tu, cakap la thanx and senyum kat dia. kira macam kau appreciate la dia praise ko.
ok la, thats all, nak siap pegi clas plax. take care. ^^
oh,btw. congrats la kat budak-budak SPM yang amek result arini. result tu bukan penentu segalanya.ahha

Tuesday, March 22, 2011

aku ada peminat?

hi semua.
tetiba teringat pasal satu kejadian bila aku dipeluk dari belakang oleh stranger. yaww~ dengar menakutkan kan kan? sabo-sabo, dengar dulu aku nak cite ni hah.
pada suatu hari sedang aku menemani emak ku di kedai baju. *damn* ayat formal sangat geli plax aku. time tu aku berdiri jela area-area mak aku tengah tengok baju tu, pastu adela sorang budak dalam umo 5 6 tahun camtu dok usha-usha aku. aku pon buat la muka kerek, kehkeh. bajet hot la katekan. budak tu,budak pompuan le kan, aku pon usha dia sambil pikir-pikir, apehal budak ni dok mengendap aku segala? aku pakai tudung senget ke? aku pon membetulkn tudung aku sambil cek la kot-kot ade ape yang pelik kat aku sampai terhendap-hendap macam paparazzi budak tu.
bila aku jalan kat tempat lain pon dia still terhendap-hendap. maka aku pon membuat assumption yang beliau sedang bermain hide and seek dengan sape-sape la. sedang aku asyik melayan angan-angan dok pikir nak suruh mak aku belanja makan, tiba-tiba ade orang peluk aku dari belakang. aku ape lagi *oh, sh**, d*** it,* apo keno eh jang kau peluk aku dari belakang. maka dengan reflek yang pantas aku pon kalih la belakang and tengok budak tu dah lari dari situ. korang boleh agak tak sape yang peluk aku tu? haa, betul la tu. budak yang dok ushar aku sambil tersengih tula yang peluk aku dari belakang.
dasyat ah budak tu punya taksub dengan aku. nak cakap aku feymes, tak mungkin. nak kata dah kenal lama, lagi tak mungkin. mungkin itulah dikatakan oleh omputih love at 1st sight. kehkeh. apekehei budak tu minat kat aku, aku sampai sekarang pon tak tau nak jawab. nak kata aku cun maupon cute tu jauh menyimpang aku rasa. pape pon, aku terharu la ade orang minat kat aku sampai camtu sekali,hahaha. well, this happen a few years back then time aku kat matrix.
ok, thats all. aku nak pegi buat esaimen plax. esok dah la ada presentation, aku ni 1 habuk pon tak prepare lagi. take care yo!

Monday, March 21, 2011

kasut busuk vs dinner

hi semua.
hari ni nak cite pasal dinner yang aku attend sem lepas. dinner tu takdela outstanding ke hape, cuma nak cite pasal kejadian yang terjadi hari tu. sementelah ramai member aku yang tak nak pegi, jadi tinggal la 2 3 kerat je yang nak pegi so, membe aku sorang ni baek hati la bagi aku tumpang keta dia *thanx cik CI*. so yang pegi naiki keta tu adela 5 orang gadis dengan harapan dinner tersebut sangat hepi hu-ha.
sesampainye kami di sana, ofcos la majlis tak mula lagi. maka bersemayam la kami ke meja yang memang kami dah ade nama tuh. semasa majlis tersebut sedang berlangsung. aku tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang enak. aku pon pikir punya pikir sambil meneka, bau apakah ini? last-last dapat gak idea yang bau tu similar dengan bau stoking busuk. tapi aku diam-diam je dulu, sebab orang lain macam tak bau je. aku pon terpikir gak, lagipon ade ke orang pegi dinner pakai stoking masam (meja kitorang sume pompuan, takde kasut kena pakai stokin). aku cuba test kawan aku sambil bertanya soklan kurang cerdik "wei, hang bau tak perfume aku?". kawan aku pon relax je jawab, "tak pon". aku pon pikir gak, masa nak datang tadi rushing giler aku pakai perfume pon setitik dua je hah. 
last-last aku tak tahan ah, dugaan bau masam tu. dah la dewan tu tak sejuk mana ditambah lak bau masam nak hangin gak aku. aku pon terus je tanya direct kat kawan sebelah kiri aku "wei, hang bau tak masam macam bau stokin?". dia pon jawab la" oh, tu bau kasut yang aku pakai ni, aku pinjam kasut CI". pantas aku membalas, "apsal hang pinjam kasut masam dia?". pastu cik CI yang kat depan aku pon terus cite yang dia dah cakap kasut tu dia cam lembab sikit and ada bau masam. dia gak dah cakap jangan pakai kasut tu, tapi member aku ni tak kesah. aku pon cuba la convince menber aku ni soh pi tukar kasut sebab cik CI ade gudang kasut kat bonet keta dia. dah dia tak mau, so aku kena tahan jela bau masam tersebut. 
tapi aku tak kesah pon, small matter je tu.yang penting dinner tu hepi le jugak. aku tiba-tiba tingat pasal hal ni sebab tadi nampak cik CI pakai kasut tu pegi clas. dia beria-ria convince aku cakap kasut tu dah tak busuk coz dia dah rendam dalam softlan dan macam-macm lagi nak bagi wangi. haha..
P/s: segala dialog yang ada, not exactly the same la dengan actual situation yang jadi, bcoz mane la aku nak ingat sangat, dah lama benda tu jadi.
ok, thats all, take care!

Friday, March 18, 2011

salah lalat?

selamat hari jumaat yang indah.
kakak aku cakap hari jumaat, kita kena pakai baju cantik-cantik sebab hari ni hari ALLAH, hari yang elok, jadi tadi aku pon pakai la baju baru selalu aku pakai baju kurung je kalau hari jumaat.
tadi dalam bus masa nak balik hostel ade sekor lalat sesat, dia terbang sana sini kacau orang. pastu aku terpikir apekehei nye lalat ni bertenggek kat aku, aku still wangi kot dengan bau baju baru bak kata kawanku syafiqa. dah la ramai giler terkena diarhea akibat makanan semalam time pegi Konvokesyen Khas untuk Tun Dr. Mahathir n isteri beliau. dah la 1 school kitorang je yang pegi, sume kena tsunami cirit birit. haiyaa~
ouh, berbalik pada lalat tadi, sori terkeluar tajuk pulak. selalu kalau lalat datang hinggap kat orang tu, kita cakap dia busuk kan? tapi cuba korang relate dengan lalat yang berlambak-lambak kat pasar malam tu. takkan makanan yang kita makan tu pon busuk sampai attract dorang. tapi biasa la, kadan-kadang kita ni maen cakap je tanpa memikirkan logic ke tak ape yang kita cakap tu. tapi aku rasa lalat-lalat ni memang suka hinggap merata-rata ikot suka kepala dia yang bulat tu je. dulu kecik-kecik kalau nampak lalat, eksaited cari pemukul lalat tu sebab nak compete sapa lagi terer dapat bunuh lalat dalam amaun yang banyak. lalat mati sekor dua je, tapi pemukul lalat hancur sebab terlampau eksaited nak pukul lalat. aish.. budak-budak la katakan.
jadi sebab kami semua pakat keracunan, aku terpikir la sebab lalat ke eh? kot la makanan tu terbiar and then lalat dari mana entah, hinggap situ pastu kami pon makan maka sakit lah perot. teruk la kalau camtu, selamat da weekend ni, kalau tak memang sume student PPIPT mc sebab keracunan.
ok, thats all, take care.

Tuesday, March 15, 2011

don't judge a book, by its cover

salam sejahtera.
zaman yang mana semua pandai berlagak sebagai kulit buku, makin menjadi-jadi aku rasa. kau tengok manusia tu, kau tanya sepatah, dia jawab sepatah dengan suara lunak bak buluh perindu. *yekss* ada pulak manusia tu kau tanya sepatah dia jawab sampai patah ayat kau, kau rasa dia jenis yang harsh kan? pada aku, aku suka golongan ni lagi. ibarat golongan kulit buku cantik macam novel kau baru beli semalam kat Popular, dengan surat khabar lama pembungkus nasik lemak * aku suka baca surat khabar lama tu, sebab boleh gain balik kenangan dolu-dolu*.
depan kita wah, dia pijak semut pon, semut rasa macam digeletek oleh beliau padahal kau tengok kat belakang kau, dia la paling hebat. time jadi pape hal, dia boleh buat selamba je, time tu gak korang boleh dengar ayat laser dia yang kau rasa macam nak penampo muka dia se-das dua. tapi kalau kita yang pong-pang-pong-pang kat depan ni cakap sikit orang kata kita harsh, kalau kita buat salah sikit tak pon menonjol sikit macam-macam kita kena label. tapi orang yang nampak lembut tu dikategori sebagai manusia yang ditindas padahal tu salah dia. dunia sekarang memang memilih rupa sahaja.
entri ni takde laa aku yang emo, tapi ni sebab member aku adela mengadu pasal hal ni. aku tak tau la terok mana dia kena hentam kat sana coz dia jauh dari aku, tapi tu la kenyataan yang paling nyata dalam dunia sekarang ni.
pape pon, moga rakyat di Japan sana, sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang and sentiasa dalam keadaan yang selamat. untung kita, celik-celik je dah orang Msia. tiba-tiba aku teringat pasal cinta 'Sinking of Japan", gler ah seday cite tu. sape tak tengok lagi, sila tengok. Jepun memang bravo boleh buat cite macam tu.
ok, thats all. take care!

Monday, March 14, 2011

loser ke kau?

hi semua.
aku tetiba teringat nak tulis benda ni sebab semalam ada stranger yang gatal tangan miskol aku sampai 7kali. bukan nak diskriminasi tuduh lelaki gila yang miskol, maybe gak dia tu pompuan yang ingat aku kacau balak dia. pada aku kes-kes salah call ni, maupon nak berkenalan buat-buat call pada zaman yang canggih camni adalah sama sekali tak relevan. sebab aku cakap camtu adalah benda-benda tak berfaedah tu sume permainan lama yang zaman muda-muda dulu time simcard start jual murah dalam RM10.
pada aku, kalau laki tu nak dapatkan pompuan, better face to face tak pon kau guna je orang tengah. tak payah la macam loser dok mesej lame macam "hi awak, nak kenal buleh?". serius damn la kalau buat macam tu. pada aku kalau dia anggap kita ni precious, dan nak memiliki kita, why not kau datang dengan cara baek dan cakap nak berkenalan. tapi sebelum tu kau kena prepare la fizikal dengan mental, kot-kot kena rejek kaw-kaw ke, tak pon kasut terbang kena muka ke.
bab pompuan salah call ni, aku rasa memang saja dia pon nak test-test kot la terkena number tu tuan dia artis yang tengah meletop lagi kacak macam shah jazle, untung kau tau. banyak kali gak awek-awek tercall aku sebab cari boyapren dorang. asalkan kau behave time cakap tu and admit kau salah call. aku rasa aku boleh tolerate la dengan kau. ni kalau kau yang call, kau pulak tanya aku kenape call, mulalah aku rasa nak menyumpah seranah kau dalam hati.
tapi pada aku, kegiatan main call dan mesej secara rambang ni, tak pon desperate nak cari awek atau boyapren tu adalah kegiatan tak sihat yang hanya dilakukan si-loser. kalau kau rasa kau layak digelar dengan loser tu dan bangga nak tempek L gedabak kat dahi, yeah~ you can proceed with this kind of unhealthy way of getting more friend. kot-kot la,nanti anda terjumpa awek cun maupon abang kacak.
tapi kalau nak move on and tak nak jadi si-loser, boleh la stop dan ubah cara hidup tu.
ok, thats all, take care!

Sunday, March 13, 2011

huge japans quake spawns tsunami

hi semua.
dah lama tak update, sebab memang busy sangat. jumaat baru-baru ni, 11 Mac 2011.macam yang semua sedia maklum kan ade earthquake 8.9 skala ritcher bsama 100 gegaran susulan. 8.9 skala ritcher tu dah cukup hebat and telah menyebabkan terjadi nya tsunami. bila cakap pasal tsunami la paling tak best, sebab pada aku Jepun dah boleh endure dengan earthquake and dah ade macam-macam prevention, tapi bila tsunami ni, payah kot nak prevent. kalau nak reduce risk dia boleh la kan? (cakap hebat sebab belajar risk management sem ni *sigh*).
tak mau cakap banyak sebab hal ni memang hot global issue, everywhere kita boleh baca latest update pasal benda ni. hope semua yang berada kat jepun dalam keadaan baek-baek. buat yang kehilangan ahli keluarga, takziah(macam orang jepun paham aku cakap melayu, cis!!) moga-moga keadaan akan bertambah baek dan bukanlah sebaliknya.
ok, tu je, take care ye, tak kesah la kat mana pon korang berada.

