Sunday, April 17, 2011

Adakah Aku dah TUA?

hi.
aku online kejap je sebab nak print slip exam. nak exam esok, baru tadi teringat yang slip exam aku tak print lagi. fuhh~  selamat ingat tadi, kalau ingat esok? gila tak masuk exam la aku.

jadi aku pon dah alang-alang on laptop ni terus la ushar fesbuk dan belog ni hah. bukak fesbuk tengok ade 3 notifications je. salah satu dari notification tu adalah jemputan kawen classmate aku time sekolah menengah dulu. wah~ dah 2 orang jemput aku pegi kenuri kawen dorang. yang sorang tu dah nak deliver dah lebih kurang sebulan lagi. hari tu pon ade yang dah bertunang. 

tiba-tiba aku rasa aku macam dah tua pulak. ramai je yang dah meneruskan fasa kehidupan ke peringkat seterusnya. aku ni dok bajet muda lagi, dok enjoy baca komik la, layan drama korea la, tah pape tak matured langsung. kalau pikir umur aku dah dengar bunyi puluh-puluh ni rasa sedih pulak, sebab rasa dah tua. jadi aku malas la nak pikir sangat, aku nak enjoy dulu la.haha..

ok tu jela. bye. take care! 

2 comments:

puteraduyong said...

biar tua pada usia...hati tetap selamanya muda... :)

Cik Atiqah Shaharin said...

yup.thats rite.