Tuesday, February 26, 2013

Comeback

dah setahun kot aku tak publish entri kat sini. sunyi gila bila tengok blog ni. perasaan sunyi pon menerobos masuk ke hati bila aku view blog ni tadi. etceli, 

ada 1 entri aku tahun lepas, tapi rasanya sebab internet kt hostel sgt lembab memang tak ter-publish la entri tu. time tu memang aku tengah down gila. jadi aku rancang macam nak buat comeback le ni.

nak cerita pasal orang yg last aku berjanji nak crush sepenoh hati jiwa raga la. haha.. eventhough memang kalau ada member-member se U aku baca dorang akan teros tau sapa orang tu. tapi aku kira nak buried terus la cite tu dengan blog ni sekali. haha..kira bagi tak terbuku apa-apa lagi kat hati dah. so, later on la dalam waktu terdekat ni mungkin aku akan publish entri tu even takde orang baca pon, let the bygone be bygone. hiks. so jumpa nanti masa entri tu la ye. :D

Saturday, October 1, 2011

Hi.

hi.
apa khabar semua? dah lama kan aku tak update. idea banyak tapi takde masa pon tak guna kan? currently aku ni busy la sebab baru start semester baru kan. pastu report dengan logbook incubator aku hari tu pon tak siap-siap. dah la due date dah dekat. seperti menjerut leher sendiri bila last minit baru nak cover semua tu, ditambah pulak dengan esaimen yang sudah mula bertimbun-timbun.

feel nak belajar dah la tak datang-datang lagi. agak kuciwa di situ. entah la, bila aku betul-betul boleh update dengan tenang macam dulu-dulu. perancangan dah banyak, especially nak habiskan cerlas(cerpen malas) aku tu, My 1st Crush. moga-moga, dalam ujung bulan depan aku dah kembali normal cam biasa ya. ehhe..

ok la, tu je nak update. hari ni pon dah 1 oktober iaitu hari lahir mak aku. semoga Allah sentiasa merahmati mak aku, dan memanjangkan umur beliau supaya aku dapat balas balik jasa beliau. cara tulis macam mak aku follow je blog aku ni. ahhaha.. ok la tu je. tcare ye. :D

Sunday, September 4, 2011

Merdeka Raya

hi semua. dah lama kan aku tak update. belakangan ni aku busy. dashboard pon aku tak bukak, banyak gak entri aku tak sempat baca.

aku update ni pon nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-54. minggu ni pon aku busy nak prepare semua report practical yang tergendala n persiapan nak masuk U balik. maybe nanti dah balik U aku akan update cam biasa balik. aku gak maybe akan continue cite my 1st crush bagi habis.

tak lupa jugak nak ucap takziah kepada family cameraman yang terkorban di Somalia. Moga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

take care sume. jumpa nanti. Assalamualaikum.