Saturday, April 2, 2011

Prolog : My 1st Crush

cerita ni berlaku di sebuah pusat pengajian tinggi di Malaysia (tak cukup bajet nak pegi oversea). cerita ni tidak melibatkan dialog dengan orang lain sebab dia macam ape yang pencerita tu coret dalam diari dia je. pencerita adalah seorang student sepenuh masa yang sedang menunggu ijazah sarjana muda beliau. lumrah alam, dunia maupon manusia sejagat la nak crush-crush ni. so, ni adala apa yang terbuku kat hati beliau masa hati, limpa,ginjal dan semua organ dalam badan time tengah cuba adapt persekitaran kat U.

cerita bermula...........

Jumaat,  28/09/ 20XX

aku baru sampai kat hostel. tadi aku ada mid sem exam untuk paper PRINCIPLE OF ACCOUNTING. tadi masa aku nak pegi exam, ofcos la macam biasa aku naik bus yang U sedia, and aku memilih untuk duduk dekat seat belakang sekali dengan member aku. pastu ada la, boys datang ramai-ramai and duduk dekat area-area belakang tu jugak. aku macam biasa je, buat derk tak layan, sebab ofcos la aku tak kenal dorang buat pe nak sibuk. so, aku pon terus je borak-borak dengan member aku kat sebelah, tiba-tiba aku dengar la ada sorang budak tu cakap " wey, baek-baek kang terkena muka orang". aku pon terkesima and tengok la kerusi kat depan aku tu hampir-hampir terkena muka aku.

aku pon cepat-cepat la injak ke belakang and bersandar. pastu aku tengok la sape la yang sibuk sangat nak adjus kusi segala. "eyh, mamat yang aku suka tula, dia la yang dok adjus-adjus kusi tu," aku berkata di dalam hati. actually, mamat yang kat sebelah dia tu yang dok adjus kusi, pastu dia pon sibuk nak join. masa dia dok sibuk meng-adjus kusi tu, dia pon tanya aku, "ok tak takat ni?". aku pon konon-konon dah kenal lama terus je jawab, "ok kot takat ni" sambil tolong tahankan belakang kusi tu. boleh plax dia sambung lagi tanya "belakang lagi boleh tak?" sambil muka selamba nak menduga aku. aku pon terus jawab " hey, ni dah melampau". dia boleh plax ketawa riang ria cornflakes dengan member dia sebab berjaya membuat aku bengang. aku pon seronok la tengok dia hepi, sebab lama dah tak nampak dia.

bak kata pepatah, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. kami pon tiba ke tempat untuk exam tu.

masuk je exam, as usual kitorang boleh duduk randomly suka hati, pastu dia amek seat yang depan kekiri dari seat aku, macam biasa aku plax suka duduk belakang-belakang. tapi sebab nervous nak exam so, tak kesah la dengan dia lagipon dia duduk dengan girls mane ntah and one of them adalah orang yang sengal kutuk aku dulu, jadi aku pon takde hati la nak ushar dia. tapi jeles plax tengok dia baek giler dengan budak-budak tu. *damn*. 

 lebih kurang sejam lebih lepas tu, dia dah hantar kertas dia and tinggalkan bilik exam so, aku pon tengok jela dia berlalu pergi dengan harapan akan bertembung lagi dengan dia lepas ni.

bersambung...............

3 comments:

The Lady & Mr Vampire said...

suka la cer ni.. nnti kasi link kat belog saya ye klo ada part 2..tw, tw :D

takut t'lepas pulak..heh

Cik Atiqah Shaharin said...
This comment has been removed by the author.
Cik Atiqah Shaharin said...

thanx sbb suka. cite ni akn continue dlm 12 entri lg rasanya tnpa ade interuption dri mnne2 entri laen. (: