Wednesday, January 19, 2011

Niat Suci yang Berakhir dengan Kekecewaan

hi semua.
entri kali ni nak cerita betapa kecewanya aku, bila niat suci aku dijadikan bahan untuk dipersendakan. pagi2 tadi, aku dengan kawan aku, mengorbankan masa tido untuk pegi jumpa kitorang punya penasihat untuk program SME yang aku join merangkap ex-lecturer aku sem lepas. dah la nak pegi tempat tu pon jauh, takpe kami bersabar. berjalan la kami beriringan ke tempat menunggu bas universiti aku ni. meredah mentari yang muncul di pagi hari. dan apabila tiba ke sana, dengan dukacitanya pak cik bas berkata sambil memandang dengan pandangan konon2nya kami hanyalah ingin pergi meronggeng,lalu beliau berkata " bas takde, kul 9.30am pulak baru ada". dalam hati aku tak marah2 macam selalu sebab dah boleh expect perangai2 pak cik bas yang selalu memperlekehkan kami yang baik disamping mengutuk kami laju2. aku tau semua kegiatan pak cik2 yang berkata kami pelajar U adalah manusia riak yang hanya mempergunakan diorang. walaupon ada segelintir makhluk2 yang berperangai keji terhadap pak cik, tetapi yang penting ianya bukanlah dari kalangan kami.
dengan tabah, aku membalas ayat pak cik tersebut "takpe pak cik, kitorang naik teksi". kami pon dengan berbesar hati menelefon uncle taxi. setelah beberapa ketika teksi pon tiba. perjalanan yang kami harungi tersebut memakan RM16 berbanding bas universiti yang hanya menelan kos lebih kurang RM30 per sem. tapi takpe, sebab tak nak hampakan lecturer kami pon kena la naek teksi kan. sampai sana tengok2 lecturer tu ada last minute meeting plax. takpe, kami bersabar lagi untuk kesekian kalinya. setelah menunggu, kami pon berjumpa la beliau. ingatkan apela yang penting sangat rupa2nya nak komen2 je tanpa memberikan pape bantuan. takpe, kami masih ada secebis kesabaran. disebabkan universiti aku ni terletak di seluruh Perlis, maka nya sangat susah la nak dapatkan bas untuk pergi ke kelas. 
disebabkan tak nak ponteng class kami pon berjalan kaki ke kelas. tapi kesabaran masih ada, tau saje la Perlis ni panas macam mane. jauh tak payah cakap. sape pernah datang sini tau la macam mane jauhnya jejawi ke kubang gajah. merentasi 3 traffic light. dah la bahaya sebab jalan tu main road. tapi sebab tak nak ponteng sangguplah kami berjalan ke kelas. apabila sampai ke dalam kawasan kelas tu, adela membe aku naek keta datang nak amek kitorang, sebab beliau nampak kitorang berjalan nak pegi class time dia on the way nak pegi class, tapi kan dah sampai class, so takde la nak tumpang dia. pape pon thanx gak kat dia sebab sudi pegi cari kitorang.
ni part yang paling kecewa, masuk je class dah la penat gler, malu pulak tu sebab 1 class da tau kitorang jalan kaki. tapi takpe niat suci kan nak pegi class. tiba2 lecturer class tu cakap, "laen kali kalau nak jalan kaki, keluar la awal sikit". aku macam kena panah kilat woh time tu. macam watdaheck?kitorang penat2 jalan sebab tak mau terlambat pegi class dia, dia cakap camtu pulak. memang melampau la kan. aku ape lagi, mula la menjawab "kitorang pegi jumpa lecturer kat jejawi" dia reply" yela, tapi lain kali pegi la awal". aku reply balik " kitorang memang dah keluar awal, lagipon tu untuk program SME". yang pasti dia tak puas hati. elok2 aku respek kat dia, mula la rasa macam nak tido je sepanjang class dia supaya takdela aku buat muka seposen sepanjang class. tapi dia memang buat innocent, hei geram aku. tapi takpe la, dia lecturer aku kan nak belajar dengan dia. so kena la respek gak. tapi tu la kadang2 kita ni kena gak pikir pasal orang lain, jangan asyik nak pikir kita besar je.

ok la. tu je. take care!

1 comment:

Nazrul Ashraff said...

huhu..mmg mnguji kesabaran 2..