Tuesday, May 31, 2011

Tips Meneruskan Kelangsungan Hidup (Move on)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

di kelapangan yang ada ni aku nak kongsi la dengan kalian (ade ke orang yang nak baca?), bagaimana kita nak meneruskan kelangsungan hidup dan mengelakkan kita still stay dekat situasi tu dan terus makan hati.

disebabkan aku sendiri ya rakan-rakan, pernah menempuhinya so jangan exclaim dan terus judge aku bajet doctor cinta dan buat-buat terer pasal percintaan sebab ni base on my experience.* aku penampo gak kang

kalau korang ada ni *crush*(sila klik untuk penerangan selanjutnya), dan korang rasa why not korang confess je kat dia, mana nak tau mungkin korang dengan dia ada jodoh ke, kalau mintak nasihat aku, aku cakap "YA!" dengan capital letter dan tanda seru untuk korang terus proceed. apa faedah menunggu bulan jatuh ke riba  sebab zaman sekarang ni semua orang guna concept "early bird get the worm" walaupon yang korang nak dapat tu bukan la worm, mungkin awek/pakwe hensem *barangkali*.

yang perenggan atas ni khas untuk sape yang ade crush- secret admirer ni je. tapi kalau korang tak berani, aku sarankan tak payah, just terus la crush dia tu diam-diam. sebab kalau kau orang confess pon kebarangkalian nak direject adalah sangat tinggi. jadi yang part ni khas untuk orang yang berani je, macam orang yang berani buat bungee jump tu ok! yang tahap keberanian dia hanyalah pada kadar medium mahupun  sejengkal dua je, aku sarankan kau duduk diam-diam kat situ dan tengok je. pesanan ni bukan untuk korang je tapi untuk orang yang sedang mengarut ni jugak.

ok, meh kita proceed ke next situation. situasi yang aku nak cakap kali ni adalah apabila kawan korang tu, bukan kawan aku ye, ada bagi hint, tak pun ape segala janji manis, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang semua kat korang. tapi dia tak declare pape pon dengan korang, ape ni orang kata "teman tapi mesra" ah, yang tu le tu. 

korang hidup-mati ingat dalam hati dia ada tempat special untuk korang. tapi apsal la dia ni tak declare-declare lagi, tunggu punya tunggu saban hari makan hati. ah, part ni yang tak best ni, bila kita hari-hari makan hati dia pulak seronok je makan isi, aku maksudkan hati ayam dan ayam part isi ye, bukan menggalakkan cannibalism. mana adil macam tu! nak kata dia tak layan kita macam kawan-kawan lain, tak pulak. terlebih dari lain, ye ada. maka, kalau tak nak berteka-teki apa kata korang confess je kat dia. mana tau dia pon sebenarnya ada hati kat korang.

andai kata korang di dumped la, takpe sekurang-kurangnya korang dah try. TAHNIAH! aku ucapkan pada sape yang berani tu. kalau nak bersedih, bersedih la kejap jangan lama-lama pulak sebab korang sebenarnya dah lepas dari sesi makan hati. maka boleh teruskan hidup tanpa apa-apa kegusaran dan ketidakpastian. tapi tak semua berani nak confess, especially bila korang akan jumpa orang tu tiap-tiap hari. tapi kalau yang jumpa tiap-tiap hari ni pon kalau korang rasa ianya takkan effect pape kepada persahabatan korang, ok la. tapi kalau sebaliknya, aku sarankan tak payah la. tapi korang jangan terlalu berharap ok!

ok tu je aku nak kongsi, mana yang buruk tu semua aku mengarut, sori ye. so selamat mencuba ye. 

seeya, tcare!


Monday, May 30, 2011

Sempena Hari Lahir Kau, Aku Menulis Entri NI.

semalam, tepat jam 12, handset lama yang tak berapa nak lama iaitu handset touch screen yang aku turunkan dekat adik aku, bernyanyi gembira menandakan ada orang di kalangan kenalanku menyambut ulangtahun kelahiran. selalunya ritual setiap tahun aku adalah, menge-wish besday kenalan-kenalan tepat jam 12am hari lahir dia orang. maka, sejak terwujudnya Facebook dan aku mempunyai akaun sendiri, ritual ini secara tidak langsung terhenti ditambah pula dengan aktiviti menukar handset yang lebih sesuai dengan selera aku saban semester, menyebabkan aku tak sedar yang hari lahir korang telah tiba.

ya, aku dulu seorang manusia yang terlampau sensitif dengan semua benda termasuk la hari-hari penting. sejak aku hidup berkelana luar dari kawasan dan zon selesa aku, aku mula menjadi kurang sensitif. kekurangan sensitiviti aku menyebabkan kadang kala aku terlupa juga nak menge-wish besday ahli-ahli keluarga aku. mana taknya, besday sendiri pon aku hampir lupakan, tambah-tambahan bila semester lepas aku menghabiskan hari lahir aku di dalam gelap seorang diri.

semalam hati aku memaksa aku menge-wish kau seperti  saban tahun yang lalu. manakala otak ku ligat berfikir ketidakharusan aku mengikut nafsu hati. "barang lama, tinggal-tinggalkan ajela, tak perlu nak kenang-kenang". "kalau aku tak wish, satgi dia ingat aku frust tak abeh, mana boleh macam tu". "ala, buat-buat lupa jela, dia pon bru 1st time wish besday aku last year, mane boleh compare dengan aku yang ingat and wish besday dia tiap-tiap tahun".
 akhirnya aku tertido dan tak wish dekat engkau. ya, engkau la.

tapi pagi tadi aku berlagak cool dan aku send mesej dekat kau, rancangan asal nak wish kat FB je, tapi takpe aku je yang bersalah dekat kau, tapi kau tidak*mungkin*. walaupon hakikatnya kau yang menghidangkan aku dengan kemanisan alat music kau, beria-ria kau menghantar voice sms nak menunjuk kau pandai main gitar. terjaga pada waktu malam pandai kau cari henset yang kau kata buruk sampai tak boleh nak reply mesej aku, tapi time tu boleh guna untuk miscall aku dan mesej sampai kau tido balik. tu semua cerita lama, yang kau satu pon tak ingat, aku je terhegeh-hegeh mengingat.

tadi aku nampak kau cakap kau frust(sebenarnye tulis kat FB je). pastu akak kau cakap kesian kau kecewa di hari lahir kau. dalam hati aku, padan muka kau, kalau kau rasa apa yang aku rasa time aku kecewa dulu. ya, memang aku tak hebat macam kau, tapi kau ingat dengan cara kau melayan anak-anak gadis diluar sana dengan perkara manis tu adalah biasa-biasa saja pada kau, tapi sebenarnya tidak untuk orang yang macam aku.

maka, selamat hari lahir. apehal aku nak emo, aku pon tak tau. siap guna ayat baku lagi. bukan salah kau, apatah lagi aku. mungkin salah zaman canggih sebab terwujud telefon bimbit untuk berhubung dengan orang-orang tak berapa tersayang.

BLUR TAHAP TAK BOLEH NAK HANDLE LAGI!

korang penah tak rasa macam mana *blur sampai tahap korang rasa tak boleh nak handle lagi ke-blur-an korang*? penah tak rasa? kalau tak penah bagus ah hidup korang, boleh masuk dalam kategori smooth lagi tu.

ya, aku sedang berada di tempat kerja. stuck dengan kerja yang aku sendiri cari dan aku tak tahu nak buat macam mana. setiap hari, sejak hari pertama aku praktikal sini, aku dihidangkan dengan pelbagai kerja tanpa henti. bukan nak merungut sebab aku faham yang aku dah diberi amanah untuk handle bahagian account company. kau orang ingat senang ke nak main dengan duit. dah la since aku tinggalkan subjek account ni sejak sem 2 banyak benda yang aku dah lupa. teruk kau orang tau.

akak yang selalu handle aku tu, hari ni bercuti. selalunya, dia yang akan bagi arahan untuk aku buat apa dan apa selain benda yang aku memang wajib buat la kan. maka, pada hari jumaat hari tu dia dah bagi keje kat aku, dia expect untuk aku key in data adalah dengan kadar yang lembab mungkin. padahal dia tak tau aku ni style kalau ade keje nak bagi habis cepat-cepat tak mau drag lelama. so, dia expect aku buat keje tu sampai hari isnin ni. maka kau orang dah nampak tak kewajaran di situ bila aku masih boleh online sesuka hati pastu sambung buat keja pon keja tu dah nak abeh.

aku pon dengan ringan  mulutnya bertanya "akak, ada keje lagi tak untuk saya. akak kan cuti hari isnin ni, baik akak bagi keje siap-siap kat saya". hamek kau.. padah mulut buat rajin, dia pon tunjuk la kat aku nak kena buat apa untuk hari ni  and benda ni serius cakap, susah la buat aku sebab kena refer sana sini. apa korang expect bila orang bagi pesan kat korang benda yang kena buat dengan serius and semua yang  korang buat tu bergantung kepada pemahaman korang, dah la pesanan tu jumaat yang lepas. see, correlation jalan cerita aku dengan tajuk entri aku kali ni.

dan yang paling tak boleh blah, aku dah start rasa macam di awangan, nak muntah, cirit birit sume ade. huhu..tensi.

p/s: kalau tak cukup hebat, silalah jangan berlagak hebat dengan meminta kerja berlebihan. =.=". padan muka aku.*sigh* aku on9 macam org giler kat ofis. dosa ni, dosa!

ok,seeya. tcare!

Monday, May 16, 2011

serius.. quick update!

dengan kadar yang pantas aku menaip entri ni sampai tak sempat letak pembuka bicara, so hi semua. aku sebenarnye nak update cite My 1st Crush bagi habis, tapi aku punya busy. masyaALLAH.. kalah VVIP.  arini dah start praktikal, so.. ke-busy-an aku pon bertambah la. nanti kalau sempat aku update tau. 
take care semua!!

P/s: Selamat Hari Guru, Happy Belated Mother's Day, Wesak day, Happy Belated Labour Day and Happy Birthday kat sape-sape yang sambut semua ni time baca entri. (:

Friday, May 6, 2011

Macam-macam..

hi.
isk..isk..isk, beberapa hari ni macam-macam hal jadi. kes nu, kes ni dan yang pasti kes bunuh membunuh makin memenuhi dada-dada akhbar kat msia ni, tak kesah la ape pon bahasa surat khabar tu. kadang-kadang bila bertalu-talu keadaan camni jadi kat Msia, aku rasa Msia yang selama ni aman pon dah bertukar jadi negara yang penuh keganasan.

ah, abaikan jela. kalau kita terlampau ambik benda tu sampai menyebabkan kita takut nak hidup kat dunia yang penuh pancaroba ni pon susah gak.

oh, actually nak bagitau kepada yang rajin baca cite My 1st Crush tu bahawa, minggu ni aku takde masa lagi nak sambung cite tu and buku yang aku catat cite tu pon ade kat uma lagi 1, selalunya weekend baru aku pegi sana. camne la aku boleh terlupa pasal nak update cite tu. sori ye, kalau sempat by next week patutnya aku dah habiskan cite tu. aku taip berjela-jela sikit setiap entri tu, kalau short sangat macam tak berapa ada cerite sangat kan?

ok, tu jela. take care ye (:

Sunday, May 1, 2011

My 1st Crush #4

muahahaha.. *gelak sambil letak kaki sebelah kat katil supaya nampak macam lanun baru jumpa harta karun*

masa aku baru balik pasar pagi tadi, aku lepak dulu bawah blok sambil usha-usha orang, cari bahan nak buat ketupat (mengumpat). bawah blok ni lagi la teramat clear kalau aku nak tengok my 1st crush yang macam channing tatum tu.hahahha... sambil mulut sembang kencang mata meliar tengok orang yang tengah berjalan pegi and balik dari pasar, mana la tau tuah ayam nampak di kaki, tuah aku nampak my 1st crush bukan setakat dengan kepala aku je tapi termasuk la kepala lutut yang saja aku halakan ke arah jalan. usha punya usha, huh~ ibarat menunggu bintang jatuh ke riba baik aku pegi beli honey star kat kedai lagi bagus, bayang-bayang my 1st crush pon tak nampak, sangat sia-sia usaha aku.

tapi takpe la, at least aku dah confirmkan sape si mamat yang si farhana cakap semalam. nama dia bukan "farys", nama dia firas rupanya. time program hari tu, dia satu kampung dengan aku jugak. kenal je aku dengan budak tu, nama dia alif firas. hahhaa... kebenaran dah aku temui, apa lagi yang aku harap kan? at least tau jugak la orang yang si farhana sembang kencang semalam adalah orang yang berlainan dari orang yang aku cakapkan.

"weh, budak yang hang cakap tu rambut cam channing tatum masa dia belakon dalam she's the man dengan amanda bynes ke?" tanya si farhana tiba-tiba. "ha'ah, camtu la dia, gaya pon lebih kurang cam channing tatum, nampak cool je" dengan bangga, aku balas ayat farhana. " oh, kalau yang tu, aku rasa aku kenal la" jawab farhana dengan muka selamba. aku terus la mengelamun, mana la my 1st crush ni, takkan kawan dengan senior kot, payah gila nak terserempak padahal 1 batch. apehal la. salu lepak dengan geng-geng pengakap je, ke dia ni kera sumbang tak kawan dengan orang lain. haish, semak otak aku macam ni, kena cari gak sape la dia ni, oh my 1st crush akan ku jejaki dirimu!

My 1st Crush #3

di suatu petang nan indah aku pon bertanya kepada sahabatku, Farhana(bukan nama sebenar) tentang my 1st crush tu, kebetulan member aku nih satu kampung dengan aku masa aktiviti yang aku ada mention dalam  My 1st Crush #2.

 "wei, hang ingat tak budak yang satu kampung dengan kita masa program tu, yang semart-semart sket tuh." tanyaku. "yang mana? farys eh?"reply si farhana. alamak! farys mana pulak dah ni, hatiku berkata-kata. " tah, aku tak tau ah, aku bukan ambik tau pasal nama dia pon, yang aku tau rambut dia ala-ala channing tatum". jawabku. "budak sabah ke?" tanya si farhana. "ah! bukan la, dia cakap tak dengar bah-bah pon belakang, tapi dia kawan dengan budak sabah kalau tak silap aku." pantas aku mematahkan ayat si farhana ni. mamat mana la dia ni dok cerita kencang aku pon tak tau, *sigh*.

"kalau si farys tu la yang hang dok cakap ni, tadi aku ada nampak dia kat sana, keluar pegi makan dengan awek dia" selamba je si farhana ni jawab. aku terkesima. dalam hati aku cepat-cepat la berharap supaya yang mamat farys tu bukanlah orang yang sama dengan mamat my 1st crush. ah, kalau dia ade awek kat sini aku harap sangat aku dapat tengok bukan setakat mata dengan kepala je, dengan kepala lutut aku pon patut menjadi saksi! baru puas hati aku dan padan muka aku. apa punya gila ke jadi stalker pakwe orang.