Friday, March 18, 2011

salah lalat?

selamat hari jumaat yang indah.
kakak aku cakap hari jumaat, kita kena pakai baju cantik-cantik sebab hari ni hari ALLAH, hari yang elok, jadi tadi aku pon pakai la baju baru selalu aku pakai baju kurung je kalau hari jumaat.
tadi dalam bus masa nak balik hostel ade sekor lalat sesat, dia terbang sana sini kacau orang. pastu aku terpikir apekehei nye lalat ni bertenggek kat aku, aku still wangi kot dengan bau baju baru bak kata kawanku syafiqa. dah la ramai giler terkena diarhea akibat makanan semalam time pegi Konvokesyen Khas untuk Tun Dr. Mahathir n isteri beliau. dah la 1 school kitorang je yang pegi, sume kena tsunami cirit birit. haiyaa~
ouh, berbalik pada lalat tadi, sori terkeluar tajuk pulak. selalu kalau lalat datang hinggap kat orang tu, kita cakap dia busuk kan? tapi cuba korang relate dengan lalat yang berlambak-lambak kat pasar malam tu. takkan makanan yang kita makan tu pon busuk sampai attract dorang. tapi biasa la, kadan-kadang kita ni maen cakap je tanpa memikirkan logic ke tak ape yang kita cakap tu. tapi aku rasa lalat-lalat ni memang suka hinggap merata-rata ikot suka kepala dia yang bulat tu je. dulu kecik-kecik kalau nampak lalat, eksaited cari pemukul lalat tu sebab nak compete sapa lagi terer dapat bunuh lalat dalam amaun yang banyak. lalat mati sekor dua je, tapi pemukul lalat hancur sebab terlampau eksaited nak pukul lalat. aish.. budak-budak la katakan.
jadi sebab kami semua pakat keracunan, aku terpikir la sebab lalat ke eh? kot la makanan tu terbiar and then lalat dari mana entah, hinggap situ pastu kami pon makan maka sakit lah perot. teruk la kalau camtu, selamat da weekend ni, kalau tak memang sume student PPIPT mc sebab keracunan.
ok, thats all, take care.

No comments: