Tuesday, April 12, 2011

segmen : blogger di zaman sekolah!

hi. hari ni nak join segmen blogger di zaman sekolah by Mr. Vampire, sebab dia rajin jenguk-jenguk blog saya, so sebagai balasan nah la seketul cerita dari zaman sekolah saya yang otai la jugak.kehkeh.


kalau berminat nak join boleh klik sini. bila-bila pon boleh join sebab Mr.Vampire takde letak due date.

jom start~

syarat2 nak join :


1-amik banner di atas dan link kan ke entry ni. (done)

2-ada belog. siapa takde belog, sah2 kapak korang tak boleh join. 
(ade blog la rajin nak join ni, muahaha)

3-pernah bersekolah di sekolah menengah @ sekolah rendah @ tabika. siapa yang tak pernah pergi sekolah, tak payah nak join. 
(aku tak pegi tabika takpe ke? aku pegi prasekolah je. :P kalau disqualified bagitau ye.kehkeh)

4-semua blogger boleh join, takde had limit umur. asalkan korang penuhi syarat nombor 3.

(selamat takde limit,malu la kalau orang tau aku da tua. muahaha :P)

5-sila jawab soalan2 cepu emas berikut. 
(kalau jawab, dapat cepu emas ke hah? hehehe)


:: nama kelas anda. yang dah habis sekolah, nama kelas masa form 5. yang masih sekolah, bagi tahu nama kelas korang.

emm.. kelas dekat U skunk ni 21A, sebab kos aku ni fixed je class dia so aku bagitau la ye.hahaa.. masa form5 nama clas aku 5 abrar, ni clas budak-budak akaun, memandangkan waktu tu hanya ada 3 kelas je untuk form5 kat sekolah aku, maka ni kira class last kalau nak compare dengan lagi 2 class iaitu class science. kelas aku ni selalu di diskriminasi dan di anak tirikan. tapi ofcos la aku sayang clas ni, sebab tak skema macam lagi 2 class tu. hehe.


::kenangan manis semasa di sekolah.
  • bermain mercun di dalam kelas sewaktu di tingkatan 2. muahaha. sume clasmate bengang dengan aku. time main tu tingkap sume tutup, abeh main aku keluar ikut pintu belakang sekali toleh ade plax 2 orang cikgu tengah sembang depan class aku, naya aku. selamat dorang tak perasan.
  • celebrate raya korban sama-sama kat sekolah sampai form3 kot kalau tak silap, sebab lepas tu raya korban dah stat ujung tahun, so tak sempat la nak menumbangkan beberapa ekor lembu. best woh, tengok lembu yang sanggup berkorban di hari raya korban, macam-macam gaya dorang and ade gak yang tak rela dikorbankan sampai hampir terlepas.
  • feel tido dalam class, makan dalam class semua tu pada aku sangat manis.ahah.
  • time form3, aku selalu suruh kawan aku bawak komik untuk aku. hehe. kitorang letak dalam kotak kasut. selamat tak kena rampas. tapi best sebab aku hari-hari pegi baca komik kat sekolah.ahhaa
::kenangan pahit semasa di sekolah.
kenangan pahit macam banyak je.takpe aku pick yang dasyat2 jela.hehe
  • masa form1, aku dihalau duduk kat tempat belakang instead before tu aku duduk kat tengah2 class and tempat tu kira best la. tapi sampai bebila pon aku takkan mengaku aku bersalah and hanya mangsa keadaan. sebab budak sebelah aku tu yang sibuk menceritakan sesuatu kat aku, bila aku baru nak cakap sket cikgu tu terus tuduh aku bersembang dan budak sebelah aku hanya buat tak tau je and takde sape defend aku sebab time tu aku tak berapa ada kawan.as a result, aku dihalau duduk tempat belakang class,betul2 tepi pintu and kad demerit aku diambil disamping cikgu tu simpan punyalah lama sampai berapa kali aku merayu baru dia bagi balik. dan since tu la aku suka tido dalam clas. cikgu tu laki and dia suka kalau budak perempuan bodek2 dia, since aku ni brutal dan tak layan dia, sebab tu dia buat macam2 kat aku. yang penting dia tak kawen lagi and gatal, so aku lebih rela tak baik dengan dia.
  • time form1 jugak disebabkan aku duduk clas depan time tu, budak2 sume skema tak nak kawan dengan aku. 1 day tu ade clas dekat makmal komputer, aku tetido dan aku terjaga bila ada budak clas lain yang gerakkan sebab dia tengok aku sensorang tido dalam class, memang gelabah la sebab dah la tak tau clas kat mana, selamat at last jumpa jugak tempat tu.
  • time form5, aku dengan kawan aku lagi 2 orang kena halau dari clas add math. semua nya sebab cikgu tu ada ajar graf kot, bentuk dia actually mcm bell, tapi instead sebut bell ke U ke, dia memilih untuk guna word "mangkuk". at 1st aku tak kesah pon, pastu kawan aku kat sebelah lagi 2 orang ni, dok gelak-gelak and soh aku dengar betul2 bila dia sebut mangkuk. dan sewaktu dulu aku ni pon mangkuk tingkat juga, coz bila gelak tu tak reti nak stop. so korang bayangkan la lesson hari tu dia dok repeat word "mangkuk' tu banyak kali, mane la aku boleh nak cover gelak. bajet dia tak nampak la, sekali dia terus tanya " yang kat belakang 3 orang tu dok gelak2 ape?" " lawak ke benda yang saya tengah ajar ni or kamu dah pandai sangat?" " kamu sebenarnye gelak ape?". aku nak jawab pon tak jadi tengok dia tengah berasap camtu, yang pasti cikgu ni bab-bab touching kau bagi jela kat dia. dia ingat kitorang gelakkan dia, tu yang hot tu. last tu dia cakap "kamu 3 orang keluar dari clas saya sekarang". mula tu macam berat hati la nak blah pastu dah dia jerit kuat lagi, baik blah jela. malu takyah cakap la. pastu kitorang lepak je kat library sampai abeh clas dia. boleh pulak jumpa sorang ustaz ni kat library tu, dia sah-sah la usha pelik sebab cikgu tu tengah ade dalam clas, kami plax lepak library, mesti dia ingat kitorang ponteng. lantak la, nak buat camne kan.unavoidable event.hehe
::cikgu yang paling korang tak suka! (tak payah mention nama. kang tak pasal2 cikgu korang baca belog korang, tak ke haru! haha) kenapa tak suka cikgu tu!
cikgu aku tak suka ramai je, tapi sebab aku ni jenis orang yang tak simpan dalam hati lama-lama apatah lagi nak berdendam maupon memendam rasa so aku tak kisah sangat la. bukan aku sesaja tak suka dorang, tapi dorang yang selalu buat macam-macam kat aku. haish, sabo jela. sebab tanpa dorang sape la aku.
  • ustazah b.arab time form3, muahaha. sebab dia memang salu pandang aku macam aku ni la manusia yang paling bermasalah dalam sekolah tu. harap je luaran lembut, tapi hati dia agak tak sesuai la untuk orang yang bergelar ustazah. pernah sekali tu dia tengah mengajar and aku nak pegi toilet, aku berdiri depan dia and minta permission nak keluar ,dari guna bahasa melayu sampai la ke bahasa arab. dia boleh buat derk je, pastu adala clasmate aku nak pegi tandas time tu jugak, dia elok je bagi permission. memang sakit hati dan malu la time tu. aku pon duduk jela balik tak jadi nak pegi toilet.
  • cikgu ni pulak adalah cikgu yang halau aku dari clas tadi, dia ni memang ratu tacing. ayat yang aku tak boleh nak lupa bila dia cakap" apa perasaan mak ayah saya pulak kalau tahu kamu buat macam ni kat saya" padahal dia dah kawen and ada anak ok. pasaipa dia nak kena compare kitorang yang di bawah tangunggan mak pak dengan dia yang dah berkahwin aku sampai lani pon tak paham. dulu time form1 dia baek lagi, lepas dah lama kat sekolah tu jadi camtu. dia ni ade rekod budak maki dia guna computer dalam lab comp, dorang ni junior, 3 sekawan tak silap aku, dorang rekod ape yang dorang kutuk cikgu kat dalam sound recorder. cikgu ni dia handle lab comp, so komputer induk yang dia pakai tu boleh cek semua komputer kt dlm lab tu and end up benda tu jadi isu dan dia bertaubat kejap and jadi baik, tapi lepas tu jadi balik perangai asal.
  • penolong kanan sekolah aku, dia ni memang laser tahap melampau. bukan nak kutuk tapi dia tak kawen lagi and dia dah berusia sikit. ape je dia cakap sume nak salahkan student dan cakap kami ni hanya menyusahkan mak pak kitorang. pada pendapat aku ni sebab dia takde anak,so semua benda dia nak take easy je. dia penah panggil aku sebab aku tak pegi clas tambahan, padahal rumah aku jauh and hari tu bapak aku takde so kena balik awal la macam biasa, nak naik bus dulu susah tak macam sekarang.dia cakap aku ni menyusahkan mak pak la apela, padahal mak aku risau,tu yang suruh balik awal. dah la time aku jumpa dia tu, dia boleh pulak sembang dengan orang lain time tengah cakap dengan aku, bila aku nak blah dia sound aku cakap dia tak abeh cakap lagi aku nak blah dah. bila dia dah abeh cakap, boleh pulak tak suruh aku blah, bila aku still berdiri depan dia, dia tanya aku apehal tak blah2 lagi. memang sengal tulang betul la. aish.
::pernah crush dekat someone masa kat sekolah? macam mana boleh tangkap lentok dengan orang tersebut? sebab dia hansem ke, sebab budi bahasa dia ke. kalau boleh, letak sekali nama orang tu! bwahaha.
  • maka, aku nak bagitau la yang aku ni sekolah semua perempuan, since form1 until form5. so bab nak crush2 ni takde la. ahha.
  • dulu time aku form1 and time tu aku duduk asrama, zaman tu semua gila nak adek angkat-kak angkat. ade akak ni dia form 6 and dia ditugaskan guide aku sampai khatam al-quran tapi sebab dia busy maka aku di overtake oleh senior lain. dia penah offer aku jadi adek angkat, dia agak feymes la kat sekolah aku tapi time tu aku budak-budak lagi tak tau yang kalau kau ada kak angkat kehidupan kau akan lebih selamat. bila dia tego aku ke, orang macam wow~ kak An tego budak tu la. alaa, ala-ala korang tengok cerita boys over flower ke, kakak tu ala2 macam group F4 tu la.ahaha.. pastu masa aku macam dah sudi nak jadi adek angkat dia, ade budak cun dan bijak le kan masuk hostel so, macam biasa la orang cantik dan orang feymes seakan ditakdirkan untuk bersama. ade akak tu bagi surat kak budak tu kot, pastu member aku ni dormmate dia, entah camne aku terbaca kot surat tu and kawan aku ni memang backstab hebat sanggup pecah rahsia and bagitau budak tu and akak tu, kata aku ni baca surat tu. aku dikecam la jugak, memang depressed tak yah cerita la time tu, dah la aku still tak bley adapt kehidupan kat hostel. aku pon tak berapa ingat sangat benda ni.haha.
:: gambar kenangan semasa di sekolah. :) boleh letak 3-5 gambar.
  • aku ade henpon pon time nak masuk matric, so activity menangkap gambar ni takdela. aku seniri pon menyesal sebab takde pic kenang-kenangan. T______T
  • sebagai ganti aku letak pic clas kat U time sem 1 dgn kat matric ok. sori.

sem 1 kt U
time matrix
ok tu je. hope tak berpinar mata korang baca panjang-panjang ni. heehee. and meh la aku bersihkan nama aku dulu sebelum korang meninggalkan page ni dengan judge aku sebagai orang yang paling bermasalah macam ustazah aku buat tu. sebenarnya aku kan sekolah perempuan and korang mesti da dapat detect yang aku ni sekolah agama, so apa yang aku buat semua akan nampak jahat dan ganas sebab sekolah tu student dia semua kaki ampu, kalau korang macam aku sah-sah susah nak survive kat sekolah tu. student dia dalam 500 orang je coz sekolah tu dia pick student berdasarkan result UPSR and aku sepatutnya stay kat hostel sebab rumah aku jauh., tapi instead of aku jadi kasim selamat, aku rela ulang alik dari rumah eventhough jauh. achievement student kat situ akan dinilai berdasarkan bahasa arab, even korang dapat straight A untuk semua subjek tapi b.arab korang fail, ranking korang akan turun dengan mendadak dan akan duduk class last. so, memang tarf la. tapi pape pon aku sayang la jugak sekolah tu, kalau la aku tak masuk sekolah tu entah apa je aku buat skunk ni.
ok la,tu je take care.

2 comments:

Nazrul Ashraff said...

bwahahaa.. gila kentang pny stry.. ahaha..beriban panjg..but nice!

Cik Atiqah Shaharin said...

haha.. dh alang2 lme x update. skli update x bley nk stop plax.ahha.