Thursday, December 30, 2010

Nak Hiburan sket boleh tak???

dulu masa sekolah rendah dapat bermain, tengok tv dan main lagi, adalah satu kehidupan lengkap bagi kanak2 seperti aku. hujung minggu mahu pon tak sampai lagi hujung minggu tersebut, mak pak dah bawak pegi jalan2 riang gembira. 

bila masuk sekolah menengah, up sket la kegembiraan yang harus dikecapi. dapat pulak sekolah yang tengah2 hiruk pikuk kotaraya. bila rasa boring, lepas sekolah boleh pegi jalan2 cari pasal kat mall2 yang dekat mahupon jauh dari sekolah aku. nak pegi jalan kaki pon boleh. tapi aku still tak puas hati, selalu merungut cakap tak best la, apela.

perangai tak reti menghargai aku ni, berterusan bila aku masuk matrix dulu. Matrikulasi aku takde la ulu ke hape. tepi highway lagi babe. dulu aku dak KMPP. tau2 jela KMPP tu still kat Penang yang banyak hiburan la kan. tapi kat matrix tu tak borink pon. dia punya keluasan and facilities baguih. aku suka. jalan2 kat dalam kawasan matrix tu je dah dapat hiburkan hati aku. nak tengok tv pon suka hati je. nak outing apetah lagi, bus sampai amek depan pagar hah. tapi aku dah seronok kat dalam matrix, tak payah nak outing kat luar lagi. lagipon uma dekat, borink boleh balik. tapi aku jarang sangat la balik. tapi aku still kenkadang rasa KMPP tu tak seronok. apehal? sebab aku tak reti nak hargai  la kan.

tup2, bila masuk universiti, aku dapat UNIMAP. tau jela U aku kan kat Perlis. jauh beda dari apa yang aku nikmati sebelum2 ni. banyak juga pekdah dok kat kampung2 ni. tapi takde pekdah pon banyak gak. nak makan susah, nak hiburan? lagi la susah. perlu pegi jauh2 untuk dapat sedikit hiburan dan bila dah balik hostel hanya akan dapat keletihan dan kelaparan. dan sekarang ni aku rasa amat sangatlah keboringan. memang la aku bukan orang yang suka berjalan tak tentu hala tanpa sebab. tapi dulu2 time sekolah lain, hujung minggu aku nak stay kat uma sebab jadual aku hari2 pack. pegi sekolah pagi2 5lebih, balik pon dah petang. so weekend memang la nak rehat kat uma. skunk kat U, weekday pegi clas. jadi hujung minngu mesti la nak jalan2 bagi mendapatkan ketenangan, tapi takde tempat untuk pegi jalan2 tersebut. kalau ada pon, ofkos la takde transport nak pegi. nak jalan tak mampu, jauh sangat.

dulu matrik dekat dengan umah, tapi tak mau balik tiap2 minggu. skunk U dah jauh sket, baru rasa nak balik. padan muka aku kan. huh~ dulu payah la nak rasa lapar tanpa sebab, pegi sekolah memang aku bawak bekal sebab tak suka nak makan makanan kat luar. masuk matrix, banyak gilo2 makanan sampai aku sentiasa terlebih kenyang. skunk kat U, kena carik makanan seniri dan sangat2 susah nak jumpa makanan2 tu. adei.. sakit jiwa oh.

Mari Menganyam Tali Kasut Anda Bersama Cik Tiqah Part 2

arini nak sambung entri semalam, bagaimana untuk mengikat tali kasut dengan stylo. direct tengok gambar2 bawah ni jelah sebab takde mood nak membebel. selamat mencuba eh~









Wednesday, December 29, 2010

Mari Menganyam Tali Kasut Anda Bersama Cik Tiqah Part 1

orite. arini nak share cara2 mengikat tali kasut dengan versatile, brutal, ergonomik(boleh guna ke eh? bantai saja) dan stylo untuk menunjuk2 di hadapan orang lain. kehkeh.. ada niat jahat di situ. ok, lupakan niat jahat nak mengebat depan orang. mari kita tengok cara2 ikatan kasut yang boleh korang try.








ok.. ini saja cara2 menganyam tali kasut untuk entri ni. akan ada part 2 pulak pasni. kenape tak letak semua? sebab aku nak bagi korang try yang kat atas ni dulu hah. ingat senang ke nak anyam2 ni. ganyang senang la. woh~ terpakai words kontrovesi lak, ok bye nak ready pi tengok bola. MALAYSIA BOLEH!!!

Monday, December 27, 2010

Bila-bila..

bila aku kat luar rumah, tak on laptop, tak bawak balik laptop, tak boleh nak online dan tak macam2 lagi, aku selalu je dapat idea nak buat entri. tapi yang amat kesal menyesali bila aku dok depan laptop nak tulis entri, 1 habuk/hama pon tarak. adeh.. sangat membencikan la kalau selalu macam ni. bagi manusia2 lain yang dengar keluhan aku mesti rasa cam aku bagi alasan segala, padahal zaman kan dah canggih buah manggis, pakai henpon pon bley update blog pe.

hari ni nak cite pasal pak cik drebar bas yang sangat "bersopan santun". tadi aku dengan kawan aku cik pika nak balik simpang 4 la kan, pastu kitorang dengan bersemangatnye naik bas dengan harapan semuanya berjalan lancar. mula2, kitorang amek seat belakang coz senang nak tidor tanpa gangguan. kehkeh~ tapi ada gak gangguan, pastu separuh masa kedua(macam main bola lak) kitorang dengan berkobar2 nye pindah ke seat depan sekali woh untuk memudahkan plan nak turun betul2 kat simpang 4.

kalau turun kat simpang 4, takde la letih nak pegi kangar tunggu bas,pastu datang balik simpang 4. kitorang berkobar2 lagi sekali tak tido and tengok betul2 setiap jenis tanda yang dapat membuktikan kitorang dah hampir dengan simpang nak pegi hostel. elok2 je nampak tanda2 tu, kitorang panggil pak cik tersebut tanpa henti macam katak panggil hujan kononnye "oink.oinkoink~", ade ke patut O berbentuk bulat betul, pak cik tu boleh buat derk je.

kawan aku dah cemas ingat pak cik tu tak dengar disamping takot terlepas simpang tu. aku dengan sakit hati jiwanya, tau pak cik tu dengar terus cakap je nak turun kat depan tu. elok je lepas simpang tu dia stop. aku dengan kawan aku pon berlalu la sambil mengucapkan terima kasih yang tidak berbalas oleh beliau. betul2 'baik' pak cik tu kan. entah la zaman skunk ni kalau aku baca banyak eksiden yang melibatkan bus. aku boleh terbayang cara pemanduan dorang yang tak berhemah.

pak cik tadi tu pon bawak bas dengan secara tak berhemah, betul2 tak sayangkan nyawa dan akan menyusahkan orang lain. hei entah la ape nak jadi. kat bus lekat sticker "penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan kemalangan" yeke?? renung2kanlah dan selamat beramal.hehe~

Friday, December 24, 2010

CONTEST NAK MENANG BLOG HEADER MAKEOVER!


kenapa anda nak makeover header atau tukar rupa blog anda?


saya nak makeover header dan tukar rupa blog saya sebab..

  1. saya tak reti nak buat header yang cantik dan cun melecun macam orang lain
  2. teringin diri dihargai, ada orang tolong cantik kan blog. yeay~ suka3!
  3. ni boleh jadik hadiah besday yang lepas, sebab time tu takde sape celebrate. huhu T_T
  4. nak bagi cantik supaya para tetamu yang hadir ke blog rasa gembira, bila dorang gembira, saya lagi gembira la jawabnye.^^ 
  5. blog saya tak cantik, jadi saya nak blog ini dicantikkan.
  6. takde masa nak belek2 cara nak buat header dan mencantikkan blog, sangat kesal di situ.
  7. inginkan bantuan pihak yang terer bab2 nak cun kan blog, macam orang yang buat contest ni.
  8. sempena tahun baru, blog yang bersuasana baru juga sangat dapat meningkatkan motivasi untuk update blog.
  9. bagi semangat untuk terus mencantikkan blog.
  10. sangat sangat sangat gembira tak terkata kalau blog yang cuba dicantikkan menjadi cantik!
kat atas ni adalah 10 sebab kenapa saya nak makeover header atau tukar rupa blog. itu saja, sila pertimbangkan sebab musabab di atas ^^


orang yang ingin saya tag:
cik cahaya
ainna

My Header Contest

header yang pernah wujud sempena kewujudan blog ni adelah header2 ni:



header yg number 2 dengan 3 tu sme je pic, tp laen font and warna. header2 sume simple je, coz tak reti nak buat sangat.

orang yang ingin di tag:
cik hutan kabut
ainna
syer

Thursday, December 23, 2010

1st GIVEAWAY by Cik Ainna & Cik Zombie


1.Mestilah jadi follower blog Cik Ainna & Cik Zombie..
2.Copy banner beserta isi entry ni dalam blog korang n jangan lupa buat sidebar.. sebab nye nanti susah kami nak cari korang... =) ok?
3.Tajuk entry korang mestilah
" 1st GIVEAWAY by Cik Ainna & Cik Zombie"
4.Jangan lupe tinggalkan link korang dekat salah satu blog penganjur taw..
Senang kitorang nak sahkan penyertaan nanti..^^
5. Terpulang la nak tag kawan2 ye..taknak pon takpe..^^

GA ni tamat pada 5 JANUARI 2011, pukul 11.59PM..

Hadiah lumayan untuk 3 orang peserta: 
-Cenderamata yang gerenti lawa and chumel! 
-Nama blog korang yang menang akan ditulis pada cenderahati tu..Glamor bukan?? (^_^)

2 hadiah saguhati berupa voucher khas dari Watson ataupun Topup..
(terpulang pada pemenang nak mana satu)..

**jika penyertaan banyak, kami akan tambah bilangan pemenang!..

Senang je kan?? hehe..

"CONTEST GAMBAR PALING CHILL !!"


The Rule(s) :

1-  Tangkap gambar korang PALING CHILL tak kisah individu atau ramai-ramai. Boleh edit kalau suka. Caption gambar kena buat tagline sendiri  (DONE)

2-  Buat entri pasal contest ni. Linkkan URL entri korang ke entri ini. Tajuk entri : "CONTEST GAMBAR PALING CHILL !!" (DONE)

3-  Letakkan banner contest ini di entri anda, dan sidebar juga. Linkkan ke entri ini.(DONE)


4- Follow blog ini, i mean blog HUTAN KABUT.(DONE)

5-  Tag paling koman 3 blogger. pastikan mereka tahu contest ini. (DONE)

6- Bagi tahu anda suka warna apa jugak. (DONE)

 :) SELAMAT MENCUBA!!!

Tarikh tutup : 31 DISEMBER 2010

Kami pening! korang??

haha. pic kat atas tu la yang aku publish kat entri ni, khas untuk join contest ko tau tak CIK HUTAN KABUT?.hehe.

aku suka warna biru. sebab biru macam warna laut, nampak cool je. tapi sekali tsunami datang, abeh semua disapunya.haha.

ok, aku nak tag:

orite tu je. pape tak kena bagitau balik ye cik hutan kabut.hehe.



Dah lama~

dah lama ouh aku tak publish apa2 entri. ni semua penangan final sem 3. macam hebatkan? padahal tak pon, tapi sebab semester 3 yang dah berlalu ni sangat chaos, kalut, huru-hara, mcm2 lg la, sebab2 ni la yang mendorong aku balik bercuti dan tak mau online. nak rehat la dari semua benda2 canggih di zaman yang canggih nih.

dah, ayat aku dah start pusing2 dah ni. hari ni aku baru la online secara rasminya dan result sem3 dah keluar! OMG!! dah, tu jela nak cakap pon. haha..
ada 2 contest aku nak join ni, kalau tak join nanti kecik hati CIK HUTAN KABUT yang dah kecik tu camne? haha.. jenuh aku nak pujuk. dah la ilmu daya pujuk cikgu kat sekolah bagi aku D je, terang lagi bersuluh bab2 pujuk memujuk ni aku failed.

di kesempatan ni, nak cakap gak la pasal result, bukan nak cakap besar ke kecik ke, bajet bagus ke ape2 jela kan. tapi pada aku,result yang aku dapat selama 3 sem ni, aku just nak hepi kan family aku je, kurang2 diorang tak rasa down bila tengok result aku especially mak dengan abah aku. dorang takde demand nak aku dapat banyak mana just dorang pesan ni semua untuk masa depan aku, aku pon paham sangat kegusaran dorang. kot2 la ijazah yang sedang aku tunggu ni adalah pengakhiran untuk sesi pembelajaran aku, aku harap sangat yang ni la paling dapat menggembirakan dorang.

ceh, dengar lagu sedih.. pastu taip entri macam aku anak yg baik sangat, dah2 cukup tu tiqah, heh~
ok, yang tu jela aku nak membebel. kalau tetiba sejak 2 menjak ni entri aku macam emo semacam, harap bersabar la ye, bukan sebab ape.. ni semua sebab umur aku dah menjangkau bunyik puluh2, tulang belakang pon dah start sakit2, nak pakai kasut pon kalau boleh nak flat2 je.haha..bukan ape takot tergolek hah, kan dah umur puluh2.ahha

tak lupa jugak, thanx sangat kat CAHAYA IZZATY sebab selalu buat entri ada nama aku, aku terharu weh.haha. btw, congrats weh!!

adeh, kalo dah membebel tak boleh nak berenti lak, sori2. take care!