Wednesday, March 9, 2011

tahap penghayatan anda

hi.
dah bape hari aku tak update, alasan macam biasa la, I busy oke. Uollz perlu paham I'm very da busy person. gilos lip gloss la aku cakap camni, padahal orang laen lagi busy. kehkeh. senang cakap aku buat-buat busy dah la.
macam yang tertera kat atas tu, just nak tanya tahap korang menghayati sesuatu benda, contohnya bila tengok cerita atau drama melayu yang stereotype or klise bak kata atikah yahaya member aku time sekolah dulu bila part orang miskin yang dah la miskin pastu malang pastu ada anak plax, derhaka(macam biasa aku obses dengan word 'pastu') korang ade rasa nak teriak tak? takde?. ok. aku bagi contoh  lain, kalau korang tengok cite percintaan remaja ni, mak pak dorang halang hubungan dorang, mau-mau plax si lelaki anak orang kaya, so pompuan tu memang kena hadapi macam-macam sebab nak idop dengan laki tu. sedih kan? rasa macam 'ouh, kesian nye dia, apehal dunia ni kejam sangat??' camtu la contoh2nya. tapi tu pon kalau korang hayati cite tu. kalo tak, takde makna jugak. ibarat menyimbah air ke daun keladi.
kalau tengok cerita, kita maybe boleh la nak feeling-feeling sebab tak payah guna imaginasi nak pikir kesedihan orang tu. kalau dengar lagu, korang boleh hayati tak bait-bait perkataan yang ade dalam lirik tu? kalau boleh tu, memang hebat la korang. tambah-tambah kalau terer gila, even dengar lagu hindustan yang seniri tak paham maksud pon boleh touching sorang-sorang, siap boleh menangis lagi. yang ni aku consider hebat gegiler la.haha.. aku ni selalu dengar lagu macam-macam language, sebab nak memenuhi tuntutan sebagai rakyat Malaysia yang menyokong "1 Malaysia". tapi aku rasa, aku bukan 1Msia dah, tapi 1 Dunia, sebab lagu yang aku tak paham pon kalau sedap, aku dengar jugak. ade masa nanti baru aku pegi carik lirik dia dan pahamkan, kurang-kurang takdela touching dengar lagu sedih padahal lirik dia cerita dia gembira sebab kambing dia dah ada anak ke. contoh la kan. so far, aku dengar lagu korea aku rasa macam gila ah bagus lirik dia. memang best. tapi kalau lagu Msia macam tu aku rasa nak menyanyi tu jenuh nak gelak jugak la sebab perkataan dia macam tak sesuai la nak guna dalam lagu.
jadi sebenarnya entri kali ni, aku mengarut je. cam takde pekdah plax aku tulis berjela camni. tapi moral daripada cerita mengarot kat atas ni. kalau kita dengar or tengok muvi dari negara laen, at least boleh la belajar bahasa dorang, senang nanti nak guna time pegi melancong. hehe..
ok la. thats all. tcare!!

Sunday, March 6, 2011

dunia aku je

hi semua.
kalau korang perasan blog aku ni takde nuffnang kan kan? tu pon kalau korang perasan la. tujuan aku berblog just suka2 je, banyak lagi ilmu berblogging ni aku tak amek tau. bukan takde masa, cuma aku je yang tak mau kesah and just nak idop dalam dunia aku seniri. dalam dunia aku seniri, semua nak simple2 je, malas la nak macam-macam sangat. bab nak promote blog pun jarang la aku nak join, tapi bukan la takde langsung cuma senang cakap malas la.
follower yang follow ni semua pada aku adalah insan yang sangat baik la, except dua tiga orang member aku yang paksa dorang follow. kehkeh. sori weh. sebab follower kat blog ni semua mengeluarkan inisiatif seniri datang jalan-jalan blog aku. nak harap aku? tak mungkin la aku ni serajin kamu semua nak jalan-jalan kat blog pastu follow and cakap hi segala. aku lebih suka pegi diam-diam je, tanpa meninggalkan jejak, bak kata bahasa ahli-ahli jemaah blog silent reader. 
bab nuffnang tu pulak, dulu masa mula-mula buat blog ade gak eksaited semangkuk dua bila dengar benefit letak nuffnang kat blog. ade je aku daftar kat nuffnang tu, cuma aku tak approve balik je. bukan ape, bila lama-lama pikir balik tujuan and content blog ni pon semua pasal aku, kalau orang yang rajin nak baca je sudi datang, so buat ape la aku nak mengejar nuffnang tu, baek aku pegi keje at least dapat cash terus. bukan nak kutuk mana-mana blogger cuma aku ni materialistik lebih and suka tengok duet cash depan mata, jadi kalau guna nuffnang kan lambat nak dapat duet tu. hehe..
jadi di kesempatan ni, nak cakap terima kaseh banyak-banyak kat follower-follower blog ni. hehe.. dah la aku nak pegi buat esaimen.
ok, tata, take care!

Friday, March 4, 2011

tamat sudah

tamat sudah waktu aku ber-blogging.
ceh, korang ingat aku nak cakap benda tu ke? jangan harap la. aku ni walaupon tak update selalu tapi bagi memenuhi tuntutan sebagai manusia yang bernafas dan berpijak di zaman yang canggih ni haruslah ada sepetak blog untuk dijadikn diari secara virtual. tamat sudah dia atas bermaksud aku dah abeh mid-sem punya exam. oo yeah. final coming soon. gila aku suka feel lepas abeh paper last time final. mau-mau plax aku balik hari tu jugak. heaven oh.
heaven-heaven jugak, esaimen bertimbun aku tak buat lagi tu ape? hehe.. yang tu sebab takde feel lagi nak buat esaimen, nak ade feel bila due date esok, malam sebelum tu baru la rushing tak tentu hala. padan muka. 
serius aku takde idea nak update. kalau aku tak on laptop kemain lagi idea aku melimpah-limpah ke ladang gandum.
pape pon nak bagitau siap-siap la, yang aku memang dah stat busy. sebab aku nak kena abehkan esaimen bulan ni gak, presentation, clas keyboard. agak kekalutan di situ. jadi kalau aku tak update, jangan la cakap aku bajet hot plax. hehe. 
ok la, tata. take care^^

Tuesday, March 1, 2011

tak sangka

dulu-dulu aku kawan baik la dengan budak tu. aku la yang rasa kitorang kawan baek. mungkin jugak aku yang perasan aku kawan baek dengan dia. tapi lama kelamaan hubungan kitorang renggang, tapi dia still macam antara member aku yang rapat dengan aku. dia memang la hot, ramai lelaki minat kat dia. banyak secret admirer terkejar-kejar dia. tapi dia tak nak kapel sebab tak nak pape komitmen. jadi aku takde la terasa sangat dengan dia, kiranya kitorang equal la. saling single-menyingle. tapi aku tau dia anytime nak kapel pon boleh. tu aku tak kesah sebab dia kan kawan aku, kalau dia bahagia aku boleh la tumpang kebahagiaan dia gak. dia gak da janji dengan aku yang dia akan bagitau kat aku kalau dia dah ade someone special ataupon bahasa remaja BF. oh.. bukan best fren, tapi namja chingu iaitu boyapren. 
maka, setelah kami berpisah dek kerana mengejar cita- cita dia selalu gak contact aku. tapi aku tau one day, akan tiba hari dia tak kesah pon dengan kewujudan aku. dan hari tu dah pon tiba, tapi bukan hari ni la. dah lama gak la. 1 hari yang hening aku terbaca di muka buku atau lebih dikenali dengan FB yang dia dah update status terbaru dia, iaitu 'in a relationship'. aku tak kesah maupon jeles sebab itu kan hidup dia. tapi aku tetap rasa agak terkilan sebab beliau tak cerita pape pon kat aku. tapi aku tak ambik kesah sangat, sebab dia mungkin saja-saja nak letak camtu tapi aku still wish congrats untuk dia. sedangkan aku seniri pon tak tau kenapa aku pegi wish camtu kat dia. mungkin sebab aku nak support kawan. mungkin?
beberapa seketika pastu aku adala mesej dia tanya tentang benda tu, tapi dia cakap dia saja-saja je letak status camtu. disebabkan aku kawan dia, ofkos la aku percaya. tiba-tiba di satu hari yang panas, aku ternampak lagi yang adala dia cerita dengan member aku yang lagi sorang pasal BF dia. basically bukan la cite pape pon just  macam ada la something yang membuatkan aku nampak ayat pasal BF dia, jadi maksudnya dia memang ada BF tapi tak bagitau aku pon. sampai hati dia. aku agak berkecil hati sebab dia ada janji dengan aku dulu cakap nak bagitau, mungkin dia anggap aku ni orang yang tak sesuai untuk dia ceritakan pasal kehidupan dia yang baru tu.
daripada cerita di atas, moral of the story, kadang-kadang kita patut jugak jadi stalker dan menye-stalk Fb kawan kita. kehkeh. dan juga yang paling penting laen kali tak payah la berjanji kalau tak tau boleh tepati ke tak. tapi sebenanya aku tak kesah pon. suka hati kau la nak kapel ke hape.haha..
ok, thats all, take care!