Thursday, March 24, 2011

tak pakai payung. macho?

hi semua.
sempena beberapa hari ni selalu je hujan kat Perlis ni, maka aku tiba-tiba ade idea nak buat entri pasal payung dan hujan yang cukup sinonim. walhal, musim tak hujan pon orang pakai payung jugak untuk elakkan kulit burn.
tadi masa aku otw nak balik ke hostel, tiba-tiba je hujan. pastu ade 1 group budak laki jalan tengah hujan sambil tak pakai payung. dah la jalan boleh buat selamba je, ala-ala tengah panas. jadi aku pon terpikir la, kalau laki pakai payung tak macho eh? ataupon laki rasa ke-perempuan-an kalau pakai payung? bukan nak kutuk sape-sape sebab adik aku yang mak cik-mak cik suka puji segak tu pon kalau aku suruh bawak payung, mesti dia tak mau. macam la payung tu sekampit batu yang takde faedah. 
pada aku kalau pakai payung kan nampak cute gitu. kehkeh. lagipon kan kalau pakai payung takde la basah, pastu takde la nak demam. kalau dah tak pakai payung pastu bila demam kecoh-kecoh pulak, mau je aku bagi penampo sedas dua. tak berat eh, bawak payung dalam beg melainkan kau bawak payung yang orang guna untuk meniaga kat pasar malam tu. ahha.. jadi, sempena orang cakap skunk ni tengah hujan asid, ape salahnya kau beli payung untuk kegunaan masa kini dan masa hadapan.
 p/s: dari pandangan aku, cute pe laki pakai payung. (:
payung feymes zaman skunk, bley juga digunakan sebagai senjata!!

2 comments:

mr vampire said...

org bodoh je x pkai pyung mse hujan.sekian

Cik Atiqah Shaharin said...

kejam plax klo ckp cmtu.hehe. mybe dorg xde payung kot.