Wednesday, January 26, 2011

esok adalah hari yang dinantikan

hello semua. 
tengok starting entri pakai hello, sebab semalam riak gila melampau habis bila cakap "hi semua" adalah ayat yang tak cool untuk stat entri. huh. tapi hari ni still tak dapat idea nak stat dengan ape tros tukar hi jadi hello dan bajet macam hello adalah lebih cool dari hi walaupon selalu guna hi berbanding hello.
ok, takpe ah manusia macam aku memang suka cakap dulu, nanti2 baru nak fikir ape faedahnya. maka esok, bermulalah pengembaraan aku untuk pulang ke kampung separa bandar halaman. perjalanan yang lebih kurang memakan masa setengah hari dan aku bajet sampai menapak kat dalam rumah adalah dalam pukul 2 petang. dah lama gak la aku tak balik uma. yela, busy kan. lagipon kalau balik selalu, mana ada feel balik kampung bila cuti panjang kan? tak merasa la pengalaman hidup di tempat orang dan sedih bila dengar lagu 'dendang perantau'. walaupon takde la jauh mana Penang tu dari Perlis, tapi aku kena menempuhi perjalanan yang mencabar tau tak. naek bus, naek feri dan jalan kaki. barulah nak sampai rumah. tapi takpela sekali sekala menempuhi perjalanan mencabar camtu baru la ada life ye dak?. so, mungkin nanti balik aku tak update ke hape, korang kena paham sebab2 kalau duduk kat rumah banyak benda boleh buat dari nak duduk depan laptop sampai berpinar biji mata  macam aku selalu buat kat hostel. kalau duduk kat hostel, just jadi student je kan? so, kalau kat rumah tu dah bertambah la tanggungjawab. jadi anak yang baik, jadi kakak yang bagi contoh kat adik2, ouh adik aku ada satu je, apsal aku cakap adik2, ah~ abaikan. banyakkan tanggungjawab? jadi bila ditambah tolak sama la dengan takde time nak update blog picisan ni. jangan la ada yang cakap aku ni berlagak ke hape plax ye.
lagipon balik ni aku nak buat esaimen, download lagu ke hape ke, dan yang paling syok adalah balik nak pegi belaja buat kek dengan resipi yang baru. haha~. brutal2 aku pon ade gak la belajar buat kek ni. lagipon kalau balik rumah, memang la nak ada hidup sihat pegi beriadah petang2. boleh la rehat mata aku kejap dari tengok laptop hari2 dan dah jadi macam panda. tu jela ye untuk hari ni.
ok, take care eh sume. happy CNY n hepi hols!

Tuesday, January 25, 2011

makan tomato untuk kulit yang cantik!

hi semua.
kenapa kalau aku stat entri mesti nak stat dengan ayat yang sama. ah, borink betol la kalau camni. ni last la aku pakai hi semua. lepas ni kena cari ayat2 yang lebih indah ye. ok, disebabkan aku malam ni pon haruslah busy, so aku teros je bukak laptop dan tulis entri ni sebaik saja aku sampai hostel. ye, aku baru je sampai hostel ni, baju pon tak salin lagi. heheh.
macam tajuk yang terdapat di atas tu, aku bukan la nak share ape khasiat tomato yang dah tentu ramai yang tau dan kalau korang tak tau pon, boleh je search kat yahoo ke, google ke. ape2 la kan. alkisahnya, aku ni kulit tak la secantik, selicin, semulus bayi sebab aku kan bukan bayi lagi, dah tua pon. dah la hari2 terlebih expose dengan cahaya matahari yang membakar kulit aku. tak payah cerita la betapa tersalai nya aku sejak hampir 2 tahun kat Perlis ni. eh, bukan aku tak usaha letak produk2 yang dapat halang burn2 akibat mentari ni. macam2 dah aku pakai. topeng je belum.
ada la satu hari aku balik ko-k sem 2 yang lepas2, aku nampak la ada awek cun depan aku amek tomato dengan nasik je. apehal? aku ingat dia punya duet ptptn dah abeh la. aku hebat je amek ikan, telur dadar. aku pon sempat la simpati dua tiga bekas kat dia. masa tengah beratur nak bayar makanan tu, aku usha la dia lagi, nama pon awek cun kan? aku memang suka usha awek cun sebab kira macam inspirasi la untuk aku pon cantik satu hari nanti. dari penakulan aku, muka dia memang licin, pastu pipi merah2, dia tak pakai blusher la. kulit dia cam tomato ouh. aku pon tanam la tekad nekad, satu hari nanti aku pon nak ada kulit camni jugak2.
dari cite kat atas tu, aku pon dapat la ilham aritu time makan nasik ayam. nasik ayam selalu kalau beli kat kedai tak kisah la bape RM dia caj korang, paling cikai mesti ade timun, tomato dengan salad. kan kan kan? jangan cakap takde pulak, kalau takde maybe kedai nasik ayam tu esok2 nak tutup kedai la tu. lepas bukak je bungkusan tu, kepala aku tiba2 keluar mentol macam albert einstein, *tink* ape? tak paham. aish. kira aku dapat idea la nak makan tomato untuk kulit yang cantik, almaklumlah aku tak makan sayur dan adik beradik sayur kecuali sayur bayam yang popeye makan tu. jadi aku pon konon2 nak belajar la makan tomato, kot2 la nanti kulit cantik bersinar2. so, adela akak kedai potong tomato tu nipis2 and cam half la dari slice yang salu kita potong bulat2 tu, lalu aku pon dengan hati berdegup kencang sambil pejam mata ala2 macam tengok cite hantu, takut tapi mahu. aumm~ tomato tu masuk dalam mulut, lalu aku kunyah pelan2, sebab kalau tak sedap cepat2 pegi muntahkan balik. bila dah stat rasa masam2 dari tomato tu, dalam hati aku pon berkata. "ah, not bad." aku pon hepi gilos2 sebab pikir nanti aku selalu makan tomato pastu tentulah kulit aku akan cantik. oo yeah~ masuk la ke slice yang ke-2 yang lebih besar dari kepingan yang tadi. kunyahan pertama, " ok, aku cool ah makan tomato.". masuk je kunyahan ke-2 " what the heck?". ah. laju je aku pegi buang tomato tu. ah, giler tak tahan rasa pelik, aku rela makan asam jawa lagi dari nak makan tomato. jadi conclusionnye
 "tak makan tomato = kulit tak bersinar mahupon cantik"
"tak sanggup nak makan = tak kesah kulit tak cantik"
tah la macam mana orang boleh makan tomato, tak sedap la. tokak epal lagi sedap. bak kata omputih " an apple a day can keeps the doctor away" aku lagi like pepatah ni.

ok tu je. take care yo!

Tak Berkesempatan

hi semua.
actually banyak benda la nak story mory kat sini. tapi takde masa la, dengan internet yang bukan maen lancar lagi slow. serius tak sanggup nak menempuhinya. nanti2 aku cite eh. pape pon. take care semua. jaga diri. tata!

Sunday, January 23, 2011

Kisah Zaman Muda

hi semua.
aku punya la blur tak tau nak buat entri ape, dah bape kali aku tulis pastu aku delete la apela. tah pape. ok takpe, kali ni aku teruskan jugak, tak mau asek padam2 je.
 sejak2 kebelakangan ni, aku teringat pulak kat sorang membe sekolah rendah aku. dah lama tak mesej2 mahupon borak2 kat Facebook. tak tau la pulak dia busy ke hape, sebab memang dari aku stat mesej dia dulu2, secara logiknya dia yang akan stat mesej aku dulu. so, kalau dia tak mesej, aku assume dia busy la. tak mau la aku menyemak hantar mesej sepatah dua. hei, bukan aku mengada la nak suruh dia mesej aku dulu, bukan aku yang tak nak tego dia. sebab dah banyak kali kalau aku yang mesej dulu, mesti tak berbalas. tapi dia ni tak pernah la tak balas langsung macam orang laen tu, dia akan balas and setiap kali dia balas lambat dia akan bagitau yang dia busy. jadi malas la aku nak mesej2. bila dah masuk U ni, selalu borak2 kat FB je. memang tak mesej2 dah. lagipon dia sentiasa busy la aku rasa.
alkisahnya, dulu kitorang kawan baek la jugak time sekolah rendah. aku siap duduk sebelah dia lagi tuh. sebab senang nanti nak main. ok, ni membe laki ye. aku duduk sebelah dia time darjah 3 kot, tu pon kejap sebab dia berjaya memboloskan diri time PTS dulu2. pastu parents dia pon agree nak bagi dia teros melangkah ke darjah 5. eh, betul ke? tah la, tak ingat sangat pasal PTS tu. yang pasti lepas tu dia dah stat tak bape kamcing sangat dengan aku.lepas tu kitorang tak jumpa dah. kira lost contact terus. tahun berganti tahun, aku pon dah abeh SPM. and then aku dapat tawaran Matrikulasi. so, aku pon dengan tak bersedia apa, last minute giler punye preparation dengan takot dan teragak2 masuk matrix. time before masuk tu, adela mak aku merisik khabar kat mak cik ex-jiran aku. dia cakap kawan aku ni pon ade kat matrix tu. kira mak aku nak bagi aku tanya dia la camna environment kat sana, yela aku ni ade rekod duduk asrama pastu nangeh2 cam hape je. laen kali aku cite ok. 
so berbalik kepada tajuk asal, time tu la baru stat mesej and kawan balik. mesej pon sebab nak tanya environment kat situ macam mana je, tak lebih2 pon. oh, rasa pelik ke sebab ape dia boleh masuk matrix sama tahun dengan aku? jap2, takyah pelik sebab dia amek program yang 2 tahun tu. tapi kitorang tak sembang depan2 sebab malu. haha. lawak pulak bila pikir. tapi dia bagos la sebab selalu amek tau condition aku time aku kat matrix. siap bagi semangat lagi.haha. tak sangka gak boleh jumpa dia balik. walaupon rumah kitorang dekat2 je, punya la masing2 busy kalah YB, sampai tak pernah terserempak langsung. pelik betul. pape pon. aku harap dia sehat dan gembira skunk ni. laen kali aku cite ape yang aku dah buat kat dia sampai hampir2 dia kehilangan nyawa. ini serius ok.haha.

ok. tu je. take care!

Thursday, January 20, 2011

JOM GEGAR BLOG

ni segmen baru Encik Ben buat, malam ni last. sape nak join bley click kat header dia kat atas ni eh.

p/s: aku tengok ramai orang yang aku follow sume join.hehe, so aku pon nak join la.haha.

