Sunday, April 3, 2011

My 1st Crush #1

kejadian berlaku pada hari yang sama dengan Prolog : My 1st Crush

lepas habis je jawab paper tu, aku dengan member aku pon keluar la dari bilik exam tu. kat luar ofcos la dah lengang sebab tadi ramai je yang keluar awal, mesti dorang dah balik. sambil aku dok ternganga-nganga kat depan pagar tu, aku adala nampak sekumpulan budak-budak lelaki yang busy menghisap rokok. kawan-kawan aku ape lagi sume menyuarakan ketidakpuasan hati la, macam biasa mane ada pompuan suka kalau paru-paru dorang dicemari asap rokok dan tak semena-mena jadi perokok pasif. aku pon tak suka jugak, so aku pon join gak la mengutuk manusia-manusia tu.

time dok seronok mengutuk tu aku terperasan yang mamat tu pon ada sekali dalam group tu, dia tengah syok berketawa riang gembira dengan member-member dia. dalam hati ni, nak kutuk pon tak jadi, kot-kot la dia pon dok hisap rokok gak. tapi sayang la, muka dah kacak tapi hisap rokok plax. pastu aku pon buat derk jela, lumrah alam la zaman-zaman sekarang ni lelaki sume nak hisap rokok. standard kot. kitorang pon gerak la nak pegi naek bus. kejap lepas tu bus dah penuh. pastu aku nampak dia naek bus, dan secara kebetulannya dia berdiri sebelah aku. *damn* dah seat sume penuh so dia kena berdiri la and boleh la pulak kan sebelah aku plax dia nak berdiri. walaupon aku rasa hepi, aku seniri pon tak paham kenapa la aku nak kena hepi. dasar giler.

haha.. pastu dia bersandar la kat tepi kerusi aku. bila bus start jalan boleh pulak kerusi tu tak stabil berhenjut-henjut macam buaian, patut la takde orang duduk kat kerusi tu tadi. aish. dia plax boleh bantai gelak and tanya aku "tak selesa ke?". *damn lg sekali*  blushing pe muka aku time tu. tapi aku pon control je dengan muka pecah rumah, reply kat dia "takpela, biasa je". lepas tu dia ada tanya lagi " best ke, ade orang tolong dodoikan?" sambil gelak-gelak. aku ni sambil buat selamba terus je jawab " ok gak la" sambil gelak-gelak gak, boleh pulak dia sambil-sambil tu berselawat macam nak dodoikan budak kecik *ah, so sweet*. selalu nye kejap je dah sampai hostel, ni lama la pulak. sempat lagi dia tanya aku, "benda tu untuk ape?" sambil tunjuk dekat benda yang untuk adjus kan seat ke depan or belakang. aku pon terus jawab " benda tu untuk main. cuba la tarik tengok orang belakang marah tak?" dia pon boleh je terus gelak dengan member dia.sebab jalan pon tak rata dan kerusi tu makin buat hal dia pon kesian kat aku agaknya, terus tak bersandar dah. 

sebab malam, so kawasan tu sume gelap. pak cik bus pulak pasang lampu dalam bus, so memang boleh nampak la dia dari cermin bus tu. dengar la kawan dia dok tanya sambil tunjuk dekat aku, sama ada aku ni budak kelas dia ke? ofcos la aku bukan budak kelas dia, kalau tak mesti dah kenal, jawapan aku dan dia sama dengan apa yang dia bagitau kawan dia. lepas tu sempat lagi dia tengok stitches kat belakang jaket aku. pastu bagitau kawan dia, yang aku sama kos dengan dia. dorang pon borak-borak lepas tu. tiba-tiba dia tanya aku pasal stitches nama kat jaket aku tu buat kat mana. aku pon cakap la student mall. dekat 3 kali aku repeat baru dia dengar, padahal aku rasa suara aku kuat je. last tu dia tundukkan kepala dia dekat dengan kepala aku baru dia dengar. lepas tu dia tanya lagi pasal harga nak buat benda tu, aku ofcos la tak ingat so aku tanya member aku kat sebelah, member aku laju je bagitau RM15.

dia boleh pulak tanya kalau nak stitch nombor matrik sekali boleh tak, alasan dia sebab dia selalu terlupa dengan nombor matrix dia. macam-macam la dia mengarut dengan member dia, siap cakap nanti ada anak nak tulis pasal info kot-kot anak dia hilang orang boleh anta balik. baru la aku tau dia ni style mengarut jugak, nampak je muka brutal lagi strict.

masa memang selalu mencemburui aku, sedar-sedar dah sampai hostel. dia dengan kejam dah gah nya berkata "takde ah, man first" terus blah dulu tak nak bagi laluan kat girls. aku pon tengok jela dia berlalu pergi, I hope that, I can meet him again next time (:

bersambung....................................


2 comments:

The Lady & Mr Vampire said...

hahah.. gatal gila punya ayat..np x d dialog ea?
hee

oh, lp plak..sy kadg2 x prasan klo org ltak link kat shoutbox tu =,='

haha

Cik Atiqah Shaharin said...

ahha.. ayt mne yg gatal?
dialog xde sbb basically bnda ni ape yg di renovate dari dlm diari.
xpe laen kli sy komen je tros kt latest entri.
thaxn sbb bc (: