Thursday, April 14, 2011

Inspirasi

hi..
sebelum nak start buat keja tergendala aku dan start belek-belek ape yang nak masuk final isnin ni, aku nak cakap pasal inspirasi.

yeah, inspirasi setiap orang sepatutnya adalah berlainan. inspirasi jugak kadang-kadang relate dengan sape idola kita. kalau korang tanya aku, aku takde la pulak 1 fixed idol yang aku nak follow atau memberikan aku inspirasi. aku lebih suka memandang semua orang dan menginspirasikan diri aku. contohnya, aku baca terfaktab aku sangat adore writers kat situ sebab dorang selalu come out dengan fakta-fakta yang rare, bukan setakat sembang kosong. 

ok, aku bagi contoh orang yang berpengaruh sikit, contohnya mantan perdana menteri kita, Tun Dr. Mahathir. sila lihat dan nilai seniri sepanjang pemerintahan beliau macam mana Malaysia ni dari negara yang orang pon tak tau wujud kat atas bumi ni sampai la seluruh dunia lani dah tau tentang negara kita. aku bagi specific lagi, hari tu aku pegi majlis konvo khas beliau dengan isteri beliau, korang bayangkan di usia dia yang macam tu pon dia mampu bagi speech without text, dan ayat dia bukan la ayat cikai-pasar yang kita dok guna tu. ni ayat baku ok. bukan 5-10 minit dia bagi speech, lama gak tau dekat 30minit kalau tak silap. agak-agak nanti aku tua boleh lagi ke aku nak cakap camtu, skunk ni pon nak presentation kat depan class pon dah macam cicak kobeng. aish

pada aku, inspirasi bukan je datang dari manusia sejagat. inspirasi jugak boleh datang melalui cerita-cerita yang korang tengok, buku, lagu dan macam-macam lagi. kadang-kadang bila aku dengar lagu, ada la beberapa lagu yang aku dengar terus rasa macam nak fikir pasal future dan-dan pegi meja cari note, sebab semangat study datang. baca 2, 3 page tertido plax.eh, bukan nak cite pasal aku malas study. salah genre pulak. hee~

contohnya korang tengok movie macam laskar pelangi, pada aku cerita tu bagus dan memberi semangat untuk kita rajin belajar. sebab dalam cite tu kita dapat lihat camne budak-budak tu kena mengharungi kesusahan sebab nak pegi sekolah. sekolah kalau cun macam sekolah kita pegi tu takpe la jugak, ni oh-mak-ai teruk bebenor. tak rupa sekolah langsung. reban ayam kat msia ni pon standard ade aircond. tapi sebab semangat nak belaja, sekolah tu still bertahan disebabkan semangat student and cikgu-cikgu dia. yang paling aku tak boleh lupa, bila ada 1 student ni rumah dia jauh. so, kalau dia nak pegi sekolah tu memang kena kua awal la and ada 1 tempat tu adalah tempat buaya melepak. so, dia akan tunggu buaya tu sampai abeh melepak supaya dapat continue journey dia nak pegi sekolah. determine gila budak tu. kalau aku memang sah-sah balik uma tido je. heh.

dulu masa sekolah menengah, sekolah aku ni memang ditengah town and dikelilingi rumah-rumah orang kaya yang harga dia hampir juta dan juta-juta. setiap kali aku balik sekolah, aku suka tengok rumah-rumah yang tinggi and cantik tu. aku gak suka tengok kereta yang lalu lalang kat situ. dari aktiviti aku tu, aku ter-inspirasi untuk memiliki rumah and kereta yang mahal-mahal camtu suatu hari nanti.

jadi aku nak tanya la ape inspirasi anda diluar sana?hehe.

2 comments:

idAti mALek said...

inspirasi utk mmiliki laki cm korean ko x letak ke...miahahaha

Cik Atiqah Shaharin said...

hahahah.. perli nampak!