Monday, March 21, 2011

kasut busuk vs dinner

hi semua.
hari ni nak cite pasal dinner yang aku attend sem lepas. dinner tu takdela outstanding ke hape, cuma nak cite pasal kejadian yang terjadi hari tu. sementelah ramai member aku yang tak nak pegi, jadi tinggal la 2 3 kerat je yang nak pegi so, membe aku sorang ni baek hati la bagi aku tumpang keta dia *thanx cik CI*. so yang pegi naiki keta tu adela 5 orang gadis dengan harapan dinner tersebut sangat hepi hu-ha.
sesampainye kami di sana, ofcos la majlis tak mula lagi. maka bersemayam la kami ke meja yang memang kami dah ade nama tuh. semasa majlis tersebut sedang berlangsung. aku tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang enak. aku pon pikir punya pikir sambil meneka, bau apakah ini? last-last dapat gak idea yang bau tu similar dengan bau stoking busuk. tapi aku diam-diam je dulu, sebab orang lain macam tak bau je. aku pon terpikir gak, lagipon ade ke orang pegi dinner pakai stoking masam (meja kitorang sume pompuan, takde kasut kena pakai stokin). aku cuba test kawan aku sambil bertanya soklan kurang cerdik "wei, hang bau tak perfume aku?". kawan aku pon relax je jawab, "tak pon". aku pon pikir gak, masa nak datang tadi rushing giler aku pakai perfume pon setitik dua je hah. 
last-last aku tak tahan ah, dugaan bau masam tu. dah la dewan tu tak sejuk mana ditambah lak bau masam nak hangin gak aku. aku pon terus je tanya direct kat kawan sebelah kiri aku "wei, hang bau tak masam macam bau stokin?". dia pon jawab la" oh, tu bau kasut yang aku pakai ni, aku pinjam kasut CI". pantas aku membalas, "apsal hang pinjam kasut masam dia?". pastu cik CI yang kat depan aku pon terus cite yang dia dah cakap kasut tu dia cam lembab sikit and ada bau masam. dia gak dah cakap jangan pakai kasut tu, tapi member aku ni tak kesah. aku pon cuba la convince menber aku ni soh pi tukar kasut sebab cik CI ade gudang kasut kat bonet keta dia. dah dia tak mau, so aku kena tahan jela bau masam tersebut. 
tapi aku tak kesah pon, small matter je tu.yang penting dinner tu hepi le jugak. aku tiba-tiba tingat pasal hal ni sebab tadi nampak cik CI pakai kasut tu pegi clas. dia beria-ria convince aku cakap kasut tu dah tak busuk coz dia dah rendam dalam softlan dan macam-macm lagi nak bagi wangi. haha..
P/s: segala dialog yang ada, not exactly the same la dengan actual situation yang jadi, bcoz mane la aku nak ingat sangat, dah lama benda tu jadi.
ok, thats all, take care!

No comments: