Monday, March 28, 2011

Plot dalam movie/Drama yang aku Tak Berapa Minat

hi semua.
aku suka sangat menonton movie ke drama ke, tak kesah la negara mana punya production selagi aku mampu tengok, semua aku nak tengok, muahaha. aku tak suka gila bila ada part ada karakter yang hilang ingatan dalam cerita tu. kau tau sebab apa?

sebab aku tak suka adalah bila orang tu dah la hopeless hilang ingatan dan take time untuk recover and gain balik memori daun pisang dia. ofcos la hidup dia hanya bergantung pada situasi semasa. dia akan hidup dengan mengharap dekat orang yang ada dengan dia, lepas dia satu memori ape pon takde. dia hilang ingatan aku simpati le kan. yang membencikan tu, orang yang ada kat sekeliling dia. macam aku nak hentak-hentak je kepala dorang tu bagi dorang pon sama-sama hilang ingatan. kehkeh. 

yela, korang bayangkan la, ada satu pihak memaksa si hilang ingatan tu supaya cepat-cepat gain balik memori dia, yang ni selalu nya orang kat sekeliling dia adalah orang yang dia kenal sebelum tu. dorang nak dia cepat-cepat ingat dorang and boleh la nak proceed dengan kehidupan dia yang sebelum ni. contoh dalam drama melayu : Si A hari-hari datang jumpa Si B(hilang ingatan), dan menceritakan kenangan yang dorang ada bersama-sama dengan tujuan Si B ni ingat balik dan dorang boleh la melangsungkan perkahwinan.

pihak lagi satu pulak, sama jugak dengan pihak yang kat atas ni. tapi situasi orang yang hilang ingatan tu pulak berbeza sebab memori-memori dia yang sebelum ni, satu pon takde yang baik dan patut dikenang. jadi atas nasihat orang lain, dorang cuba mengelakkan orang-orang yang terdekat dengan dia ni, supaya tak memaksa si hilang ingatan mengingat memori lepas sebab nanti dia akan berasa sengsara. contoh: Si C(hilang ingatan) sebelum ni dia adalah pembunuh upahan, sepanjang idop dia sebelum dia hilang ingatan asyik membunuh je keje , selepas hilang ingatan dia jadi petani yang idop dengan bersederhana tanpa tahu yang dia hilang ingatan pon atas dasar kerja dia yang membahayakan sebelum ni.

pihak yang last ni aku paling benci antara ketiga-tiga pihak yang aku bagitau. aku benci pon bersebab bukan suka-suka nak benci. golongan-golongan ni adalah orang yang hadir pada plot lepas si hilang ingatan tu dah tak ingat pape. kiranya dorang ni tau sape sebenarnya si hilang ingatan tu, tapi untuk kepentingan dia. dia tak membantu dia tu trace balik hidop di sebelum ni. aku bagi contoh la supaya korang paham. contoh: Si D(hilang ingatan) adalah seorang doktor, dia ni hilang ingatan sebab terbabit dengan konspirasi BOD hospital yang dia keje, dorang nak hapuskan dia sebab dia adalah pemegang saham terbesar dalam hospital tu. bila dia dah hilang ingatan, Si E yang sebelum ni memang suka kat dia cuba elakkan dia dari bertemu dengan sape-sape yang kenal dengan Si D, atas tujuan dia dapat la bersama dengan Si D untuk kebahagiaan dia sedangkan dia tahu Si D ni dah ade soul mate yang dok tunggu dia.

tapi tula, kalau asyik nak ikut taste aku je sume cite yang ade kat dunia ni lingkuplah kan? kehkeh. maka haruslah ada watak protagonis supaya bila kau tengok kau rasa "oloo~ kesian nye" dan jugak watak antagonis yang kau rasa nak maki je sepanjang  kau tengok cerita tu. tapi tula, nak jadi pelakon bukan senang sebab kena menghayati watak yang dorang kena bawak tu supaya kalau orang tengok baru la bley feeling-feeling.

ok la. cukup la aku membebel untuk hari ni. take care!

No comments: