Saturday, April 16, 2011

aku benci study week!

hi.
korang tau tak dalam banyak-banyak rutin harian sebagai student, rutin harian untuk study la paling aku tak boleh nak adapt. aku ni memang jenis orang yang tak study hari-hari, tunggu nak exam baru terhegeh-hegeh nak study last minit sampai tak nak tido. ikhlas cakap, memang la orang kat luar sana akan cakap orang macam aku ni pemalas, yeah aku except la korang nak cakap aku malas. tapi bukan aku tak try nak study macam orang lain, aku dah try dah and end up dia aku tertido macam tu je.

aku ni memang jenis suka lepak atas katil except kat rumah la. perangai ni menjadi-jadi since aku duduk kat hostel beberapa tahun yang lalu. ni aku online pon atas katil. kalau duduk kat meja tu lagi la konsentrasi aku terganggu, dari tujuan asal nak study terus jadi kemas meja la, makan la, aish macam-macam la aku nak buat lagi. kalau strict sikit, baca je buku ke note ke, aku akan end up dengan tertido. ye, tertido kat meja. kalau atas katil kurang-kurang aku tido kejap la secara efficient, tapi kalau kat meja tido lama tapi tak efficient sebab aku bab tido kat meja ni memang terer. hahah..

jadi orang malas nak study macam aku ni memang la tak suka study week, sebab study week akan menjadi minggu yang paling letih dalam sejarah hidup walaupon aku tak keluar rumah langsung untuk 1 minggu tu, kalau keluar pon pegi beli makan jap. sebab apa aku cakap letih? yela, aku rasa kalau aku dok spend masa aku baca buku and note, otak aku akan cepat letih dan akan tido dalam kuantiti yang lebih dari hari-hari biasa selain hari di minggu study week. bila bangun tido baca note balik akan membuat aku rasa lagi nak tido. jadi kalau dah asyik tido je mana la tak letih.

tapi bila tengok housemate and classmate aku yang study tak henti-henti, sesak gak jiwa aku bila terkenang yang aku tak study lagi. dan-dan la terpikir nanti exam nak mengarut apa, kalau ada idea takpe la jugak. takut gak jadi macam paper b.arab tinggi aku yang aku hanya paham sepatah dua arahan dia dan tak tau nak elaborate ayat untuk buat esei 180 patah perkataan. sengsara gila time tu.

maka, aku kena la tanamkan tekad dan nekad kena study jugak sebab tula tanggungjawab aku sebagai student. merungut banyak-banyak pon buang masa kalau aku sendiri tak take action and buat perubahan. sempena ramai yang akan menghadapi ataupon sedang menghadapi final exam, aku nak wish all da best untuk korang. aku lebih suka wish all da best sebab ayat ni menyeru korang buat yang terbaik, dari good luck yang macam kau refer dekat luck orang tu, kot la dia malang hari tu, takkan exam dia pon nak hancus jugak.

ok la, bye. nak pi study. T__________T   tcare!



No comments: