Sunday, January 16, 2011

BEN ASHAARI : CINTA MONYETKU

BEN ASHAARI
hi semua.
hari ni tetiba berminat nak join segmen hujung minggu dari Encik Ben Ashaari. kalau nak join boleh klik ayat sebelah ni.
ok, jom stat.
dulu2 masa zaman jahiliah. aku ada seorang kawan laki yang aku kenal since tadika. dia ni ada kembar. tapi tak seiras. dulu aku memang lasak, nak main pon mesti nak maen dengan budak laki. so, memang ramai la kawan2 laki aku. tapi dia ni dengan adik dia(dia abang) naik keta sewa yang sama dengan aku untuk pegi sekolah. so, memang banyak masa la spend ngan dorang. aku ni dulu, masa kecik2 suka sangat cubit orang. mangsa cubitan sampai lebam2 ialah mamat ni lah.haha~ ade sekali tu time tadika kot. lepas turun keta tu dan aku nak jalan balik uma, dia babai aku and cakap "bye tiqah". aku pon reply "babai (nama mamat tu), I LOVE YOU". tah pape aku ni, main cakap je. tapi takpela, time tu kecik lagi. kalau skunk aku cakap camtu, malu aku sepanjang idop.
dia ni memang playboy la kan. walaupon usia masih setahun jagung, senantiasa nak tukar awek.ahha. burok gler perangai. alkisahnya, aku kan kawan baek dengan dia. so aku kadang2 ade gak jadi "orang tengah". sape je awek dia, sume aku kenal. time tu aku yang masih senget2 ni, suka sangat cakap kat dia yang ada orang suka kat dia. kira aku cam jadi spy la untuk dia. pastu suruh dia teka. salu la aku bagi clue yang dekat2 ngan nama aku, contoh cam " wei ade budak class kita yang nama dia stat dari huruf A suka kat hang!". dan mamat tu pon teka la.
aku suka kat dia sebab, dia cam smart la, dah la pandai. pengawas plax tu, beliau gak aktif bersukan, bukankah dah lengkap pakej untuk seorang laki.dia gak suka politik2 ni, so bila dia cakap cam ada point la. time darjah 6 lak dia jadi ketua pengawas. dia gak salu tolong aku. pernah time clas KH, aku tak reti nak potong kayu pakai gergaji, dah la aku kurang ketinggian. so, aku dapat gergaji yang paling berkarat and tumpul. gergaji punya gergaji, tergergaji ibu jari aku sampai jadi cam helaian muka surat plax. time tu brutal, takde la menangis.haha~ pastu dia datang tolong. memang la aku terharu kan? tak percaya? kena la percaya sebab sampai sekarang aku tak lupakan pertolongan dia.haha.
serius macam bodoh. kadang2 pikir2 balik dia xdela hensem mana. haha. pastu siap cerita lagi kat kawan2 terdekat yang aku suka kat dia, bila rasa cam fed up tengok dia or dia buat something yang aku tak suka. terus2 aku bagitau dorang aku tak suka kat dia. cam hape je. dah la selalu main cubit2 dia, sebab dia suka menyakat aku. pernah 1 hari tu dia kata kat aku yang tangan dia abeh lebam2 sebab aku cubit dia. adeh, ksian plax aku.
dia ade gak tuisyen sains sama dengan aku, so dia adala nak tackle minah dari sekolah laen ni. dah la soh aku merisik khabar. hati aku terguris woh. kejap pastu dia pon kapel dengan budak tu. memang sama padan la. yang paling mengguris hati bila dorang dok senyum depan aku time tuisyen tu. makan hati berulam jantung betul aku time tu.
time aku dah darjah 6 kot, akhirnya dia cam berjaya teka la yang aku suka kat dia.
aku : wei ade awek nama stat huruf A ni suka kat hang.
mamat tu: sape?
(dia pon teka la)
perbualan berterusan sampai kat uma aku.
mamat tu: tah2 hang pe? nama hang kan Atiqah.
aku: "blushing" eh, takkan aku plax, dari aku suka kat hang yang cam syaiton punya perangai, baek aku suka kat adek hang. tengok diam je. baek betol.

akhirnya orang laen pon ingat aku suka kat adik dia. pastu aku pon menyesal berkarung sebab tak mengaku je yang aku suka kat dia. pastu aku pon masuk sekolah pompuan and dia pon pindah. tapi adela aku still call2 dia.tapi tu pon 2 3 kali je, pastu terus terputus hubungan sebab dia pindah. time tu buta IT lagi. kalau ada FB mesti takde la terputus persahabatan kan.
kesudahannnya? bukan kat atas tu. ahah~. aku masuk matrik. tup2 terjumpa plax. dia yang tego aku dulu. aku buat2 tak kenal sebab malu bila teringat cite zaman jahiliah.ahha. tapi dia memang suke jalan dengan ramai2 awek. aktivti feveret agaknya. skunk ni kalau da pape kitorang borak2 ikot FB je. zaman dah maju kan.haha.
moral of the story: tak payah la nak jadi orang tengah. buang masa je. baik study betol2. biar ada yang menyesal tak pilih kita dulu2.haha~ dan lagi 1, kalau suka kat orang tu diam2 kena la belajar melepaskan dia anytime kalau dia dah berpunya.

sorry! entri panjang sangat ;(

take care sume.


6 comments:

faiqah said...

datang dari blog abg ben:)
comel la cerita:)

eni said...

ades.... hahaha... sadisnye.. ni cinta monyet x ksampaian neh.. ekekeke...
seronok kowt bce citer2 neh... :)

Abhamz said...

salam, suka baca kisah cinta monyet anda....tahniah krn dipilih dlm segemen En Ben.

nazrul ashraff said...

gila kentang lawak! ur attitude mcm my friend la..best klo kawan ngan someone mcm ni..ley cter ap je!!

biutyburritos said...

Salam Atiqah. Sudilah kiranya accept Kak Biuty jd follower Atiqah. visitlah blog akak biutyburritos.blogspot.com. tq

Cik Atiqah Shaharin said...

hi semua.
thanx sangat sbb sudi dtg bc entri ni.
sy tharu T_T