Monday, January 10, 2011

Gosip2 Tidak Jinak Dari Aku Untuk AJL25 Semalam


tengok tajuk atas. nampak kan betapa berkobarnye aku nak bergosip pasal AJL25 semalam, padahal aku tak tengok pon secara live di petak tv tapi aku dengar secara live dari radio ok!!. tapi takpe aku bukan nak cakap pasal keseluruhan anugerah tu.(hatiku bkata2 : Ish hg ni, nak kena lempang ke? tak tengok tapi pandai2 je nak bergosip kutuk sana sini. diam aa wei!!) tanpa mempedulikan hati yang sedang berkata2 dengan kontranya dari pemikiran di kotak kepala. aku pasang lagu jahat by stacy untuk membuktikan kejahatan aku untuk terus bergosip.hahaha..

ok, actually aku nak cakap pasal performance Faizal Tahir untuk lagu Hanyut je, nampak je tu? maksudnye yang tu jela, sebab aku baru je tengok video tu beberapa jam yang lepas. ni pon semua atas jasa baik Farah Kowt, member aku yang rajin nak mendownload2 ni. 
serius part ni cool!!
aku tengok dia punya performance dengan keterujaan. yela, dia gempak wei boleh buat ala2 david copperfield. lama gler dia dalam air tu sementara nak lepaskan tangan dia, tapi bagi aku la sebab aku tak reti berenang, nafas pon pendek. kalau aku jadi dia, sah2 dah tak naik balik. haha~ 
mula2 aku tengok video tu aku macam pelik gak la, kenape la si FT( panggilan kwn2 aku utk Faizal Tahir) nyanyi kali ni tak pegang2 mic tu, selalunye beliau akan bergerak dengan cergas pegi sana sini. rupa2 nya tangan dia kena ikat. 

aku rasa la kalau aku tengok dia perform live semalam, mesti dup dap dup dap. yela, takot gak, kot2 la dia tak dapat lepaskan tangan dia camne? oh, tak dapat nak bayangkan la. tapi pape pon dia memang deserve la untuk dapat persembahan terbaik. aku ada dengar gak ramai tak puas hati dengan Juara AJL, Anna Rafali. tapi pada aku pon ada gak perasaan tak bape syok bila tau dia menang. ikut logik, juri dah pilih tu maksudnye dia deserve la, aku yang setakat dengar ikot radio je. ape barang nak bising2, dia usaha banyak, dapat la ganjaran. ok! Tahniah la pada semua peserta dan pemenang untuk AJL25.

gosip yang tidak jinak sebenarnya adalah  aku nak cite yang member aku ni disebabkan FT tak jadi juara, dia yang mengaku sebagai bakal isteri kedua FT(fantasi semata2) bagi alasan FT tak menang sebab dia tak turun pi tengok seniri and bagi support kat FT. lg 1 FT berambut panjang, kalo rambut pendek mugkin ade chance la nak jadik juara bak kata member aku. muahahaha~ ok, tu sume fakta2 mengarot dari member aku yang tak dapat terima hakikat FT tak dapat jadik juara.

ok la, tu je. take care!!

No comments: