Tuesday, March 15, 2011

don't judge a book, by its cover

salam sejahtera.
zaman yang mana semua pandai berlagak sebagai kulit buku, makin menjadi-jadi aku rasa. kau tengok manusia tu, kau tanya sepatah, dia jawab sepatah dengan suara lunak bak buluh perindu. *yekss* ada pulak manusia tu kau tanya sepatah dia jawab sampai patah ayat kau, kau rasa dia jenis yang harsh kan? pada aku, aku suka golongan ni lagi. ibarat golongan kulit buku cantik macam novel kau baru beli semalam kat Popular, dengan surat khabar lama pembungkus nasik lemak * aku suka baca surat khabar lama tu, sebab boleh gain balik kenangan dolu-dolu*.
depan kita wah, dia pijak semut pon, semut rasa macam digeletek oleh beliau padahal kau tengok kat belakang kau, dia la paling hebat. time jadi pape hal, dia boleh buat selamba je, time tu gak korang boleh dengar ayat laser dia yang kau rasa macam nak penampo muka dia se-das dua. tapi kalau kita yang pong-pang-pong-pang kat depan ni cakap sikit orang kata kita harsh, kalau kita buat salah sikit tak pon menonjol sikit macam-macam kita kena label. tapi orang yang nampak lembut tu dikategori sebagai manusia yang ditindas padahal tu salah dia. dunia sekarang memang memilih rupa sahaja.
entri ni takde laa aku yang emo, tapi ni sebab member aku adela mengadu pasal hal ni. aku tak tau la terok mana dia kena hentam kat sana coz dia jauh dari aku, tapi tu la kenyataan yang paling nyata dalam dunia sekarang ni.
pape pon, moga rakyat di Japan sana, sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang and sentiasa dalam keadaan yang selamat. untung kita, celik-celik je dah orang Msia. tiba-tiba aku teringat pasal cinta 'Sinking of Japan", gler ah seday cite tu. sape tak tengok lagi, sila tengok. Jepun memang bravo boleh buat cite macam tu.
ok, thats all. take care!

No comments: