Thursday, May 20, 2010

kenapa orang panggil saya bumi~



kali ni, aku nak cerita macam mane aku boleh dapat panggilan bumi. mesti ramai yang pelik kan? yela, nama aku takde kena mengena dgn panggilan bumi tu pun. nak cakap sebab aku orang bumi, orang lain pon hidup, bernafas dan melakukan aktiviti lain kat bumi ni gak kan~..hmm..tak payah nak confuse2. meh sini aku nak cite.hehe
MySpace

tersebut la kisah ketika aku berada di matrik. aku yang tak terer math ni, tak menonjol la kat dalam kelas. setiap kali kelas math, aku akan dok diam2 je. kadang2 tu sampai tertidorMySpace ..hehe

lecturer math aku untuk sem satu sesi 08/09 ada dua orang. yang 1st punya lecturer adalah PUAN....(aku tak ingat dah nama dia). puan ni, beliau ajar bagos cakap pon lembut je. tapi almaklumlah beliau ni ketua unit math, jadi ke'busy'an beliau adalah sangat tak dapat dielakkan. jadi lepas beberapa ketika tempat beliau diganti dengan orang yang bagi aku nama bumi nih iaitu ENCIK MAHFUZ.

time mula2 dia masuk class, aku memang tak senang duduk la, apatah lagi nak tido dalam kelas.huh~.MySpace stress aku dibuatnya. yela, aku jarang2 nak siapkan tutorial.tapi memang time mula2 tu dia ugut macam2 kepada mana2 manusia yang berani masuk kelas dia dengan tak siapkan tutorial tu..aku pon rajin2 la meniru tutor orang lain untuk full kan tutorial aku yang tak siap tu.

bila dah beberapa sekian lama, emm..tak la lama sangat. ala2 aku dah berani nak menjawab soalan dia setiap kali dia cakap kat depan, sama la dengan tahap satu kelas dah start berani tak siapkan tutor2 tersebut. dia pon dah rajin bercerita itu ini disamping sangat memahami kemalasan melampau yang telah melanda kami sekelas. tak semena-mena dia jadi kamcing dengan kami.

satu hari dia pon menyatakan kekesalan beliau kerana telah bagi muka sangat dgn kami, sampai setiap jawapan tutorial, semua kami sental cakap tak reti nak buat.heheh~MySpace dia pon cakap laa, lebih kurang camni "saya pon tak paham dengan student2 bumiputera nih, selalu je tak siap buat tutorial, cuba tengok yg non bumi, dorang selalu je siap tutor sebelum masuk kelas".

aku yang sedang2 mengantok dgn selamba badak (badak pon x seselamba aku)MySpace menjawab ayat dia tu.."dia orang non bumi en. mahfuz mana nak sama dengan kami, orang bumi". bajet2 aku macam nak lawak2 je, tetiba dia kata "oh, hang orang bumi la ek, depa bukan orang bumi la..oo~".

since saat tu setiap kali dia masok kelas, dia suka panggil aku jawab soalan kat whiteboard. dah la panggil aku bumi. since tu gak lagi classmate aku pon panggil aku BUMI, BUM laa..ada je.MySpace mula2 rasa macam sengal je, tapi lama2 best gak pe..ahhaha~

macam tu la alkisahnya aku mendapat nama tersebut. tak sepasal terkamcing plak dengan lecturer dan menyebabkan aktiviti aku nak tido tergendala,huh.MySpace tapi best la. aku sangat suka nama tu. dah lama tak dengar orang panggil aku dengan nama tu. rindu sesangat!!

TTFN~MySpace

Wednesday, May 19, 2010

Datin~


alkisahnya..
aku dapat gelaran ni ketika aku masih muda (aku MASIH muda lagi sekarang ni, tapi tua sikit la dari time kat matrix tu) iaitu time mula2 aku masuk KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG.



gelaran nih..aku dapat dari roomate2 dari bilik A1.4.13..
ewah~..kuat gak ingatan aku..
MySpace
time minggu orentasi, iaitu minggu first aku kat situ dorang dah start panggil aku DATIN sampai la sekarang ni.
ni semua adalah sebab aku bersiap untuk pergi mana2 dengar kadar yang sangat lembab.
korang paham2 la kalau time minggu orientasi tu betapa chaos nya condition kita.
baru nak tarik nafas dalam2..dah dengar orang anounce ckp ada perjumpaan.
sampai nak mandi pon tak senang.haish~
meh aku nak gambarkan situasi tu dgn dialog.

situasi: roomate2 aku sume dah ready nak pegi perjumpaan.

roomate 1: atiqah, lambatnya hang bersiap, macam datin je.
roomate 2: a'ah, cam datin aa~
roomate 3: pasni kita panggil dia DATIN jela.

tadaa~MySpace
camtu laa aku dapat nama datin.
tapi orang2 kat blok aku je panggil aku datin. kat kelas dorang panggil lain plak.
yang tu nanti aku cerita lain kali. tapi kat matrix memang banyak aku dapat nama baru.sampai ramai yang tak tau nama betul aku yang mak dgn bapak aku bagi sedap2 tu.MySpace
tapi yang penting aku sangat gembira time kat matrik tu.

TTFN~MySpace

Friday, May 14, 2010

indah khabar dari rupa (2)

entri ni ada perhubungan dengan entri yang lepas..
juga ada perhubungannya dengan aku seorang pendengar yang baik..

macam yg aku dh ckp sebelum ni..jangan berfantasi lebih sangat bila dengar orang bercerita tu..
aku ni jenis yang bila dengar orang bercerita tu..imagine benda yang elok2 semuanya..
kawan-kawan aku ni selalu bercerita pasal family, bf la..mcm2 laa..
aku ni pon dengan terhegeh2nya berimaginasi.pastu buat la perbandingan dengan kehidupan aku.
contohnya..



SITUASI 1
KAWAN A: weh, kau nak tahu tak bapak aku belikan aku kereta sebiji lepas aku dapat lesen.
FANTASI AKU: wah..kereta tu babe~..best nya ada kereta yang dibelikan khas untuk kita..boleh pecut laju2 sebab kereta sendiri..takde orang nak komen bawak laju segala.aku plak hanya boleh bawak kereta bapak aku dengan gaya dan berhemah..*SIGH*
MySpace

SITUASI 2
KAWAN B: mak aku selalu bawak aku pergi shopping setiap minggu,pastu kami pergi tengok wayang.
FANTASI AKU: wow~..patut la kau pakai baju best2..up to date..best la mak kau nak pergi tengok wayang.family aku tak suka nak pergi tengok wayang segala.bapak aku garang,(lagi sekali asyik compare je..huhu) MySpace

SITUASI 3
KAWAN C: kau tahu tak BF aku, dia style independent oo~..nak beli apa2 mesti dia cari duit sendiri, tak minta dengan orang tua dia.
FANTASI AKU: wah, bagusnya ada BF mcm tu.(yg ni aku tak compare cuma TERHARU mendengar dan berharap masih ada ramai manusia yg sebaik tu)MySpace

tu laa antara aktiviti tak berfaedah yg aku selalu buat..kadang2 benda tu simple..tapi aku pergi tergedik2 buat huru-hara kat rumah,,demand yang tu, yang ni..

jadi kesimpulannya, tak payah la imagine lebih2..buruk padahnya.
sebab kat dunia nih selalu indah khabar dari rupa.

TTFN~MySpace

Thursday, May 13, 2010

indah khabar dari rupa (1)




seperti yg tertera di atas..tjok nih mmg membawa berinfiniti makna~
aku rasa topik yang aku nak ceritakan nih..agak best(bagi aku laa kan)
aku tetiba rasa nak tulis pasal benda nih..yang aku rasa ramai yang memang selalu nye teruja setiap kali mendengar orang bercerita tentangnya..

tambah2an kalau si tukang cerita tu pandai menggunakan segala hiperbola. metafora dan segala jenis fora2 tersebut yang telah kita belajar dalam matapelajaran bahasa malaysia/melayu..
oh..aku melalut melebih2 plak untuk intro..
aku akan cuba menjadikan topik ni best gak bg org laen yg mungkin terbaca entri nih.

aku rasa aku seorang pendengar yang amat baik!!!
aku salu mendengar apa yang orang cerita dengan penuh tumpuan dan telah menyebabkan aku berimaginasi yang indah2 belaka..padahal cerita tu tak best mana pon.
bagusnye kalau aku macam nih ketika di dalam clas..huhu
(ouh~..aku melalut lagi.kesalnye)





aku ada la tengok 1 drama korea nih..
kawan baik heroin tu sendiri telah mengkhianati heroin tu dengan merampas boyfriend kawannya.
ni bukan kes simple2..si heroin hanya dapat mengetahuinye pada hari perkahwinan si boyfriend dgn kwn baik dia tu.
tp dorg tak jadi kawen.
n si lelaki tersebut bertanya lah kepada ex-bakal isteri dia tu..

(nih aku buat dialog sendiri je..ahhaha)

lelaki: aku nak tanya kau dan aku harap kau akan dapat menjawabnya dgn ikhlas.adakah kau menyintai aku hanya kerana aku anak orang kaya?

ex-bakal isteri:ye~..tak dinafikan yang itu memang salah 1 reason.tapi dulu before aku bersama dengan kau, aku rasa kau amat perfect, caring, manly dan seorang yg protective.

lelaki:jadi, kenapa kau tak suka aku lagi..padahal aku still kaya dan masih macam dulu.

ex-bakal isteri: lepas aku dah memiliki kau, aku baru sedari rupa2nya kau tak bagus mana pon seperti yang pernah si kwn baik aku tu bercerita.aku suka kan kau pon sebab aku teruja nak ada bf yang perfect mcm yg dia ceritakan tu.setiap waktu dia asyik cakap pasal kau dan semua yang dia ceritakan indah2 belaka.

lelaki:(ekspresi muka menyesal gila sbb dh tinggalkan gf yg baik n org yg betul2 cintakan dia..(padan muka..hahha))

ex-bakal isteri: rupa2nya aku hanya menyintai orang yang berada dalam imaginasi dia tu je.padahal hakikatnya kau jauh berbeza dari apa yang aku impikan.






realiti lebih memeritkan dari fantasi.
jangan la berfantasi melebih2 sgt..buruk padahnya.
nanti aku ceritakan plak..apa kena mengena entri nih dgn aku seorang pendengar yang konon2 nya sgt bagos~

TTFN~

Friday, May 7, 2010

minah..hahaha~


gambar hiasan(shin min ah)

pelik nye tajuk entri aku kali ni..
yelaa..minah..(mesti org ingat aku sedang gila..hahaha)

minah..
♥mungkin panggilan korang pada bdk2 pompuan yg korang x tahu nama dia..
♥ mungkin juga panggilan orang pada musuh dorg or org yg dorang tgh rse nak baling boule(petanque pnye bola besi)..n mesti laa refer kt girl kn..
♥mungkin gak panggilan manja utk org yg bnama aminah..

sebenarnya..aku baru je rasa kagum..terkejut..terpaku..terjakun dan sewaktu dengannye stelah aku terbaca satu news pasal super junior pnye comeback teases..
tajuknye miinah.
sila refer ayat yang aku cedok dri news tu..

"Miinah (미인아) in Korean is beautiful women in Korean."

lepas nii kalau aku panggil korang minah even nama korang bukan minah pon..
gembiralah ye..hahaha

credit to:http://popseoul.com/

Wednesday, May 5, 2010

Bekerja @ bercuti ???



Indah2 semua~…
Aku skunk ni kan tengah bercuti..ye~ cuti yg sgt pnjg bg aku..
2 bulan..macam2 bley buat ooo~
Aku ingat cuti nii aku nk g keje..tp mcm tak dak keja je utk aku nih~..huu
Kan bagus kalau keje tu yg dtg crik aku bila2 aku nak keje..
Tp mati hidup semula tak de keje part time nk crik aku..
Aku pernah jgk tpikir nak buat part time kat gerai2 tepi jalan yg jual buah2an tu..
Aku jugak pernah terpikir nak ganti je mak cik tukang sapu kat kawasan perumahan aku tu..
N macam2 keje mengarut lg aku pernah terfikir nak buat..
Tp of cos laa..indah lg aku berangan2 dari aku nak pegi buat keje tu btul2..
Hahaha~…nampaknye,cuti kali ni pon..aku stay kat rumah n menggemukkan diri jela..
Tu je yang aku dapat buat..ahha~
TTFN~

Hey!..Mari kita berkenalan~

Sebab aku baru je start buat blog..jadi aku nak perkenalkan sikit pasal diri aku..MySpace
Ye..sikit je..kalau banyak2 satgi orang yang baca ingat aku ni nak promote diri plak..MySpace
Nama aku atiqah.
Aku ada 3 adik beradik je(sikit kan??)
Aku anak nombor 2.
Aku ada sorang kakak n sorang adek lelaki.
Aku juga hanya ada sorang bapa n sorang emak.(korang ada lebih ke??)MySpace
Aku anak manja(eh..perlu ke aku bagitau korang pasal ni??..)MySpace
Aku lahir pada tahun 1990..tahun kuda..zodiak scorpio..bulan November.
Since 1st day aku kat dunia nih..aku stay kat penang.MySpace
Bila dah masuk university ni..baru la aku terpaksa mencemar duli pergi belajar luar penang.
Aku tadika kat prasekolah.
Sekolah rendah plak kat dalam kawasan aku tadika tu jugak..SEKOLAH KEBANGSAAN KONGSI.
Lepas UPSR aku berjaya menyemakkan diri kat SMKA(P) ALMASHOOR.MySpace
Pas2 aku berjaya memboloskan diri ke KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG.
Lepas abeh matrik..aku tercampak sensorang kat UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS.MySpace
Dah~..tu jela..nanti kita cerita lain.
TTFN~MySpace

Kksb (credit to farah liana a.k.a farah kowt)




wohoo~..
Masa aku nak balik dari perlis..kami 1 family pon pegi laa usha2..kat mana kah simpang 4 tu…
Cari punya cari..tadaa~..jumpa pon..
Fakta tentang kolej kediaman aku untuk sem depan :
• Kuarters guru
• Siap since 2002 tapi tak ada orang duduk lagi
• Ada 5 blok
• Depan sekali tu surau
• Barang2 unimap mcm meja study, rangka besi katil..dorang dah start hantar
• Setiap rumah ada 3 bilik, 2 toilet, n hall dia sgt luas.
• Depan kawasan kediaman tu ada tali air yang sangat2 luas.
• Kedai makan banyak laa jugak..dalam 200-300 meter dari situ ada laa astaka n pekan kecil.
• Tapi..ulu lagi best aa…huhuh
Entah la camne kehidupan kami budak2 bisnes kat simpang bisnes tu nanti..emm~
TTFN~

aku terpaksa meninggalkanmu..walau itu bukan kehendak ku~




tajuk entri yang sangat dramatik~..huhu
entri kali nih..aku tulis dengan sedihnya..
sambil menangis di dalam hati..sementara kenangan lalu berputar ligat di kepala ku..
waktu aku mula2 kenal..
aku ingat, aku seinci mana pon tak akan berpaling kalau aku meninggalkannya…
banyak kenangan yang tak mungkin aku lupakan…
susah..senang..susah..senang..
aku tak pernah hargai pon…
tapi bila aku terpaksa pergi meninggalkannya..baru aku sedar..betapa aku cintakannnya..
tapi waktu aku telah tersedar..dah terlalu lambat untuk aku menghargainya…
hukhukhuh~….
Maafkan aku WANG ULU..
Aku tak pernah pon menghargai kamu..
aku asyik merungut betapa ulu nya aku tersesat di kawasan sebegini…
tapi setelah aku tahu aku terpaksa berpindah ke tempat lain..
hatiku pedih..aku tertanya2 mengapa..ingatkan aku ada penyakit hati..fuh~..aku bertambah gusar..
tapi..setelah aku memikirkannya…baru aku tahu..rupa2nya..aku sayangkan kau wahai WANG ULU.
Aku harap..kau menjumpai student lain yang lebih baik dari aku..dan tahu menghargaimu..
Sekali lagi…Maafkan aku WANG ULU!!!!!
TTFN~

Introduction to blog


Ye..sekian lama aku ada blog..baru arini aku berjaya post entri!
Tahniah untuk kau..atiqah!
Sebab-sebab aku ada blog sekian lama tapi baru arini dpt post entri :
 Internet connection yang terlampau laju dekat hostel
 Yela..aku jarang balik rumah..kalau kat umah sah2 bley post!
Jadi..sepanjang liburan aku di rumah..
aku akan cover laa entri yang dah lama aku nak post..Tapi tak berjaya nak post!..
walau tak ada orang yang nak baca setiap entri aku..ye~..ada aku kesah ke??..
hahaha~
TTFN~