Misi Berjalan Seorang Diri

hi semua. 
hari ni cuti thaipusam kan? haha. semalam aku tak tau pon yang hari ni cuti thaipusam. dasar aku hidop dalam dunia seniri, tak kesah apa jadi kat dunia luar. takpe2, lagipon aku bukannya sambut thaipusam kan, buat  menyibok lebih2 nak buat ape. Perlis pon bukannye amek cuti thaipusam tak macam Penang yang banyak cuti. I miss U Penang. walaupon hari ni aku tak cuti, tapi aku sem ni aku memang akan bercuti hari khamis sebab hari ni adalah hari aku takde clas, kalau nak compare dengan sem2 sebelum ni sem ni la aku ada clas hari jumaat. selalu jumaat yang takde clas.
ok, mari pulang ke tajok asal sebelum bertambah ke laut aku pergi. hari ni aku dengan berani la sangat konon mungkin pegi kangar sensorang. haa, aku buat ape kat kangar? aku tak pegi buat keja jahat la, baek2 je.haha. kan last week ade entri pasal aku tension whether nak gi class music ke tak. dan akhirnya  hari ni aku dah pegi pon. ape? tak percaya? marilah percaya wahai manusia sejagat. tapi kat kangar tu bahaya woh, banyak renggila ( orang kurang waras). tadi aku tengok dah bertambah sorang. selamat la aku ni pandai buat2 cool. kalau tak memang la aku pulak yang terjerit2. lepas turun je bas, gila berkobar semangat aku. terus pegi atm amek duet pastu sempat lagi kerling2 renggila kat tepi tu, sebab dia distract orang yang lalu kat depan dia dengan ayat camni " ada 50sen jatuh"(aku tak bape pasti dia cakap camtu ke tak, sebab tak dengar sangat) sambil2 tunjuk kat depan dia. rupa2nya, dia memang akan repeat ayat tu bila orang lalu depan dia.
ok, dah abeh aku usha2 orang tu, aku pon jalan macam masuk marathon la sederhana je, takde la laju sangat. sampai2 kat kedai tu, after dah daftar, cegu tu pon dah ade kat situ, aku pon stat la belaja. aku punya class ni laen sket, express la katakan. muahaha~. oh, aku amek clas keyboard. ingat nak amek clas gitar, tapi zaman skunk ni terlampau banyak sangat artis main gitar, so kalau aku nak jadi artis pon kan lebih baek jangan kacau artis yang dah keluar dengan bakat maen gitar macam yuna dengan ana rafalli. dah, cukup la aku perasan macam orang takde arah. 
susah jugak la nak belaja keyboard ni, tapi senang sket dari piano. haha. so far, ok la. boleh la nanti aku balik rumah time cuti raya cina tu sambil mengebat depan adik aku yang kononnye nak belaja main gitar. kalau boleh main lagu "jingle bell" pon dah hebat pe kalau nak compare sebelum ni aku maen tekan2 keyboard tu tanpa arah. buat malu je kat orang buta kat pasar malam yang lagi pandai dari aku. walaupon dorang tak boleh melihat,tapi pandai dorang main itu keyboard sambil menyanyi. aku yang ada mata ni pon boleh tekan salah key lagi. dan hari ni, aku rasa terharu dengan diri aku seniri. dah lama kot tak jalan2 seniri macam berani sangat tu. dulu2 time nak pegi balai tunggu bapak aku pas sekolah relax je jalan2 kat Georgetown yang lagi sibuk-bahaya-ramai bangla, indon. takkan setakat jalan kat Kangar yang suam-suam tomyam ni tak boleh kan? malu la kat orang kalau makin tua makin penakot. macam mintak penampo pon ade gak. kehkeh~
semalam aku nak buat entri best, dok tido2 ayam, tiba2 dapat idea, teros bangun on laptop, tengok intenet sini slow cam siput terus terbang idea tu bersama masa aku untuk tido petang. kadang2 intenet ni tak fair tau. 
ok la, cukup takat ni aku membebel. pape pon tahniah pada yang berjaya baca sampai sini. lagipon aku memang berbakat menaip panjang2, takut korang je tak larat nak baca.muahhaha. bye, take care eh!

Wednesday, January 19, 2011

Niat Suci yang Berakhir dengan Kekecewaan

hi semua.
entri kali ni nak cerita betapa kecewanya aku, bila niat suci aku dijadikan bahan untuk dipersendakan. pagi2 tadi, aku dengan kawan aku, mengorbankan masa tido untuk pegi jumpa kitorang punya penasihat untuk program SME yang aku join merangkap ex-lecturer aku sem lepas. dah la nak pegi tempat tu pon jauh, takpe kami bersabar. berjalan la kami beriringan ke tempat menunggu bas universiti aku ni. meredah mentari yang muncul di pagi hari. dan apabila tiba ke sana, dengan dukacitanya pak cik bas berkata sambil memandang dengan pandangan konon2nya kami hanyalah ingin pergi meronggeng,lalu beliau berkata " bas takde, kul 9.30am pulak baru ada". dalam hati aku tak marah2 macam selalu sebab dah boleh expect perangai2 pak cik bas yang selalu memperlekehkan kami yang baik disamping mengutuk kami laju2. aku tau semua kegiatan pak cik2 yang berkata kami pelajar U adalah manusia riak yang hanya mempergunakan diorang. walaupon ada segelintir makhluk2 yang berperangai keji terhadap pak cik, tetapi yang penting ianya bukanlah dari kalangan kami.
dengan tabah, aku membalas ayat pak cik tersebut "takpe pak cik, kitorang naik teksi". kami pon dengan berbesar hati menelefon uncle taxi. setelah beberapa ketika teksi pon tiba. perjalanan yang kami harungi tersebut memakan RM16 berbanding bas universiti yang hanya menelan kos lebih kurang RM30 per sem. tapi takpe, sebab tak nak hampakan lecturer kami pon kena la naek teksi kan. sampai sana tengok2 lecturer tu ada last minute meeting plax. takpe, kami bersabar lagi untuk kesekian kalinya. setelah menunggu, kami pon berjumpa la beliau. ingatkan apela yang penting sangat rupa2nya nak komen2 je tanpa memberikan pape bantuan. takpe, kami masih ada secebis kesabaran. disebabkan universiti aku ni terletak di seluruh Perlis, maka nya sangat susah la nak dapatkan bas untuk pergi ke kelas. 
disebabkan tak nak ponteng class kami pon berjalan kaki ke kelas. tapi kesabaran masih ada, tau saje la Perlis ni panas macam mane. jauh tak payah cakap. sape pernah datang sini tau la macam mane jauhnya jejawi ke kubang gajah. merentasi 3 traffic light. dah la bahaya sebab jalan tu main road. tapi sebab tak nak ponteng sangguplah kami berjalan ke kelas. apabila sampai ke dalam kawasan kelas tu, adela membe aku naek keta datang nak amek kitorang, sebab beliau nampak kitorang berjalan nak pegi class time dia on the way nak pegi class, tapi kan dah sampai class, so takde la nak tumpang dia. pape pon thanx gak kat dia sebab sudi pegi cari kitorang.
ni part yang paling kecewa, masuk je class dah la penat gler, malu pulak tu sebab 1 class da tau kitorang jalan kaki. tapi takpe niat suci kan nak pegi class. tiba2 lecturer class tu cakap, "laen kali kalau nak jalan kaki, keluar la awal sikit". aku macam kena panah kilat woh time tu. macam watdaheck?kitorang penat2 jalan sebab tak mau terlambat pegi class dia, dia cakap camtu pulak. memang melampau la kan. aku ape lagi, mula la menjawab "kitorang pegi jumpa lecturer kat jejawi" dia reply" yela, tapi lain kali pegi la awal". aku reply balik " kitorang memang dah keluar awal, lagipon tu untuk program SME". yang pasti dia tak puas hati. elok2 aku respek kat dia, mula la rasa macam nak tido je sepanjang class dia supaya takdela aku buat muka seposen sepanjang class. tapi dia memang buat innocent, hei geram aku. tapi takpe la, dia lecturer aku kan nak belajar dengan dia. so kena la respek gak. tapi tu la kadang2 kita ni kena gak pikir pasal orang lain, jangan asyik nak pikir kita besar je.

ok la. tu je. take care!

Monday, January 17, 2011

Terharu dan Terharu

hi semua. apa khabar? saya harap semua baik2 je okeh.
baca tajuk entri ada rasa pening2 tak? mual? nak pengsan? nak tido? nak close tab?. eh, jangan2. wait2. baca dulu. lepas baca nak close takpe la kan? takde la aku tulis aku baca sendiri.ahha.
seperti yang anda lihat, berdasarkan tajuk dan starting entri pakai word saya, macam budak2 kecik mak pesan " kalau nak cakap dengan kawan ke sape2. kena la hormat, bahasakan diri saya. jangan la aku ko. tak sopan". itu pesan mak yang aku pakai kejap je. muahaha. 
dah2, cukup..cukup. entri ni nak cakap terima kasih infinity kepada followers baru yang sudi nak follow dan baca blog saya yang tak seberapa ni dan tak lupa jugak kepada followers yang lama sebab sudi menempuh hari2 yang indah mahupon tak tapi masih terus meng-follow saya. yang leave comment pon sangat2 sweet la sebab sudi baca entri panjang lebar yang isi penting cuma 30%. yang lagi 70% mengarut je, membebel macam mesingun tanpa henti. bagi yang menyanyi di shoutbox jugak terima kasih la ye, sebab sudi gak tinggal jejak. 
haa, tak lupa juga Encik Ben Ashaari yang sudi buat segmen yang menarik tu. pape pon thanx ye.

ayat sebenar dari aku : wei semua, i'm flattered ok! korang rock la sebab sudi follow2 ni. tapi harap korang paham la blog aku yang brutal tapi sopan ni. andai tak suka mana2 part. boleh tegur, tapi jagalah hatiku yang kecil ni.haha.

p/s: spe yang follow tu, aku da follow blik. kecuali yang kt details dia takde link blog dia. nanti kalau tengok saya tak follow lagi. bley la drop url blog.

ok tu je. take care wei!

AWARD sebab join contest Cik Hutan Kabut

hi semua. salam.
stat entri dengan berhemah ye dak? baru nampak sopan. kalau tidak asek kira nak brutal kapak kepala orang je. haha. ok, hari ni nak buat entri nak cakap terima la kasih saya khas untukmu Cik Idati atau nama feymes beliau Cik Hutan Kabut yang sentiasa serabut. kehkeh~ jangan marah noh dati. saja nak usik hang, lama da tak berzapin usik mengusik.haha~.
asalnya dah lama gak cik idati ni buat entri pasal winner contest dia. aku menang ke? ofkos le tidak. tak mungkin la aku nak menang. beliau ni rajin, siap buat award bagi kat top 20 and sape yang join contest tu. gud2, kurang2 takde la aku makan hati dan rasa takmo join contest dia lagi, kot2 la nanti dia nak buat lagi. so, kat bawah ni la awardnye. thanx tau idati malek.hehe.
comey kan??^^
orite. tu je. take care!

Sunday, January 16, 2011

BEN ASHAARI : CINTA MONYETKU

BEN ASHAARI
hi semua.
hari ni tetiba berminat nak join segmen hujung minggu dari Encik Ben Ashaari. kalau nak join boleh klik ayat sebelah ni.
ok, jom stat.
dulu2 masa zaman jahiliah. aku ada seorang kawan laki yang aku kenal since tadika. dia ni ada kembar. tapi tak seiras. dulu aku memang lasak, nak main pon mesti nak maen dengan budak laki. so, memang ramai la kawan2 laki aku. tapi dia ni dengan adik dia(dia abang) naik keta sewa yang sama dengan aku untuk pegi sekolah. so, memang banyak masa la spend ngan dorang. aku ni dulu, masa kecik2 suka sangat cubit orang. mangsa cubitan sampai lebam2 ialah mamat ni lah.haha~ ade sekali tu time tadika kot. lepas turun keta tu dan aku nak jalan balik uma, dia babai aku and cakap "bye tiqah". aku pon reply "babai (nama mamat tu), I LOVE YOU". tah pape aku ni, main cakap je. tapi takpela, time tu kecik lagi. kalau skunk aku cakap camtu, malu aku sepanjang idop.
dia ni memang playboy la kan. walaupon usia masih setahun jagung, senantiasa nak tukar awek.ahha. burok gler perangai. alkisahnya, aku kan kawan baek dengan dia. so aku kadang2 ade gak jadi "orang tengah". sape je awek dia, sume aku kenal. time tu aku yang masih senget2 ni, suka sangat cakap kat dia yang ada orang suka kat dia. kira aku cam jadi spy la untuk dia. pastu suruh dia teka. salu la aku bagi clue yang dekat2 ngan nama aku, contoh cam " wei ade budak class kita yang nama dia stat dari huruf A suka kat hang!". dan mamat tu pon teka la.
aku suka kat dia sebab, dia cam smart la, dah la pandai. pengawas plax tu, beliau gak aktif bersukan, bukankah dah lengkap pakej untuk seorang laki.dia gak suka politik2 ni, so bila dia cakap cam ada point la. time darjah 6 lak dia jadi ketua pengawas. dia gak salu tolong aku. pernah time clas KH, aku tak reti nak potong kayu pakai gergaji, dah la aku kurang ketinggian. so, aku dapat gergaji yang paling berkarat and tumpul. gergaji punya gergaji, tergergaji ibu jari aku sampai jadi cam helaian muka surat plax. time tu brutal, takde la menangis.haha~ pastu dia datang tolong. memang la aku terharu kan? tak percaya? kena la percaya sebab sampai sekarang aku tak lupakan pertolongan dia.haha.
serius macam bodoh. kadang2 pikir2 balik dia xdela hensem mana. haha. pastu siap cerita lagi kat kawan2 terdekat yang aku suka kat dia, bila rasa cam fed up tengok dia or dia buat something yang aku tak suka. terus2 aku bagitau dorang aku tak suka kat dia. cam hape je. dah la selalu main cubit2 dia, sebab dia suka menyakat aku. pernah 1 hari tu dia kata kat aku yang tangan dia abeh lebam2 sebab aku cubit dia. adeh, ksian plax aku.
dia ade gak tuisyen sains sama dengan aku, so dia adala nak tackle minah dari sekolah laen ni. dah la soh aku merisik khabar. hati aku terguris woh. kejap pastu dia pon kapel dengan budak tu. memang sama padan la. yang paling mengguris hati bila dorang dok senyum depan aku time tuisyen tu. makan hati berulam jantung betul aku time tu.
time aku dah darjah 6 kot, akhirnya dia cam berjaya teka la yang aku suka kat dia.
aku : wei ade awek nama stat huruf A ni suka kat hang.
mamat tu: sape?
(dia pon teka la)
perbualan berterusan sampai kat uma aku.
mamat tu: tah2 hang pe? nama hang kan Atiqah.
aku: "blushing" eh, takkan aku plax, dari aku suka kat hang yang cam syaiton punya perangai, baek aku suka kat adek hang. tengok diam je. baek betol.

akhirnya orang laen pon ingat aku suka kat adik dia. pastu aku pon menyesal berkarung sebab tak mengaku je yang aku suka kat dia. pastu aku pon masuk sekolah pompuan and dia pon pindah. tapi adela aku still call2 dia.tapi tu pon 2 3 kali je, pastu terus terputus hubungan sebab dia pindah. time tu buta IT lagi. kalau ada FB mesti takde la terputus persahabatan kan.
kesudahannnya? bukan kat atas tu. ahah~. aku masuk matrik. tup2 terjumpa plax. dia yang tego aku dulu. aku buat2 tak kenal sebab malu bila teringat cite zaman jahiliah.ahha. tapi dia memang suke jalan dengan ramai2 awek. aktivti feveret agaknya. skunk ni kalau da pape kitorang borak2 ikot FB je. zaman dah maju kan.haha.
moral of the story: tak payah la nak jadi orang tengah. buang masa je. baik study betol2. biar ada yang menyesal tak pilih kita dulu2.haha~ dan lagi 1, kalau suka kat orang tu diam2 kena la belajar melepaskan dia anytime kalau dia dah berpunya.

sorry! entri panjang sangat ;(

take care sume.


