Tuesday, January 25, 2011

makan tomato untuk kulit yang cantik!

hi semua.
kenapa kalau aku stat entri mesti nak stat dengan ayat yang sama. ah, borink betol la kalau camni. ni last la aku pakai hi semua. lepas ni kena cari ayat2 yang lebih indah ye. ok, disebabkan aku malam ni pon haruslah busy, so aku teros je bukak laptop dan tulis entri ni sebaik saja aku sampai hostel. ye, aku baru je sampai hostel ni, baju pon tak salin lagi. heheh.
macam tajuk yang terdapat di atas tu, aku bukan la nak share ape khasiat tomato yang dah tentu ramai yang tau dan kalau korang tak tau pon, boleh je search kat yahoo ke, google ke. ape2 la kan. alkisahnya, aku ni kulit tak la secantik, selicin, semulus bayi sebab aku kan bukan bayi lagi, dah tua pon. dah la hari2 terlebih expose dengan cahaya matahari yang membakar kulit aku. tak payah cerita la betapa tersalai nya aku sejak hampir 2 tahun kat Perlis ni. eh, bukan aku tak usaha letak produk2 yang dapat halang burn2 akibat mentari ni. macam2 dah aku pakai. topeng je belum.
ada la satu hari aku balik ko-k sem 2 yang lepas2, aku nampak la ada awek cun depan aku amek tomato dengan nasik je. apehal? aku ingat dia punya duet ptptn dah abeh la. aku hebat je amek ikan, telur dadar. aku pon sempat la simpati dua tiga bekas kat dia. masa tengah beratur nak bayar makanan tu, aku usha la dia lagi, nama pon awek cun kan? aku memang suka usha awek cun sebab kira macam inspirasi la untuk aku pon cantik satu hari nanti. dari penakulan aku, muka dia memang licin, pastu pipi merah2, dia tak pakai blusher la. kulit dia cam tomato ouh. aku pon tanam la tekad nekad, satu hari nanti aku pon nak ada kulit camni jugak2.
dari cite kat atas tu, aku pon dapat la ilham aritu time makan nasik ayam. nasik ayam selalu kalau beli kat kedai tak kisah la bape RM dia caj korang, paling cikai mesti ade timun, tomato dengan salad. kan kan kan? jangan cakap takde pulak, kalau takde maybe kedai nasik ayam tu esok2 nak tutup kedai la tu. lepas bukak je bungkusan tu, kepala aku tiba2 keluar mentol macam albert einstein, *tink* ape? tak paham. aish. kira aku dapat idea la nak makan tomato untuk kulit yang cantik, almaklumlah aku tak makan sayur dan adik beradik sayur kecuali sayur bayam yang popeye makan tu. jadi aku pon konon2 nak belajar la makan tomato, kot2 la nanti kulit cantik bersinar2. so, adela akak kedai potong tomato tu nipis2 and cam half la dari slice yang salu kita potong bulat2 tu, lalu aku pon dengan hati berdegup kencang sambil pejam mata ala2 macam tengok cite hantu, takut tapi mahu. aumm~ tomato tu masuk dalam mulut, lalu aku kunyah pelan2, sebab kalau tak sedap cepat2 pegi muntahkan balik. bila dah stat rasa masam2 dari tomato tu, dalam hati aku pon berkata. "ah, not bad." aku pon hepi gilos2 sebab pikir nanti aku selalu makan tomato pastu tentulah kulit aku akan cantik. oo yeah~ masuk la ke slice yang ke-2 yang lebih besar dari kepingan yang tadi. kunyahan pertama, " ok, aku cool ah makan tomato.". masuk je kunyahan ke-2 " what the heck?". ah. laju je aku pegi buang tomato tu. ah, giler tak tahan rasa pelik, aku rela makan asam jawa lagi dari nak makan tomato. jadi conclusionnye
 "tak makan tomato = kulit tak bersinar mahupon cantik"
"tak sanggup nak makan = tak kesah kulit tak cantik"
tah la macam mana orang boleh makan tomato, tak sedap la. tokak epal lagi sedap. bak kata omputih " an apple a day can keeps the doctor away" aku lagi like pepatah ni.

ok tu je. take care yo!

9 comments:

idAti mALek said...

sedap pe tomato..cicah ngan kicap...kalo xnk rasa, ko buat mcm salad la...cmpur ng mayonis....hohohoho...

sedap!

Cik Atiqah Shaharin said...

hahaha. hg suka xpela. aku mayonis pon x kn la.haha. aku mkn kpok tomato je.

nazrul ashraff said...

setuju!! tomato rasa pelik and tomato~lembik..

Cik Atiqah Shaharin said...

nazruL : haha. geng ah kita!

armouris said...

lagi info tentang khasiat tomato di SIHAT SELALU - Khasiat Tomato

Armiza said...

tomato2...besh dimakan..besh jugak dilenyek2 di muka...^__^

Cik Atiqah Shaharin said...

armouris: thanx sbb dtg sni n thanx 4 da info!
armiza : hehe. thanx sbb dtg sini.

Hidaya Sarbini said...

haiyaa..bila masa jd datin lorr...
ishh, aku pown dulu tak makan syur.. tp psl konon2 nak kulit cun aku try bha.. last2 sedap what..siap lenyek kat muka lagi.. tp gatal kowt muka...huhuhu

Cik Atiqah Shaharin said...

haha. dh lme ah jd datin. hg je x alert. time kt mtrx tu.