Thursday, January 20, 2011

Misi Berjalan Seorang Diri

hi semua. 
hari ni cuti thaipusam kan? haha. semalam aku tak tau pon yang hari ni cuti thaipusam. dasar aku hidop dalam dunia seniri, tak kesah apa jadi kat dunia luar. takpe2, lagipon aku bukannya sambut thaipusam kan, buat  menyibok lebih2 nak buat ape. Perlis pon bukannye amek cuti thaipusam tak macam Penang yang banyak cuti. I miss U Penang. walaupon hari ni aku tak cuti, tapi aku sem ni aku memang akan bercuti hari khamis sebab hari ni adalah hari aku takde clas, kalau nak compare dengan sem2 sebelum ni sem ni la aku ada clas hari jumaat. selalu jumaat yang takde clas.
ok, mari pulang ke tajok asal sebelum bertambah ke laut aku pergi. hari ni aku dengan berani la sangat konon mungkin pegi kangar sensorang. haa, aku buat ape kat kangar? aku tak pegi buat keja jahat la, baek2 je.haha. kan last week ade entri pasal aku tension whether nak gi class music ke tak. dan akhirnya  hari ni aku dah pegi pon. ape? tak percaya? marilah percaya wahai manusia sejagat. tapi kat kangar tu bahaya woh, banyak renggila ( orang kurang waras). tadi aku tengok dah bertambah sorang. selamat la aku ni pandai buat2 cool. kalau tak memang la aku pulak yang terjerit2. lepas turun je bas, gila berkobar semangat aku. terus pegi atm amek duet pastu sempat lagi kerling2 renggila kat tepi tu, sebab dia distract orang yang lalu kat depan dia dengan ayat camni " ada 50sen jatuh"(aku tak bape pasti dia cakap camtu ke tak, sebab tak dengar sangat) sambil2 tunjuk kat depan dia. rupa2nya, dia memang akan repeat ayat tu bila orang lalu depan dia.
ok, dah abeh aku usha2 orang tu, aku pon jalan macam masuk marathon la sederhana je, takde la laju sangat. sampai2 kat kedai tu, after dah daftar, cegu tu pon dah ade kat situ, aku pon stat la belaja. aku punya class ni laen sket, express la katakan. muahaha~. oh, aku amek clas keyboard. ingat nak amek clas gitar, tapi zaman skunk ni terlampau banyak sangat artis main gitar, so kalau aku nak jadi artis pon kan lebih baek jangan kacau artis yang dah keluar dengan bakat maen gitar macam yuna dengan ana rafalli. dah, cukup la aku perasan macam orang takde arah. 
susah jugak la nak belaja keyboard ni, tapi senang sket dari piano. haha. so far, ok la. boleh la nanti aku balik rumah time cuti raya cina tu sambil mengebat depan adik aku yang kononnye nak belaja main gitar. kalau boleh main lagu "jingle bell" pon dah hebat pe kalau nak compare sebelum ni aku maen tekan2 keyboard tu tanpa arah. buat malu je kat orang buta kat pasar malam yang lagi pandai dari aku. walaupon dorang tak boleh melihat,tapi pandai dorang main itu keyboard sambil menyanyi. aku yang ada mata ni pon boleh tekan salah key lagi. dan hari ni, aku rasa terharu dengan diri aku seniri. dah lama kot tak jalan2 seniri macam berani sangat tu. dulu2 time nak pegi balai tunggu bapak aku pas sekolah relax je jalan2 kat Georgetown yang lagi sibuk-bahaya-ramai bangla, indon. takkan setakat jalan kat Kangar yang suam-suam tomyam ni tak boleh kan? malu la kat orang kalau makin tua makin penakot. macam mintak penampo pon ade gak. kehkeh~
semalam aku nak buat entri best, dok tido2 ayam, tiba2 dapat idea, teros bangun on laptop, tengok intenet sini slow cam siput terus terbang idea tu bersama masa aku untuk tido petang. kadang2 intenet ni tak fair tau. 
ok la, cukup takat ni aku membebel. pape pon tahniah pada yang berjaya baca sampai sini. lagipon aku memang berbakat menaip panjang2, takut korang je tak larat nak baca.muahhaha. bye, take care eh!

2 comments:

Nazrul Ashraff said...

haha..saya pun suka taip panjang2..=)

Cik Atiqah Shaharin said...

haha. thanx sbb bc tw!