Thursday, January 13, 2011

Situasi Sepit Baju

hi..hi..dan hi.
kepit baju camni kalau korang guna, sah2 kena rembat ngan anak jiran korang.
credit to uncle google^^

arini nak cakap pasal situasi sepit baju iaitu bila mana kita tersepit, terhempit, terpenyek dan sewaktu dengannya.  pernah tak korang rasa macam tersepit lagi terhimpit tapi tak tau macam mana nak keluar dari zon tidak selesa tersebut. pernah tak? jangan cakap tak pernah sebab aku rasa tu semua macam pembohongan hidup dan mati. mustahil la korang tak pernah rasa tension bila kawan korang hutang tapi tak reti nak bayar kalau korang tak tuntut. nak tuntut kang dia kata kita ni perli dia, ingat dia saja buat2 lupa. benda tu macam ditelan mati emak, diluah mati bapak , eh.. betol tak peribahasa aku guna ni? macam tak kena je. takpe2 abaikan. cuma aku nak cakap yang benda tu buat korang rasa nak mengeluh tanpa henti 24/7 selagi benda tu tak settle. bab hutang2 tu aku bagi contoh je. takde libat sape2.
seberapa ketika yang lalu aku ada jugak tersepit dan terhimpit. situasi tu sebenarnya disebabkan aku ni tak sampai hati nak buat tak layan kat orang tu, sebab orang tu baik. ahh~.. susah la kalau hati ni tak mau keras bak konkrit. berapa hari aku mula menyesal pelan2, dan menyalahkan diri aku atas apa yang terjadi. eh, kalau aku tak baik mesti benda ni tak jadi kan? kalau aku brutal macam dulu, nak angin satu badan je mesti semua ni tak jadi.
adegan salah menyalahkan diri berlangsung dengan dashyat nya ke atas aku. tapi aku kembali normal bila ada beberapa kawan aku kat FB yang bagi kata pendorong. eceh~ cam hape je. tadi masa tengah lapar++ kepala serabut serabai dan2 bukak blog nak tulis luahan hati la konon, tup2 nasi yang di order telah sampai. ape lagi terus je lupa masalah sebab ada makanan. haha..
tapi dari apa yang jadi kat aku, aku rasa kalau korang tak cukup daring, tak cukup hati batu tak payah la nak jadi pendengar kepada mana2 kapel yang korang kenal bila dorang tengah ada kecelaruan. sebab benda2 ni akan  buat korang rasa macam
 "adakah aku ni tiba2 jadi batu segala api yang ada kat dunia ni?", 
"adakah aku menabur garam pada luka beliau?", 
"adakah aku menjadi tembok pemisah tebing barat?,
eh..bukan2, ayat yang last tu takde kena mengena dengan tebing barat okeh! tapi dari apa yang aku alami, konon2 nak bantu si polan ni, mendengar dan memberi sokongan la. tapi aku salah sebab tak menyibok lebih sket, kalau laa aku menyibok lebih sket dan amek tau sape kah orang yang beliau sedang maksod kan takde la aku memberi tuduhan serta serkap jarang kat orang tu. dah abeh sesi luahan rasa berbaur kutukan aku pon teka la orang yang si polan tu maksudkan, tup2 betul weh.. apakah semua ini?? aku pon menang hamper dosa dan bersalah sebakul dua sebab aku kenal orang tu dan aku rasa dia tak kacau aku pon, dan aku tak patut kutuk dia. 
seharian aku rasa bersalah kecuali time aku tido dalam bus dan class manufact tadi. semak2 pon tido dalam class dah jadi rutin harian aku, tak payah korang nak buat terkejut. hadapi la kenyataan. walaupon entri ni berbaur ketidak cerdikan aku dan panjang macam karangan untuk SPM. tapi harap2 korang paham la apa yang cuba aku sentuh dalam konteks situasi sepit baju.
sehingga berjumpa lagi di laen entri. cari masalah dan hadapinya lalu tido dalam kelas. sekian!

take care weh!!

No comments: