Tuesday, April 5, 2011

My 1st crush #2

sedang si pencerita mengelamun.. beliau teringat saat mula-mula dia perasan dengan kewujudan her 1st crush.

time aku kat Kampung Pisang Tiga Kaki tu (nama kampung adalah rekaan), untuk Program Keluarga Angkat, ada satu hari tu semua tengah gotong-royong memasak dodol. sebab student dan orang-orang kampung sama-sama buat kerja, so kebanyakkan semua kerja dah di cover. sambil-sambil tu dorang buat la aktiviti bagi merapatkan sillaturrahim anak angkat dan keluarga angkat. adala macam-macam permainan tradisional yang kitorang kena participate.

bila keadaan dah makin lengang, aku pon pegi la melepak dekat khemah yang tak berapa ada orang, coz situ khas untuk duduk-duduk je, sementelah member-member aku yang lain dipecahkan ke kampung lain, so aku takde la teman sekaki nak mengumpat, maka aku pon melepak la kat khemah tu sensorang sebab keja dah takde nak buat. time aku syok-syok dok melangut sambil melayan budak-budak kecik tu, dorang pak-cik pak-cik and beberapa student lelaki start la maen takraw. walaupon aku ni takut jugak dihempap bola takraw, sebab duduk dekat sangat dengan kawasan dorang bermain tu, tapi sebab perasaan malas nak berginjak tu menebal dalam hati, aku duduk je situ. dah tempat tu redup-angin pulak sepoi-sepoi bahasa melayu, malas la aku nak cari tempat laen pulak nak lepak, japgi aku nak pegi sambung tolong dorang kacau dodol pulak.

my 1st crush pon tetiba la nak join maen takraw, tapi time tu takde crush-crush lagi aku tengok dia pon dengan sebelah mata je. *sigh* sedang beliau seronok bermain, aku pon tengok la apsal la dia ni maen takraw cover-cover, malu kat aku ke? macam tak mungkin pulak sebab kenal pon tak. setelah aku menilik gaya dia lama-lama baru aku sedar yang bola takraw tu banyak kali terkena poket seluar dia and dalam poket tu ada henpon dia. lepas tu aku tengok la dia keluarkan henpon dia tu, dia tengok aku yang kebetulan straight kat sebelah kanan dia, aku dah agak dah, mesti dia nak suruh aku tolong jaga kan henpon dia. *huh* and penakulan aku tepat sekali, dalam ramai-ramai manusia sejagat kat situ boleh aku jugak dia nak suruh jaga henpon dia. sedar-sedar dia dah ade kat depan aku, sambil sua henpon dia and cakap " tolong jaga jap". 

aku pon malas la nak buat gedik, aku terus je amek henpon dia tanpa banyak soal siasat. kehkeh. dalam hati, side jahat dah kata "dia bagi henpon nak suruh aku tinggal number fon ke?, muahaha".tapi hatiku yang suci , sesuci embun pagi pulak berkata"shh, diam la kau jahat". jadi aku pon berhenti la berfikir secara kreatif dan kritis. tapi kejap je dorang maen, bola tu boleh pulak nak masuk parit depan tu, lepas dia dah pegi berenang kuak lentang amek bola tu dalam parit, dia pon datang and ambik balik henpon dia, seraya berkata " terima kasih".

aku pon tak tau dia ingat tak lagi aku ni penjaga henpon dia dan pernah berbakti pada dia. tapi tula, aku tak boleh terima dia seorang perokok, dan aku rasa tu adalah satu kerugian kepada nusa dan bangsa.

bersambung...............................

4 comments:

The Lady & Mr Vampire said...

lagi!!! haha

Cik Atiqah Shaharin said...

haha..dah nak stop patutnye, tngok la nanti cmne.

Ridwan Sarudin said...

ap ni, bsmbung plak...cm sinetron pn ade.......hahahahaha

Cik Atiqah Shaharin said...

lbey kurg sinetron la.hahaa