Saturday, November 27, 2010

ENTRI ILMIAH

tengok tajuk macam baik sangat kan? haha. aku tibe2 terpikir yang aku tak pernah buat entri ilmiah pon kan kan? jadi aku ada jumpe benda menarik nih. aku pon nak share la. layan mata dengan pic je hari ni eh. selalu aku mengarot panjang lebar, mesti pedih mata orang nak baca, so arini selamat berehat mata2 kamu semua. keh keh keh apsal ayat aku baik sangat. haha. dah2, tengok la pic kat bawah ni eh.








amacam? unik kan dorang amik pic, pandai betol!

AT LAST!

akhirnya.. kini pasti ku merasai cinta nan suci!

haha. lirik di atas takde kena mengena dengan entri ni. saja gatal2 tangan pegi taip. sebenanye nak kata akhirnya aku tukar gak template blog dan konon2 ada header macam blog orang laen. barulah normal kan? kalo tak macam aku je gajah yang tersesat dari koloni. walaupun header cikai setakat picture hasil google pastu letak sket tulisan sempoi konon, jangan la merendahkan aku yang dah sedia tak tinggi ni. sedih aku. sobs sobs.

ni bukan pasaipa, tibe2 ada idea nak tukar sume benda dalam blog sebab aku baru abih 4 paper untuk final exam sem 3 ni. tu yang macam gajah dok relax tak tentu hala ni. dasar gajah la aku ni, ada lagi 3 paper la aku kena harung. 3 paper tu dah la esei, pehal la aku dok enjoy macam gajah pon tak tau la. adeh, sedih gak mak pak aku kalo tau aku dok enjoy gajah kat hostel ni. dasar aku gajah suka enjoy tak tentu hala, lepas abeh jawab exam dan2 konon2 menyesal sebab tak ingat apa yang dah baca.

bape kali dah aku dok salahkan gajah ni. adeh, wahai encik gajah jangan marah sama saya naa. awak chumel sebab tu saya rasa, saya dan awak macam sama je. tambah kau si gajah bulu mata panjang pakai maybelline punya mascara yang berlakon dalam sesame street tu. heheh. jadi I dah berbesar hati la nak upload pic encik gajah (kes bodek gajah).
 encik gajah yang cool habih^^

I bersama encik gajah^^

kalo ada pape yang tak kena dengan yang baru ini bagitau sama saya la, nanti saya ubah.(ayat bajet baik dan2 guna saya, dasar kau hipokrit atiqah!

Thursday, November 25, 2010

AKU TAK NAK FOLOW BLOG KO LA!! nape? tak puas hati??



di hari yang indah, menaip entri laju2 dalam kegelapan, berteman sang cicak di dinding menyanyi lagu dil hai tumhaara.. aku terpanggil untuk mencoret tentang kemalasan yang melanda diriku sendiri. stop~


 haha.. intro kalau boleh nak hebat2. mentang2 la baru lepas exam paper bm selasa baru2 ni. saja aku tak delete ayat atas tu, aku tau manusia ni kalau benda yang kita tak nak post, yang tu la dorang minat nak baca. haha.

tengok tajuk entri korang mesti rasa macam aku bajet bagos kan, tak nak follow blog orang? actually bukan la itu penyebabnye. aku suka baca blog orang ni sebenarnye. tapi tak mampu nak follow sebab, aku malas nak online selalu, so kalau aku follow blog korang yang meletop2 tu, aku mesti tak sempat nak baca. aku kalau dah follow blog orang memang A sampai Z nak baca. bukan nak kepoh, tapi macam tak best la baca latest entri tapi tak tau dari mula2 pasal kewujudan blog tu. paham tak? takpe aku bagi contoh la, kasi korang paham. apa korang rasa kalau korang start baca buku terus kat part belakang2? rasa macam tak paham pape kan? camtu la perasaan yang cuba aku tonjolkan.

cuba tengok pengiraan tahap budak tadika yang aku nak buat ni. tak payah carik kalkulator la, simple je. cukup la kalau kira pakai jari kaki dengan tangan, haha. bonus la untuk orang yang belajar arithmetic time sekolah dulu. blogger2 yang rajin memang akan  selalu update kan? paling cikai sehari 1 entri.

situasi (takde kena mengena dgn lagu bunkface) : aku follow 10 blog
1 entri setiap hari = 10 entri
10 hari aku tak online = 100 entri

korang dapat agak tak macam mana muka aku time bukak dashboard untuk cekidaud latest entri blog yang dah aku follow. cam ayam tertelan henpon iphone korang tau tak. berpinar2 mata aku membaca entri2 tersebut.

 so, moral of the entry.. aku tak paksa sape2 follow blog aku. boleh follow kalo rasa suka. kesian pon takpe, tapi jangan risau coz aku tak rajin update. haha. tapi kalau aku takde tinggal jejak ke sampah ke kat blog korang, jangan la terasa hati ngan aku, aku pegi sebenanya tapi tak suka nak kasi semak. aku pegi dan balik diam2. itulah aku .haha

thanx sangat kat follower yang rajin follow aku. haha. anda sangat dihargai.

Thursday, November 11, 2010

CONTEST JEJARIKU KREATIF

aku join contest ni sebab cik hutan kabut telah tag aku. yeay!. contest ni CIK FAZ kawan cik hutan kabut yang buat, jadi aku pon seronok la nak join.


banner contest

time mula2 tengok entri cik hutan kabut and tengok aku kena tag, aku terpikir sejenak "eh,aku ada ke pic yang involve jejari manusia?" mana la nak ada kan. adeh, parah2. takkan tetiba aku nak amek pic jari2 senget aku. ouh tidak. tetiba teringat kat pic bawah ni. silalah cik faz melihat.hehe


 
gambar kurang jelas!

sori la cik faz, pic ni tak bape nak jelas. yang versi jelas itu sudah tak diketemui. pic ni diambil time kitorang makan malam bersama buat kali terakhir kat matrix. budak2 yang terlibat sume adalah budak praktikum ku. saya yang memakai tudung itam. disebabkan cik faz baek hati tak request soh story2 pasal pic ni, baek aku diam2. dah cukup syarat kan? pic yang ada jari bersama muka orang yang tersumbat bersamanya.haha. ape aku mengarut ni. adeh~

orite, skunk segmen menge-tag. orang yang bertuah ialah :
1) ainna yang suka join contest
2) atiqah follower baru saya c:
3) mizz sue

tammat~
 p/s: cik faz kalau ada pape tak kena bagitau la ye~

25 random thing pasal diri aku

sementelah cik syer dah tag aku, aku pon mesti buat entri ni. aku jahat, jadi aku tak mau kecik kan hati beliau.haha http://www.emocutez.com tanpa membuang masa aku yang sangat2 sikit lagi berharga ni, jadi aku nak setat listkan 25 random thing pasal akuh yang biasa2 aja.

1. aku rasa sangat tensen nak pikir sal 25 benda pasal aku. (ni bleh kira tak??..ahha)
2. aku skunk sem 3, nanti sem 4 setat awal dari orang lain, iaitu 18 disember 2010.huu
3. aku ada 3 adik beradik.
4. 1 emak dan 1 ayah.
5. aku orang penang, ye tulen penang, tapi bukan mami tanjung naa~
6. aku ada sorang kakak dan sorang adik lelaki. aku sangat inginkan abang!
7. aku suka layan je sume cite, asalkan best. contohnye tamil ke hape ke, aku tengok je.
8. aku suka tido especially dalam bus.hahahahha~
9. aku belajar kat perlis. alhamdulillah, hostel aku terselamat dari banjir.hehe~
10. aku anak manja. yeay! (yeke?..ke aku yg pasan, biar la~)
11. aku suka korea, ye aku sukakannya.
12. aku teringin nak jadi penyanyi walaupon suara aku sumbang.haha
13. aku suka makan makanan yang dimasak dirumah,oleh emak!!
14. aku dah tak tau nak mengarut ape.huu~
15. aku suka warna biru.
16. aku tak reti nak beli barang2 seniri, salu mintak mak aku pilihkan.
17. aku rasa aku berperangai macam budak2.
18. aku suka baca komik.
19. aku tak suka bergambar, time matrix je tersuke~
20. aku tak tinggi.
21. aku tak rajin study.
22. aku suka simple2 je, takmau semak2 kepala.
23. antara baju kurung,kebaya,kebarung ke, aku lebih suka baju kurung yang tidak ketat!
24. final aku lagi 1 minggu, tapi aku still dok buang masa.
25. akhirnya, inilah number yang dinanti2. yeay!

Tuesday, November 9, 2010

Contest Mimik Muka MENARIK!

saya join contest ni dengan rela hati, kebetulan saya di tag cik hutan kabut yang kejam.. jadi saya harus menumpaskan kekejaman beliau dengan memberi pic terbaik la, biar dia ternganga nanti.hahaha!!!



yang penting sekali, saya nak ucapkan thanx kepada cik cikin chumeyh yang sudi buat contest ni, tanpa beliau menganjurkan contest ni, saya takde masa nak punggah2 balik pic zaman evergreen saya, time musim "gila kamera".

tanpa membuang masa yang telah banyak dibuang, cik cikin boleh la layan pic senget saya. haha..(kalo rasa nak gelak kuat2 time tengok pic ni, sila pastikan takde orang berhampiran anda, bukan ape.. takot anda digelar "saket jiwa"..hahahah..)


pic ni diambil bersama kawanku amalina. time ni kitorang kat matrix, kat dalam dewan kuliah and kat seat atas sekali, tempat feveret aku tuh. dulu before aku jumpa amalina ni, aku tak suka and tak reti nak posing2 untuk amek gambar, lepas aku jumpa dia yang sangat2 suka amek gambar, aku pon mula la salu je snap pic sana sini. aku yang pakai tudung kelabu tuh.

pic ni diambil guna front camera henpon amalina, N73 kot kalau tak silap. henpon ni bapak dia bagi hadiah SPM. sebab guna front camera so, pic tak bape nak cantik la. actually banyak lagi pic yang best2, tapi tak nak susahkan cik cikin nak tengok nanti.

orite, sekarang aku nak tag 3 orang member. jadi aku tag follower yang ada jela.

1. kak aty
2. ainna
3. mizz sue

itu saja.

p/s : CIK CIKIN, kalau da pape yang tak betul bagitau la ye.