Saturday, April 30, 2011

Berakhirnya Sebuah Episod Penyeksaan

Assalamualaikum,
maka, hari ni tamatlah sebuah episod penyeksaan aku selama 2 minggu final exam semester 4 yang paling chaos penah aku alami. jawab exam pon rasa macam ape je. study pon macam tak study je. letihnye. fuh~

sampai je tadi kat hostel, terus berkemas pulak sebab esok dah nak balik. hoi~ letih giler. dah la 2 minggu ni tido tak cukup tak payah cite la kan. selamat incubator aku kat penang, kalau tak jadi nomad la aku ni pindah sana sini. makan pon tak cukup, online ni pon sesaja nak tengok apa update terbaru dari rakan-rakan blog. Fb? huh~ aku tak kesah sangat sebab boring je. takde pape yang menarik dah kat fb tu. bukak pon bagi cukup syarat sebab aku ada fb dan kebetulan aku tengah online.

bukak je dashboard terus scroll sampai entri last aku baca hari tu, hari last aku online.bukak la semua entri tu bersusun tab. tula rutin aku kalau online nih. tapi letih la, bukak je aku scroll down pastu pegi entri laen pulak. tapi tula aku baca je semua even kau update ayat sebaris dua, dah nama pon follow, kalau setakat nak follow tapi tak nak baca content baek tak payah, buang masa je.

ok la, nak pegi sambung bca entri orang yang aku follow nih. bye. take care!

Tuesday, April 26, 2011

Hi.

currently aku macam student-student lain kat universitas dalam Msia ni tengah menempuhi final exam. minggu final exam selalunya aku tak bukak laptop pon sebab konon-kononnya tak nak buang masa and nak study la sangat. tapi bila dah 2, 3 hari tak on laptop, bila on je macam sekarang ni la, tak reti nak off la pulak. minggu-minggu exam camni la aku lebih cenderung nak tengok movie la ape la. takde pekdah langsung. *sigh*

tiba-tiba perasaan nak hapuskan blog ni datang lagi menerobos(ade ke perkataan ni? abaikan) terus ke hatiku. makin membuak-buak pulak. adei. ridiculous, ridiculous. aku rasa aku patut share blog dengan someone yang rajin update, so aku hanya perlu menyelit kenkadang bila mana aku betul-betul nak cerita something compare dengan sekarang ni aku bukak dashboard dan asyik meng-referesh untuk baca latest update dari blogger-blogger yang aku follow.

ok la, just nak tanya khabar. macam mana kau orang belakangan ni? ok ke ke knockout(k.o)?

Wednesday, April 20, 2011

R*ndu

hi.
sejak beberapa menjak ni aku asyik r*ndu. heh. benci gila nak sebut word r*ndu tu, macam beban yang berat aku kena galas kalau aku cakap word tu. dalam kamus hidup aku yes, aku admit benda tu patutnya memang akan wujud mustahil la kalau aku cakap takde kan? macam menidakkan perasaan yang ALLAH dah bagi cantik kat dalam diri manusia ni. 

tapi aku, tak suka nak cakap benda tu, sebab aku brutal, aku salu cakap benda yang kontra sebenarnya. dalam ramai-ramai kawan yang aku jumpa since aku pandai berkawan dalam hidup aku ni, ada sorang tu je yang boleh detect perangai aku ni, instead of aku cakap " wei, aku akan merindui korang nanti bila kita dah tak belajar kat sini lagi!", aku lebih rela cakap "ish, cepat la habis belajar kat sini, dah boring aku dengan korang ni, hari-hari tengok muka korang, dah tak lalu dah". dengar bisa habis kan? menusuk sampai ke ulu hati. sebab tu ramai yang makan hati dengan aku.

except sorang kawan aku ni yang aku bagitau kat atas, nama dia silvia. dia penah cakap kat aku, di suatu hari yang cerah, "bumi ni, mulut jahat, tapi hati dia baik sebenarnya", tak sangka dia boleh alert dengan situasi sebenarnya kat dalam hati aku ni. even aku baru je berkawan dengan dia tak sampai setahun, tapi dia terima aku seadanya. walaupon lepas class aku berkejar nak balik tengok tv, dia dari jauh lari, kejar aku dari belakang sambil jerit-jerit panggil "bumi~, bumi~" sebab nak tego aku je. haish~ terharu kau tau tak? aku tau kau tak baca blog aku. 

tu belum kira time dia tak tido malam time exam and ajar aku math. datang dari jauh cari aku sebab dia yang nak ajar aku, sikit-sikit dia la yang paling ingat kat aku. tiba-tiba aku rasa time tu dia la kawan aku yang betul-betul ajar aku apa tu erti kawan. yeah, maksud huruf K.A.W.A.N. sebelum ni aku rasa kalau aku ada ke takde ke, takde sape pon alert and ingat kat aku. 

eh, sebenarnya aku nak cakap aku r*ndu kat benda lain, tersilap bebel plax. adei~ simptom kecelaruan mula terserlah. nanti la aku cite pasal apa yang aku r*ndu tu.

ok la, thats all. take care.

Tuesday, April 19, 2011

bila bersesak-sesak

hi.
sebenarnya malas nak update ni hah, tapi sebab tak boleh nak kuar dari bilik jadi saja la nak update. beberapa hari ni asyik takde air je kat rumah jiran-jiran aku ni hah. jiran kat sini bukan la orang luar, tapi rakan-rakan se-kos aku gak. rumah aku ok je, tu yang aku pelik. 

bila dah sesak-sesak camni dan-dan musuh jadi kawan la, apela. yela, nak menumpang mandi kat rumah orang, kena la buat baik. aku bukan nak ajar housemate aku buat jahat, tapi dulu time mula-mula kitorang kat sini, ade staf hostel bagitau yang kalau kitorang asyik bagi orang amek air, nanti air rumah kitorang pulak habis. adela aku pon tumpang sekali buat hajat kat rumah member aku, tu pon takdela sampai mandi-mandi ke ape.

memang la kalau boleh nak tolong, aku pon tak suka kalau takde air. tapi ada yang bila orang tak bagi tu dan-dan la nak maki, ape ingat orang tak paham ke bahasa kau? main maki je. kitorang pon nak kena jimat gak air. kot-kot nanti takde air kitorang plax takde tempat nak pegi mintak air. so, dari kena maki, aku pon ajar la housemate aku untuk menipu dan cakap je takde air. dah terpaksa nak buat camne kan. tolonglah jangan berlarutan masalah ni, dah la tengah exam week. mau takde air time hari nak gi exam, ternganga gak aku. aish.

tu jela. take care!

Sunday, April 17, 2011

Adakah Aku dah TUA?

hi.
aku online kejap je sebab nak print slip exam. nak exam esok, baru tadi teringat yang slip exam aku tak print lagi. fuhh~  selamat ingat tadi, kalau ingat esok? gila tak masuk exam la aku.

jadi aku pon dah alang-alang on laptop ni terus la ushar fesbuk dan belog ni hah. bukak fesbuk tengok ade 3 notifications je. salah satu dari notification tu adalah jemputan kawen classmate aku time sekolah menengah dulu. wah~ dah 2 orang jemput aku pegi kenuri kawen dorang. yang sorang tu dah nak deliver dah lebih kurang sebulan lagi. hari tu pon ade yang dah bertunang. 

tiba-tiba aku rasa aku macam dah tua pulak. ramai je yang dah meneruskan fasa kehidupan ke peringkat seterusnya. aku ni dok bajet muda lagi, dok enjoy baca komik la, layan drama korea la, tah pape tak matured langsung. kalau pikir umur aku dah dengar bunyi puluh-puluh ni rasa sedih pulak, sebab rasa dah tua. jadi aku malas la nak pikir sangat, aku nak enjoy dulu la.haha..

ok tu jela. bye. take care! 

Memenuhi Request Follower

hi. 
quick update ni, bajet artis plax mainn cakap quick update macam kau busy sangat.haha.. entri ni memang nak bagitau sikit je. serius.

atas permintaan seorang follower yang rajin sangat melawat dan tinggalkan komen di blog picisan saya ni, iaitu adik Vampire. saya akan meneruskan cerita MY 1st CRUSH. sebab beliau baru lepas SPM, maka beliau sangat gemar meluangkan masa di blog saya. kehkeh. orang lain tak baca pe, rasa dia sorang je free nak follow cerita mengarut tu.haha

kepada adik vampire : thanx la sebab rajin sangat datang sini. terharu lah akak nih huh.haha.

tu je. kbye.


Saturday, April 16, 2011

aku benci study week!

hi.
korang tau tak dalam banyak-banyak rutin harian sebagai student, rutin harian untuk study la paling aku tak boleh nak adapt. aku ni memang jenis orang yang tak study hari-hari, tunggu nak exam baru terhegeh-hegeh nak study last minit sampai tak nak tido. ikhlas cakap, memang la orang kat luar sana akan cakap orang macam aku ni pemalas, yeah aku except la korang nak cakap aku malas. tapi bukan aku tak try nak study macam orang lain, aku dah try dah and end up dia aku tertido macam tu je.

aku ni memang jenis suka lepak atas katil except kat rumah la. perangai ni menjadi-jadi since aku duduk kat hostel beberapa tahun yang lalu. ni aku online pon atas katil. kalau duduk kat meja tu lagi la konsentrasi aku terganggu, dari tujuan asal nak study terus jadi kemas meja la, makan la, aish macam-macam la aku nak buat lagi. kalau strict sikit, baca je buku ke note ke, aku akan end up dengan tertido. ye, tertido kat meja. kalau atas katil kurang-kurang aku tido kejap la secara efficient, tapi kalau kat meja tido lama tapi tak efficient sebab aku bab tido kat meja ni memang terer. hahah..

jadi orang malas nak study macam aku ni memang la tak suka study week, sebab study week akan menjadi minggu yang paling letih dalam sejarah hidup walaupon aku tak keluar rumah langsung untuk 1 minggu tu, kalau keluar pon pegi beli makan jap. sebab apa aku cakap letih? yela, aku rasa kalau aku dok spend masa aku baca buku and note, otak aku akan cepat letih dan akan tido dalam kuantiti yang lebih dari hari-hari biasa selain hari di minggu study week. bila bangun tido baca note balik akan membuat aku rasa lagi nak tido. jadi kalau dah asyik tido je mana la tak letih.

tapi bila tengok housemate and classmate aku yang study tak henti-henti, sesak gak jiwa aku bila terkenang yang aku tak study lagi. dan-dan la terpikir nanti exam nak mengarut apa, kalau ada idea takpe la jugak. takut gak jadi macam paper b.arab tinggi aku yang aku hanya paham sepatah dua arahan dia dan tak tau nak elaborate ayat untuk buat esei 180 patah perkataan. sengsara gila time tu.

maka, aku kena la tanamkan tekad dan nekad kena study jugak sebab tula tanggungjawab aku sebagai student. merungut banyak-banyak pon buang masa kalau aku sendiri tak take action and buat perubahan. sempena ramai yang akan menghadapi ataupon sedang menghadapi final exam, aku nak wish all da best untuk korang. aku lebih suka wish all da best sebab ayat ni menyeru korang buat yang terbaik, dari good luck yang macam kau refer dekat luck orang tu, kot la dia malang hari tu, takkan exam dia pon nak hancus jugak.

ok la, bye. nak pi study. T__________T   tcare!



Thursday, April 14, 2011

Inspirasi

hi..
sebelum nak start buat keja tergendala aku dan start belek-belek ape yang nak masuk final isnin ni, aku nak cakap pasal inspirasi.

yeah, inspirasi setiap orang sepatutnya adalah berlainan. inspirasi jugak kadang-kadang relate dengan sape idola kita. kalau korang tanya aku, aku takde la pulak 1 fixed idol yang aku nak follow atau memberikan aku inspirasi. aku lebih suka memandang semua orang dan menginspirasikan diri aku. contohnya, aku baca terfaktab aku sangat adore writers kat situ sebab dorang selalu come out dengan fakta-fakta yang rare, bukan setakat sembang kosong. 

ok, aku bagi contoh orang yang berpengaruh sikit, contohnya mantan perdana menteri kita, Tun Dr. Mahathir. sila lihat dan nilai seniri sepanjang pemerintahan beliau macam mana Malaysia ni dari negara yang orang pon tak tau wujud kat atas bumi ni sampai la seluruh dunia lani dah tau tentang negara kita. aku bagi specific lagi, hari tu aku pegi majlis konvo khas beliau dengan isteri beliau, korang bayangkan di usia dia yang macam tu pon dia mampu bagi speech without text, dan ayat dia bukan la ayat cikai-pasar yang kita dok guna tu. ni ayat baku ok. bukan 5-10 minit dia bagi speech, lama gak tau dekat 30minit kalau tak silap. agak-agak nanti aku tua boleh lagi ke aku nak cakap camtu, skunk ni pon nak presentation kat depan class pon dah macam cicak kobeng. aish

pada aku, inspirasi bukan je datang dari manusia sejagat. inspirasi jugak boleh datang melalui cerita-cerita yang korang tengok, buku, lagu dan macam-macam lagi. kadang-kadang bila aku dengar lagu, ada la beberapa lagu yang aku dengar terus rasa macam nak fikir pasal future dan-dan pegi meja cari note, sebab semangat study datang. baca 2, 3 page tertido plax.eh, bukan nak cite pasal aku malas study. salah genre pulak. hee~

contohnya korang tengok movie macam laskar pelangi, pada aku cerita tu bagus dan memberi semangat untuk kita rajin belajar. sebab dalam cite tu kita dapat lihat camne budak-budak tu kena mengharungi kesusahan sebab nak pegi sekolah. sekolah kalau cun macam sekolah kita pegi tu takpe la jugak, ni oh-mak-ai teruk bebenor. tak rupa sekolah langsung. reban ayam kat msia ni pon standard ade aircond. tapi sebab semangat nak belaja, sekolah tu still bertahan disebabkan semangat student and cikgu-cikgu dia. yang paling aku tak boleh lupa, bila ada 1 student ni rumah dia jauh. so, kalau dia nak pegi sekolah tu memang kena kua awal la and ada 1 tempat tu adalah tempat buaya melepak. so, dia akan tunggu buaya tu sampai abeh melepak supaya dapat continue journey dia nak pegi sekolah. determine gila budak tu. kalau aku memang sah-sah balik uma tido je. heh.

dulu masa sekolah menengah, sekolah aku ni memang ditengah town and dikelilingi rumah-rumah orang kaya yang harga dia hampir juta dan juta-juta. setiap kali aku balik sekolah, aku suka tengok rumah-rumah yang tinggi and cantik tu. aku gak suka tengok kereta yang lalu lalang kat situ. dari aktiviti aku tu, aku ter-inspirasi untuk memiliki rumah and kereta yang mahal-mahal camtu suatu hari nanti.

jadi aku nak tanya la ape inspirasi anda diluar sana?hehe.

Tuesday, April 12, 2011

segmen : blogger di zaman sekolah!

hi. hari ni nak join segmen blogger di zaman sekolah by Mr. Vampire, sebab dia rajin jenguk-jenguk blog saya, so sebagai balasan nah la seketul cerita dari zaman sekolah saya yang otai la jugak.kehkeh.


kalau berminat nak join boleh klik sini. bila-bila pon boleh join sebab Mr.Vampire takde letak due date.

jom start~

syarat2 nak join :


1-amik banner di atas dan link kan ke entry ni. (done)

2-ada belog. siapa takde belog, sah2 kapak korang tak boleh join. 
(ade blog la rajin nak join ni, muahaha)

3-pernah bersekolah di sekolah menengah @ sekolah rendah @ tabika. siapa yang tak pernah pergi sekolah, tak payah nak join. 
(aku tak pegi tabika takpe ke? aku pegi prasekolah je. :P kalau disqualified bagitau ye.kehkeh)

4-semua blogger boleh join, takde had limit umur. asalkan korang penuhi syarat nombor 3.

(selamat takde limit,malu la kalau orang tau aku da tua. muahaha :P)

5-sila jawab soalan2 cepu emas berikut. 
(kalau jawab, dapat cepu emas ke hah? hehehe)


:: nama kelas anda. yang dah habis sekolah, nama kelas masa form 5. yang masih sekolah, bagi tahu nama kelas korang.

emm.. kelas dekat U skunk ni 21A, sebab kos aku ni fixed je class dia so aku bagitau la ye.hahaa.. masa form5 nama clas aku 5 abrar, ni clas budak-budak akaun, memandangkan waktu tu hanya ada 3 kelas je untuk form5 kat sekolah aku, maka ni kira class last kalau nak compare dengan lagi 2 class iaitu class science. kelas aku ni selalu di diskriminasi dan di anak tirikan. tapi ofcos la aku sayang clas ni, sebab tak skema macam lagi 2 class tu. hehe.


::kenangan manis semasa di sekolah.
  • bermain mercun di dalam kelas sewaktu di tingkatan 2. muahaha. sume clasmate bengang dengan aku. time main tu tingkap sume tutup, abeh main aku keluar ikut pintu belakang sekali toleh ade plax 2 orang cikgu tengah sembang depan class aku, naya aku. selamat dorang tak perasan.
  • celebrate raya korban sama-sama kat sekolah sampai form3 kot kalau tak silap, sebab lepas tu raya korban dah stat ujung tahun, so tak sempat la nak menumbangkan beberapa ekor lembu. best woh, tengok lembu yang sanggup berkorban di hari raya korban, macam-macam gaya dorang and ade gak yang tak rela dikorbankan sampai hampir terlepas.
  • feel tido dalam class, makan dalam class semua tu pada aku sangat manis.ahah.
  • time form3, aku selalu suruh kawan aku bawak komik untuk aku. hehe. kitorang letak dalam kotak kasut. selamat tak kena rampas. tapi best sebab aku hari-hari pegi baca komik kat sekolah.ahhaa
::kenangan pahit semasa di sekolah.
kenangan pahit macam banyak je.takpe aku pick yang dasyat2 jela.hehe
  • masa form1, aku dihalau duduk kat tempat belakang instead before tu aku duduk kat tengah2 class and tempat tu kira best la. tapi sampai bebila pon aku takkan mengaku aku bersalah and hanya mangsa keadaan. sebab budak sebelah aku tu yang sibuk menceritakan sesuatu kat aku, bila aku baru nak cakap sket cikgu tu terus tuduh aku bersembang dan budak sebelah aku hanya buat tak tau je and takde sape defend aku sebab time tu aku tak berapa ada kawan.as a result, aku dihalau duduk tempat belakang class,betul2 tepi pintu and kad demerit aku diambil disamping cikgu tu simpan punyalah lama sampai berapa kali aku merayu baru dia bagi balik. dan since tu la aku suka tido dalam clas. cikgu tu laki and dia suka kalau budak perempuan bodek2 dia, since aku ni brutal dan tak layan dia, sebab tu dia buat macam2 kat aku. yang penting dia tak kawen lagi and gatal, so aku lebih rela tak baik dengan dia.
  • time form1 jugak disebabkan aku duduk clas depan time tu, budak2 sume skema tak nak kawan dengan aku. 1 day tu ade clas dekat makmal komputer, aku tetido dan aku terjaga bila ada budak clas lain yang gerakkan sebab dia tengok aku sensorang tido dalam class, memang gelabah la sebab dah la tak tau clas kat mana, selamat at last jumpa jugak tempat tu.
  • time form5, aku dengan kawan aku lagi 2 orang kena halau dari clas add math. semua nya sebab cikgu tu ada ajar graf kot, bentuk dia actually mcm bell, tapi instead sebut bell ke U ke, dia memilih untuk guna word "mangkuk". at 1st aku tak kesah pon, pastu kawan aku kat sebelah lagi 2 orang ni, dok gelak-gelak and soh aku dengar betul2 bila dia sebut mangkuk. dan sewaktu dulu aku ni pon mangkuk tingkat juga, coz bila gelak tu tak reti nak stop. so korang bayangkan la lesson hari tu dia dok repeat word "mangkuk' tu banyak kali, mane la aku boleh nak cover gelak. bajet dia tak nampak la, sekali dia terus tanya " yang kat belakang 3 orang tu dok gelak2 ape?" " lawak ke benda yang saya tengah ajar ni or kamu dah pandai sangat?" " kamu sebenarnye gelak ape?". aku nak jawab pon tak jadi tengok dia tengah berasap camtu, yang pasti cikgu ni bab-bab touching kau bagi jela kat dia. dia ingat kitorang gelakkan dia, tu yang hot tu. last tu dia cakap "kamu 3 orang keluar dari clas saya sekarang". mula tu macam berat hati la nak blah pastu dah dia jerit kuat lagi, baik blah jela. malu takyah cakap la. pastu kitorang lepak je kat library sampai abeh clas dia. boleh pulak jumpa sorang ustaz ni kat library tu, dia sah-sah la usha pelik sebab cikgu tu tengah ade dalam clas, kami plax lepak library, mesti dia ingat kitorang ponteng. lantak la, nak buat camne kan.unavoidable event.hehe
::cikgu yang paling korang tak suka! (tak payah mention nama. kang tak pasal2 cikgu korang baca belog korang, tak ke haru! haha) kenapa tak suka cikgu tu!
cikgu aku tak suka ramai je, tapi sebab aku ni jenis orang yang tak simpan dalam hati lama-lama apatah lagi nak berdendam maupon memendam rasa so aku tak kisah sangat la. bukan aku sesaja tak suka dorang, tapi dorang yang selalu buat macam-macam kat aku. haish, sabo jela. sebab tanpa dorang sape la aku.
  • ustazah b.arab time form3, muahaha. sebab dia memang salu pandang aku macam aku ni la manusia yang paling bermasalah dalam sekolah tu. harap je luaran lembut, tapi hati dia agak tak sesuai la untuk orang yang bergelar ustazah. pernah sekali tu dia tengah mengajar and aku nak pegi toilet, aku berdiri depan dia and minta permission nak keluar ,dari guna bahasa melayu sampai la ke bahasa arab. dia boleh buat derk je, pastu adala clasmate aku nak pegi tandas time tu jugak, dia elok je bagi permission. memang sakit hati dan malu la time tu. aku pon duduk jela balik tak jadi nak pegi toilet.
  • cikgu ni pulak adalah cikgu yang halau aku dari clas tadi, dia ni memang ratu tacing. ayat yang aku tak boleh nak lupa bila dia cakap" apa perasaan mak ayah saya pulak kalau tahu kamu buat macam ni kat saya" padahal dia dah kawen and ada anak ok. pasaipa dia nak kena compare kitorang yang di bawah tangunggan mak pak dengan dia yang dah berkahwin aku sampai lani pon tak paham. dulu time form1 dia baek lagi, lepas dah lama kat sekolah tu jadi camtu. dia ni ade rekod budak maki dia guna computer dalam lab comp, dorang ni junior, 3 sekawan tak silap aku, dorang rekod ape yang dorang kutuk cikgu kat dalam sound recorder. cikgu ni dia handle lab comp, so komputer induk yang dia pakai tu boleh cek semua komputer kt dlm lab tu and end up benda tu jadi isu dan dia bertaubat kejap and jadi baik, tapi lepas tu jadi balik perangai asal.
  • penolong kanan sekolah aku, dia ni memang laser tahap melampau. bukan nak kutuk tapi dia tak kawen lagi and dia dah berusia sikit. ape je dia cakap sume nak salahkan student dan cakap kami ni hanya menyusahkan mak pak kitorang. pada pendapat aku ni sebab dia takde anak,so semua benda dia nak take easy je. dia penah panggil aku sebab aku tak pegi clas tambahan, padahal rumah aku jauh and hari tu bapak aku takde so kena balik awal la macam biasa, nak naik bus dulu susah tak macam sekarang.dia cakap aku ni menyusahkan mak pak la apela, padahal mak aku risau,tu yang suruh balik awal. dah la time aku jumpa dia tu, dia boleh pulak sembang dengan orang lain time tengah cakap dengan aku, bila aku nak blah dia sound aku cakap dia tak abeh cakap lagi aku nak blah dah. bila dia dah abeh cakap, boleh pulak tak suruh aku blah, bila aku still berdiri depan dia, dia tanya aku apehal tak blah2 lagi. memang sengal tulang betul la. aish.
::pernah crush dekat someone masa kat sekolah? macam mana boleh tangkap lentok dengan orang tersebut? sebab dia hansem ke, sebab budi bahasa dia ke. kalau boleh, letak sekali nama orang tu! bwahaha.
  • maka, aku nak bagitau la yang aku ni sekolah semua perempuan, since form1 until form5. so bab nak crush2 ni takde la. ahha.
  • dulu time aku form1 and time tu aku duduk asrama, zaman tu semua gila nak adek angkat-kak angkat. ade akak ni dia form 6 and dia ditugaskan guide aku sampai khatam al-quran tapi sebab dia busy maka aku di overtake oleh senior lain. dia penah offer aku jadi adek angkat, dia agak feymes la kat sekolah aku tapi time tu aku budak-budak lagi tak tau yang kalau kau ada kak angkat kehidupan kau akan lebih selamat. bila dia tego aku ke, orang macam wow~ kak An tego budak tu la. alaa, ala-ala korang tengok cerita boys over flower ke, kakak tu ala2 macam group F4 tu la.ahaha.. pastu masa aku macam dah sudi nak jadi adek angkat dia, ade budak cun dan bijak le kan masuk hostel so, macam biasa la orang cantik dan orang feymes seakan ditakdirkan untuk bersama. ade akak tu bagi surat kak budak tu kot, pastu member aku ni dormmate dia, entah camne aku terbaca kot surat tu and kawan aku ni memang backstab hebat sanggup pecah rahsia and bagitau budak tu and akak tu, kata aku ni baca surat tu. aku dikecam la jugak, memang depressed tak yah cerita la time tu, dah la aku still tak bley adapt kehidupan kat hostel. aku pon tak berapa ingat sangat benda ni.haha.
:: gambar kenangan semasa di sekolah. :) boleh letak 3-5 gambar.
  • aku ade henpon pon time nak masuk matric, so activity menangkap gambar ni takdela. aku seniri pon menyesal sebab takde pic kenang-kenangan. T______T
  • sebagai ganti aku letak pic clas kat U time sem 1 dgn kat matric ok. sori.

sem 1 kt U
time matrix
ok tu je. hope tak berpinar mata korang baca panjang-panjang ni. heehee. and meh la aku bersihkan nama aku dulu sebelum korang meninggalkan page ni dengan judge aku sebagai orang yang paling bermasalah macam ustazah aku buat tu. sebenarnya aku kan sekolah perempuan and korang mesti da dapat detect yang aku ni sekolah agama, so apa yang aku buat semua akan nampak jahat dan ganas sebab sekolah tu student dia semua kaki ampu, kalau korang macam aku sah-sah susah nak survive kat sekolah tu. student dia dalam 500 orang je coz sekolah tu dia pick student berdasarkan result UPSR and aku sepatutnya stay kat hostel sebab rumah aku jauh., tapi instead of aku jadi kasim selamat, aku rela ulang alik dari rumah eventhough jauh. achievement student kat situ akan dinilai berdasarkan bahasa arab, even korang dapat straight A untuk semua subjek tapi b.arab korang fail, ranking korang akan turun dengan mendadak dan akan duduk class last. so, memang tarf la. tapi pape pon aku sayang la jugak sekolah tu, kalau la aku tak masuk sekolah tu entah apa je aku buat skunk ni.
ok la,tu je take care.

Sunday, April 10, 2011

Detik-detik Cemas! fuhh~

hi.
dah lama aku tak update, beberapa entri aku sebelum ni pon just pasal cite MY 1ST CRUSH dan aku rasa aku tak payah continue dah kot cite tu, cukup la setakat tu.haha.

alkisahnya, beberapa jam yang lalu.sesampainya aku di hostel, lepas aku dah kemas apa yang patut aku pon nak on la laptop kesayangan aku ni. fuhh~ cemas giler ni bila banyak kali aku on laptop aku, boleh la pulak dia hang, ape pon tak boleh nak click, entah berapa kali aku on off. takut gak kot-kot laptop aku rosak terus.

dah la laptop ni barang kesayangan aku. dan laptop ni mak pak aku yang bagi, khas dorang pegi beli kat aku time aku 1st sem kat Unimap ni lagi. gila lah, sentimental value dia tinggi tau! kalau rosak memang aku seniri tak dapat bayangkan apa yang akan jadi pada masa depan aku.

sampai tertido la aku menunggu laptop aku ni ok. *alhamdulillah* at last, dah ok gak. 

maka, lagi 1 week aku akan mengharungi final exam untuk semester 4 aku kat sini, hope semua ok macam biasa. ahaha.. ok la, jmpe nanti. take care!!

Tuesday, April 5, 2011

My 1st crush #2

sedang si pencerita mengelamun.. beliau teringat saat mula-mula dia perasan dengan kewujudan her 1st crush.

time aku kat Kampung Pisang Tiga Kaki tu (nama kampung adalah rekaan), untuk Program Keluarga Angkat, ada satu hari tu semua tengah gotong-royong memasak dodol. sebab student dan orang-orang kampung sama-sama buat kerja, so kebanyakkan semua kerja dah di cover. sambil-sambil tu dorang buat la aktiviti bagi merapatkan sillaturrahim anak angkat dan keluarga angkat. adala macam-macam permainan tradisional yang kitorang kena participate.

bila keadaan dah makin lengang, aku pon pegi la melepak dekat khemah yang tak berapa ada orang, coz situ khas untuk duduk-duduk je, sementelah member-member aku yang lain dipecahkan ke kampung lain, so aku takde la teman sekaki nak mengumpat, maka aku pon melepak la kat khemah tu sensorang sebab keja dah takde nak buat. time aku syok-syok dok melangut sambil melayan budak-budak kecik tu, dorang pak-cik pak-cik and beberapa student lelaki start la maen takraw. walaupon aku ni takut jugak dihempap bola takraw, sebab duduk dekat sangat dengan kawasan dorang bermain tu, tapi sebab perasaan malas nak berginjak tu menebal dalam hati, aku duduk je situ. dah tempat tu redup-angin pulak sepoi-sepoi bahasa melayu, malas la aku nak cari tempat laen pulak nak lepak, japgi aku nak pegi sambung tolong dorang kacau dodol pulak.

my 1st crush pon tetiba la nak join maen takraw, tapi time tu takde crush-crush lagi aku tengok dia pon dengan sebelah mata je. *sigh* sedang beliau seronok bermain, aku pon tengok la apsal la dia ni maen takraw cover-cover, malu kat aku ke? macam tak mungkin pulak sebab kenal pon tak. setelah aku menilik gaya dia lama-lama baru aku sedar yang bola takraw tu banyak kali terkena poket seluar dia and dalam poket tu ada henpon dia. lepas tu aku tengok la dia keluarkan henpon dia tu, dia tengok aku yang kebetulan straight kat sebelah kanan dia, aku dah agak dah, mesti dia nak suruh aku tolong jaga kan henpon dia. *huh* and penakulan aku tepat sekali, dalam ramai-ramai manusia sejagat kat situ boleh aku jugak dia nak suruh jaga henpon dia. sedar-sedar dia dah ade kat depan aku, sambil sua henpon dia and cakap " tolong jaga jap". 

aku pon malas la nak buat gedik, aku terus je amek henpon dia tanpa banyak soal siasat. kehkeh. dalam hati, side jahat dah kata "dia bagi henpon nak suruh aku tinggal number fon ke?, muahaha".tapi hatiku yang suci , sesuci embun pagi pulak berkata"shh, diam la kau jahat". jadi aku pon berhenti la berfikir secara kreatif dan kritis. tapi kejap je dorang maen, bola tu boleh pulak nak masuk parit depan tu, lepas dia dah pegi berenang kuak lentang amek bola tu dalam parit, dia pon datang and ambik balik henpon dia, seraya berkata " terima kasih".

aku pon tak tau dia ingat tak lagi aku ni penjaga henpon dia dan pernah berbakti pada dia. tapi tula, aku tak boleh terima dia seorang perokok, dan aku rasa tu adalah satu kerugian kepada nusa dan bangsa.

bersambung...............................

Sunday, April 3, 2011

My 1st Crush #1

kejadian berlaku pada hari yang sama dengan Prolog : My 1st Crush

lepas habis je jawab paper tu, aku dengan member aku pon keluar la dari bilik exam tu. kat luar ofcos la dah lengang sebab tadi ramai je yang keluar awal, mesti dorang dah balik. sambil aku dok ternganga-nganga kat depan pagar tu, aku adala nampak sekumpulan budak-budak lelaki yang busy menghisap rokok. kawan-kawan aku ape lagi sume menyuarakan ketidakpuasan hati la, macam biasa mane ada pompuan suka kalau paru-paru dorang dicemari asap rokok dan tak semena-mena jadi perokok pasif. aku pon tak suka jugak, so aku pon join gak la mengutuk manusia-manusia tu.

time dok seronok mengutuk tu aku terperasan yang mamat tu pon ada sekali dalam group tu, dia tengah syok berketawa riang gembira dengan member-member dia. dalam hati ni, nak kutuk pon tak jadi, kot-kot la dia pon dok hisap rokok gak. tapi sayang la, muka dah kacak tapi hisap rokok plax. pastu aku pon buat derk jela, lumrah alam la zaman-zaman sekarang ni lelaki sume nak hisap rokok. standard kot. kitorang pon gerak la nak pegi naek bus. kejap lepas tu bus dah penuh. pastu aku nampak dia naek bus, dan secara kebetulannya dia berdiri sebelah aku. *damn* dah seat sume penuh so dia kena berdiri la and boleh la pulak kan sebelah aku plax dia nak berdiri. walaupon aku rasa hepi, aku seniri pon tak paham kenapa la aku nak kena hepi. dasar giler.

haha.. pastu dia bersandar la kat tepi kerusi aku. bila bus start jalan boleh pulak kerusi tu tak stabil berhenjut-henjut macam buaian, patut la takde orang duduk kat kerusi tu tadi. aish. dia plax boleh bantai gelak and tanya aku "tak selesa ke?". *damn lg sekali*  blushing pe muka aku time tu. tapi aku pon control je dengan muka pecah rumah, reply kat dia "takpela, biasa je". lepas tu dia ada tanya lagi " best ke, ade orang tolong dodoikan?" sambil gelak-gelak. aku ni sambil buat selamba terus je jawab " ok gak la" sambil gelak-gelak gak, boleh pulak dia sambil-sambil tu berselawat macam nak dodoikan budak kecik *ah, so sweet*. selalu nye kejap je dah sampai hostel, ni lama la pulak. sempat lagi dia tanya aku, "benda tu untuk ape?" sambil tunjuk dekat benda yang untuk adjus kan seat ke depan or belakang. aku pon terus jawab " benda tu untuk main. cuba la tarik tengok orang belakang marah tak?" dia pon boleh je terus gelak dengan member dia.sebab jalan pon tak rata dan kerusi tu makin buat hal dia pon kesian kat aku agaknya, terus tak bersandar dah. 

sebab malam, so kawasan tu sume gelap. pak cik bus pulak pasang lampu dalam bus, so memang boleh nampak la dia dari cermin bus tu. dengar la kawan dia dok tanya sambil tunjuk dekat aku, sama ada aku ni budak kelas dia ke? ofcos la aku bukan budak kelas dia, kalau tak mesti dah kenal, jawapan aku dan dia sama dengan apa yang dia bagitau kawan dia. lepas tu sempat lagi dia tengok stitches kat belakang jaket aku. pastu bagitau kawan dia, yang aku sama kos dengan dia. dorang pon borak-borak lepas tu. tiba-tiba dia tanya aku pasal stitches nama kat jaket aku tu buat kat mana. aku pon cakap la student mall. dekat 3 kali aku repeat baru dia dengar, padahal aku rasa suara aku kuat je. last tu dia tundukkan kepala dia dekat dengan kepala aku baru dia dengar. lepas tu dia tanya lagi pasal harga nak buat benda tu, aku ofcos la tak ingat so aku tanya member aku kat sebelah, member aku laju je bagitau RM15.

dia boleh pulak tanya kalau nak stitch nombor matrik sekali boleh tak, alasan dia sebab dia selalu terlupa dengan nombor matrix dia. macam-macam la dia mengarut dengan member dia, siap cakap nanti ada anak nak tulis pasal info kot-kot anak dia hilang orang boleh anta balik. baru la aku tau dia ni style mengarut jugak, nampak je muka brutal lagi strict.

masa memang selalu mencemburui aku, sedar-sedar dah sampai hostel. dia dengan kejam dah gah nya berkata "takde ah, man first" terus blah dulu tak nak bagi laluan kat girls. aku pon tengok jela dia berlalu pergi, I hope that, I can meet him again next time (:

bersambung....................................


Saturday, April 2, 2011

Prolog : My 1st Crush

cerita ni berlaku di sebuah pusat pengajian tinggi di Malaysia (tak cukup bajet nak pegi oversea). cerita ni tidak melibatkan dialog dengan orang lain sebab dia macam ape yang pencerita tu coret dalam diari dia je. pencerita adalah seorang student sepenuh masa yang sedang menunggu ijazah sarjana muda beliau. lumrah alam, dunia maupon manusia sejagat la nak crush-crush ni. so, ni adala apa yang terbuku kat hati beliau masa hati, limpa,ginjal dan semua organ dalam badan time tengah cuba adapt persekitaran kat U.

cerita bermula...........

Jumaat,  28/09/ 20XX

aku baru sampai kat hostel. tadi aku ada mid sem exam untuk paper PRINCIPLE OF ACCOUNTING. tadi masa aku nak pegi exam, ofcos la macam biasa aku naik bus yang U sedia, and aku memilih untuk duduk dekat seat belakang sekali dengan member aku. pastu ada la, boys datang ramai-ramai and duduk dekat area-area belakang tu jugak. aku macam biasa je, buat derk tak layan, sebab ofcos la aku tak kenal dorang buat pe nak sibuk. so, aku pon terus je borak-borak dengan member aku kat sebelah, tiba-tiba aku dengar la ada sorang budak tu cakap " wey, baek-baek kang terkena muka orang". aku pon terkesima and tengok la kerusi kat depan aku tu hampir-hampir terkena muka aku.

aku pon cepat-cepat la injak ke belakang and bersandar. pastu aku tengok la sape la yang sibuk sangat nak adjus kusi segala. "eyh, mamat yang aku suka tula, dia la yang dok adjus-adjus kusi tu," aku berkata di dalam hati. actually, mamat yang kat sebelah dia tu yang dok adjus kusi, pastu dia pon sibuk nak join. masa dia dok sibuk meng-adjus kusi tu, dia pon tanya aku, "ok tak takat ni?". aku pon konon-konon dah kenal lama terus je jawab, "ok kot takat ni" sambil tolong tahankan belakang kusi tu. boleh plax dia sambung lagi tanya "belakang lagi boleh tak?" sambil muka selamba nak menduga aku. aku pon terus jawab " hey, ni dah melampau". dia boleh plax ketawa riang ria cornflakes dengan member dia sebab berjaya membuat aku bengang. aku pon seronok la tengok dia hepi, sebab lama dah tak nampak dia.

bak kata pepatah, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. kami pon tiba ke tempat untuk exam tu.

masuk je exam, as usual kitorang boleh duduk randomly suka hati, pastu dia amek seat yang depan kekiri dari seat aku, macam biasa aku plax suka duduk belakang-belakang. tapi sebab nervous nak exam so, tak kesah la dengan dia lagipon dia duduk dengan girls mane ntah and one of them adalah orang yang sengal kutuk aku dulu, jadi aku pon takde hati la nak ushar dia. tapi jeles plax tengok dia baek giler dengan budak-budak tu. *damn*. 

 lebih kurang sejam lebih lepas tu, dia dah hantar kertas dia and tinggalkan bilik exam so, aku pon tengok jela dia berlalu pergi dengan harapan akan bertembung lagi dengan dia lepas ni.

bersambung...............

PEMBERITAHUAN

maka, next week patutnya aku da start study week, tapi bukan bermaksud aku nak study so tak boleh online. bukan tu maksud aku. hehe..

melayari internet dah jadi rutin harian sejak rumah aku ada internet time lepas aku abes PMR kalau tak silap. jadi ofcos la aku tetap akan online setiap hari kalau takde hal penting yang aku kena buat. lepas ni aku nak post pasal satu story yang owner dia minta identiti dia di rahsiakan, ala-ala perisik, tapi dia nak share cerita tu dengan orang lain. maka, ayat-ayat entri tu akan berbunyi seperti ayat dalam diari, so takde keformalan la yang ada cuma ayat-ayat tunggang langgang syok seniri mungkin.

maybe entri tu akan start esok, tengok tahap kerajinan aku la. ok la, tu je nak bagitau.

take care!