tension.. arrghh~

hi semua.
aku sedang semak ni. adeh. asek mengeluh je. macam nak bagi penampo kat diri seniri pon ade. huh!
susahkan kalau, susah nak buat decision dengan kadar yang pantas. aku ni dah la suka menyesal di kemudian hari dan sangat payah nak stay dengan decision aku tapi bukan untuk semua benda la. just sometimes. pastu aku ni kadang2 penakut tak bertempat ok!. cm hape je. tengok cam brutal boleh kapak kepala orang. bila sampai certain time penakut macam gajah nampak tikus. tah pape.
punca kesemakan aku kali nih adalah sebab aku tengah pikir, patot tak aku join clas music yang dah lame aku idam2kn? macam patut kan? sebab dah lama aku idam2 kan. tapi aku ni penakut la, aku tengok cikgu tu laki and aku da rasa cam dia tu semacam je. huhu~ adei. cam hape je. nak ajak kawan teman, mesti la tak de yang sudi coz dorang mesti ade kerja laen nak buatkan? takkan nak tunggu aku cam mak2 anta anak pegi class music. huhu. entah la. pening dah kepala aku pikir. kalau aku tolak, aku takot nanti2 aku gak yang menyesal. aku bukan makin muda, makin tua ok. oh tolong la, sape nak teman aku pegi class music? sila angkat tangan!.huhu.

ok tu jela. bye. take care weh!

Thursday, January 13, 2011

Situasi Sepit Baju

hi..hi..dan hi.
kepit baju camni kalau korang guna, sah2 kena rembat ngan anak jiran korang.
credit to uncle google^^

arini nak cakap pasal situasi sepit baju iaitu bila mana kita tersepit, terhempit, terpenyek dan sewaktu dengannya.  pernah tak korang rasa macam tersepit lagi terhimpit tapi tak tau macam mana nak keluar dari zon tidak selesa tersebut. pernah tak? jangan cakap tak pernah sebab aku rasa tu semua macam pembohongan hidup dan mati. mustahil la korang tak pernah rasa tension bila kawan korang hutang tapi tak reti nak bayar kalau korang tak tuntut. nak tuntut kang dia kata kita ni perli dia, ingat dia saja buat2 lupa. benda tu macam ditelan mati emak, diluah mati bapak , eh.. betol tak peribahasa aku guna ni? macam tak kena je. takpe2 abaikan. cuma aku nak cakap yang benda tu buat korang rasa nak mengeluh tanpa henti 24/7 selagi benda tu tak settle. bab hutang2 tu aku bagi contoh je. takde libat sape2.
seberapa ketika yang lalu aku ada jugak tersepit dan terhimpit. situasi tu sebenarnya disebabkan aku ni tak sampai hati nak buat tak layan kat orang tu, sebab orang tu baik. ahh~.. susah la kalau hati ni tak mau keras bak konkrit. berapa hari aku mula menyesal pelan2, dan menyalahkan diri aku atas apa yang terjadi. eh, kalau aku tak baik mesti benda ni tak jadi kan? kalau aku brutal macam dulu, nak angin satu badan je mesti semua ni tak jadi.
adegan salah menyalahkan diri berlangsung dengan dashyat nya ke atas aku. tapi aku kembali normal bila ada beberapa kawan aku kat FB yang bagi kata pendorong. eceh~ cam hape je. tadi masa tengah lapar++ kepala serabut serabai dan2 bukak blog nak tulis luahan hati la konon, tup2 nasi yang di order telah sampai. ape lagi terus je lupa masalah sebab ada makanan. haha..
tapi dari apa yang jadi kat aku, aku rasa kalau korang tak cukup daring, tak cukup hati batu tak payah la nak jadi pendengar kepada mana2 kapel yang korang kenal bila dorang tengah ada kecelaruan. sebab benda2 ni akan  buat korang rasa macam
 "adakah aku ni tiba2 jadi batu segala api yang ada kat dunia ni?", 
"adakah aku menabur garam pada luka beliau?", 
"adakah aku menjadi tembok pemisah tebing barat?,
eh..bukan2, ayat yang last tu takde kena mengena dengan tebing barat okeh! tapi dari apa yang aku alami, konon2 nak bantu si polan ni, mendengar dan memberi sokongan la. tapi aku salah sebab tak menyibok lebih sket, kalau laa aku menyibok lebih sket dan amek tau sape kah orang yang beliau sedang maksod kan takde la aku memberi tuduhan serta serkap jarang kat orang tu. dah abeh sesi luahan rasa berbaur kutukan aku pon teka la orang yang si polan tu maksudkan, tup2 betul weh.. apakah semua ini?? aku pon menang hamper dosa dan bersalah sebakul dua sebab aku kenal orang tu dan aku rasa dia tak kacau aku pon, dan aku tak patut kutuk dia. 
seharian aku rasa bersalah kecuali time aku tido dalam bus dan class manufact tadi. semak2 pon tido dalam class dah jadi rutin harian aku, tak payah korang nak buat terkejut. hadapi la kenyataan. walaupon entri ni berbaur ketidak cerdikan aku dan panjang macam karangan untuk SPM. tapi harap2 korang paham la apa yang cuba aku sentuh dalam konteks situasi sepit baju.
sehingga berjumpa lagi di laen entri. cari masalah dan hadapinya lalu tido dalam kelas. sekian!

take care weh!!

Wednesday, January 12, 2011

Lagi-lagi AJL25

hi semua. apa khabar? harap2 baek lagi sihat ok~
haha.. ok tajuk entri tak boleh nak blah kan? ade rasa macam nak penampo sedas dua tak??? eh..eh..jap2 bagi la aku cite dulu, pastu teros nak tampo, tampo la laptop ok.ahaha~

ala arini aku nak cite pasal FT dengan Hafiz punya performance je. boleh la eh? eh, jap2 jangan la nak close pulak. baca la dulu. tolong la.haha..

ok, bagi ringkas la senang sket. aku nak cakap yang time Faizal Tahir perform lagu Gudnite tu dia ada lalu belakang Khiriah(btol tak spelling aku?, klo salah sori!), aku pon terpikir la. untung beliau nanti anak beliau macam FT ok? smokin' hot, bukan isap rokok panas la, maksod aku kacak..hahahah.. tapi masyuk la time tu. siap dia peluk2 dorang lagi. Khiriah pon sangat cool pakai heels tinggi2. siap FT usap perut lagi. untung anak beliau.hahah.. obses gila aku.ahhah..

ok berkenaan performance Hafiz plax, pada aku beliau sangat deserve untuk menang vokal terbaik and tempat ketiga sebab suara dia sama dengan lagu dia yang versi mp3. sebijik wa cakap lu, dengan steady je dia melontarkan suara dia. sangat hebat di situ, big applause untuk dia. tapi tanpa ragu2 mesti la kita da sedia maklum yang beliau kan juara AF, ofkos la nyanyi live ni memang superb, takde ketar2.haha.. adegan tembak menembak siap sempat salin baju pon aku suke. haha.. walaupun aku dapat nampak dia keluar dari orang yang tengah kepong dia konon2 nye tu.ahha..takpe abaikan.

ok, tu je aku nak cakap. walaupun tak tengok semua performance tapi aku rasa artis malaysia dah makin bagos la. pape pon kurangkan kontrovesi dan marilah kita tingkatkan prestasi.ahha..
take care!!

Monday, January 10, 2011

Gosip2 Tidak Jinak Dari Aku Untuk AJL25 Semalam


tengok tajuk atas. nampak kan betapa berkobarnye aku nak bergosip pasal AJL25 semalam, padahal aku tak tengok pon secara live di petak tv tapi aku dengar secara live dari radio ok!!. tapi takpe aku bukan nak cakap pasal keseluruhan anugerah tu.(hatiku bkata2 : Ish hg ni, nak kena lempang ke? tak tengok tapi pandai2 je nak bergosip kutuk sana sini. diam aa wei!!) tanpa mempedulikan hati yang sedang berkata2 dengan kontranya dari pemikiran di kotak kepala. aku pasang lagu jahat by stacy untuk membuktikan kejahatan aku untuk terus bergosip.hahaha..

ok, actually aku nak cakap pasal performance Faizal Tahir untuk lagu Hanyut je, nampak je tu? maksudnye yang tu jela, sebab aku baru je tengok video tu beberapa jam yang lepas. ni pon semua atas jasa baik Farah Kowt, member aku yang rajin nak mendownload2 ni. 
serius part ni cool!!
aku tengok dia punya performance dengan keterujaan. yela, dia gempak wei boleh buat ala2 david copperfield. lama gler dia dalam air tu sementara nak lepaskan tangan dia, tapi bagi aku la sebab aku tak reti berenang, nafas pon pendek. kalau aku jadi dia, sah2 dah tak naik balik. haha~ 
mula2 aku tengok video tu aku macam pelik gak la, kenape la si FT( panggilan kwn2 aku utk Faizal Tahir) nyanyi kali ni tak pegang2 mic tu, selalunye beliau akan bergerak dengan cergas pegi sana sini. rupa2 nya tangan dia kena ikat. 

aku rasa la kalau aku tengok dia perform live semalam, mesti dup dap dup dap. yela, takot gak, kot2 la dia tak dapat lepaskan tangan dia camne? oh, tak dapat nak bayangkan la. tapi pape pon dia memang deserve la untuk dapat persembahan terbaik. aku ada dengar gak ramai tak puas hati dengan Juara AJL, Anna Rafali. tapi pada aku pon ada gak perasaan tak bape syok bila tau dia menang. ikut logik, juri dah pilih tu maksudnye dia deserve la, aku yang setakat dengar ikot radio je. ape barang nak bising2, dia usaha banyak, dapat la ganjaran. ok! Tahniah la pada semua peserta dan pemenang untuk AJL25.

gosip yang tidak jinak sebenarnya adalah  aku nak cite yang member aku ni disebabkan FT tak jadi juara, dia yang mengaku sebagai bakal isteri kedua FT(fantasi semata2) bagi alasan FT tak menang sebab dia tak turun pi tengok seniri and bagi support kat FT. lg 1 FT berambut panjang, kalo rambut pendek mugkin ade chance la nak jadik juara bak kata member aku. muahahaha~ ok, tu sume fakta2 mengarot dari member aku yang tak dapat terima hakikat FT tak dapat jadik juara.

ok la, tu je. take care!!

Sunday, January 9, 2011

Aku pon nak chat dengan Jabberwacky gak!!

hi semua~..
dah bape hari aku tak update kan? huh, dasar aku pemalas.(mesti korang cakap camni kan kat aku?) haha.. eh, mana ade pemalas hah, aku busy sket minggu ni. lagipon intenet slow macam siput khinzir!

berbalik kepada tajuk kat atas. beberape hari yang lepas ada dua blog yang update pasal Jabberwacky. iaitu Cik Sri dgn Cik Hutan Kabut. bley click kt nama dorang untuk baca entri tersebut.

sebab aku dah baca dua-dua entri tersebut, apa lagi yang ditunggu kan, nak try gak chat dan menunjuk2 bahasa melayu aku yang taraf tak bape nak bagus, tetapi tetap nak eksyen la kat mesin Jabberwacky, nak tengok la dia tu hebat mane sangat!

aku dengan kadar ke-eksited-an yang tinggi, cepat2 click kat link dorang bagi tu. korang nak tengok ape aku chat dengan mamat Jabberwacky tu? tapi jangan la kutuk plax, aku ni memang tak brape nak terer sket bab2 nak mengayat ni. nah tengok la pic kat bawah ni eh.























nmpk x?
hahahahhahahaahha~ dengan perasaan hampa, aku pon click pangkah kat atas tab tu. memang la, kalau kat U ni aku tak boleh berhibur! semua dorang block walaupun kadang2 benda tu takde pape. takpe! tuggu kau Jabberwacky nanti aku balik rumah, aku hentam kau cukup2.ahahahha~

bye semua, take care!!

Wednesday, January 5, 2011

isu semasa.. bola sepak~

hahah.. disebabkan ramai buat entri pasal Khairul Fahmi Che Mat, aku pon nak buat jugak la.haahaha~ perasaan berkobar2 ni bertambah bila tengok cik hutan kabut punya entri terbaru.

ok bukan nak cite aku jatuh chenta ke hape kat beliau. aku nak cite, dari mana aku tau pasal kewujudan beliau. masa cuti hari tu, time Sukan Asia 2010 yang kat Guangzhou tu kan ada bola sepak. time tu la aku baru kenal beliau. nak tau aku kenal camne? aku tak tengok pon bola2 ni hah. aku just tengok time games yang besar2 je. yang kecik2 dalam Malaysia aku tak tengok pon.hehe.

eh.. aku tak search kat internet pon pasal beliau. aku tau bila mak aku bagitau.hehe.ni semua disebabkan mak aku ni memang akan ambil tahu semua tentang isu2 semasa dan mak aku gak suka tengok orang yang berkulit cerah. macam yang semua sedia maklum kan Encik Khairul Fahmi ni berkulit cerah, beliau punye complexion dah macam Mr. Harada plax, lecturer aku dari Jepun.kehkeh~.. sedara ke dorang ni?.haha. no komen!

kalau bukan mak aku yang bagitau pasal beliau, sampai hari ni la aku tak tau kewujudan beliau. kalau tau pon maybe sebab aku dengar Hasbullah Awang dok sebut nama beliau time games aritu. ni lepas menang game baru2 ni pulak, mak  aku siap laporkan yang dia dah dapat ganjaran ape atas prestasi baik yang beliau telah berikan.

gambar google: Cik Elia dan En. Khairul Fahmi

beliau pon dah ade awek, syok baca blog awek beliau yang juga model iaitu Cik Elia. feveret entri yang aku suka baca ala yang pasal "How I Met Your Incik Apex". haha. seronok jugak baca pasal dorang nih. moga hubungan dorang berkekalan.hehe. tapi entri kegemaran aku tu dah tak dapat nak diteruskan plax untuk part 5, sebab biasa la mulut orang, mane la dorang berdua dapat tahan. takpe aku paham.^^

akhir sekali, nak ucap terima kasih banyak2 kat mak aku la coz rajin bagitau isu semasa kat aku yang malas nak baca paper kalau ade kat hostel.hehe.

Monday, January 3, 2011

kerugian..oh tidak!!

tiba2 aku rasa rugi plak ilmu2 ekonomi yang aku dah blaja time sekolah and kat matrix dulu. aku ni dah la ada short term memory loss. tiba2 sem ni ada plax subjek ekonomi lagi. aku dah lupa la. huhu. ruginya, nak kena study dari A sampai Z. betol2 what the heck la. geramnye. grrr~. laen kali blaja tu bagi paham betol2, cinta mati la dengan subjek tu. kurang2 nanti bley ingat kalau nak guna pada masa akan datang.huhu.

hati, kadang2 pelik.

hi semua, apa khabar? harap2 semua baik2 ye. disebabkan blog ni macam diary aku, so aku nak tulis la apa yang aku rasa terpikir sangat, sejak bermenjak2 ni.

kadang2 kita suka orang tu, suka kat sini bukan la maksud aku cinta. tapi kita gembira la dengan dia. tapi orang tu macam tak hargai kita je. tapi hati kita tak boleh nak bohong2, kita rasa suka je tak kisah apa2 je pasal dia. tapi "si-dia" tu, entah suka ke tidak dengan kita. dia bagi mesej cikai2 pon kita suka. missed call malam2 pon kalau dia yang buat, kita teruja. bunguks betul kan?

tiba2 sedang kita dok alami situasi camtu, mai pulak orang yang kita rasa biasa2 je dengan dia, tapi dia macam nak tunjuk luar biasa je depan kita. kita takde pape, sebab hati dok ingat kat si-dia mcm kat perenggan atas ni. dia ni cuba la tarik perhatian kita. kita rasa biasa2 je, kadang2 macam rasa annoying kat dia. haish~

agak2 mungkin orang yang kita dok tunggu tu pon rasa macam mana kita rasa waktu orang yang biasa2 ni datang buat2 best dekat kita kan? memang tak adil. hei, ntah la. aku seniri tak paham ape aku taip.

hahahahhaha~ btw, SELAMAT TAHUN BARU 2011. moga2 semuanya akan bertambah baik dari yang sebelum2 ni.
curik dri google^^


take care!