Saturday, February 26, 2011

masihkah wujudkah lelaki gentleman

hi, wassup.
hari ni  nak cakap pasal topik masih wujudkah lelaki gentleman. kalau tanya aku, aku jawab tak. haha.. aku rasa spesies ni sume dah tak wujud. kalau ada pon, mungkin takde la ketara ala-ala drama korea bila aku tengok je mesti nak cakap 'OMG, giler ah laki ni, dah la suweettt pastu hensem pastu gentleman" berapa banyak la pastu kann nak keluar setiap kali tengok cite korea. kehkeh. benda camtu mungkin wujud dalam drama maupon muvi je. realiti? mana ada lagi. dolu-dolu orang cakap pape pon pompuan la dulu kan? skunk aku dengar laki kat U aku ni cakap men first. pada aku yang tu dah konpem-konpem tak gentleman. 
alkisahnya semalam, aku balik exam. selalu berhenti je bus tu, aku dengan member aku ni akan keluar awal la, pastu jalan laju-laju sebab tempat bus hostel kitorang jaraknya agak jauh la dengan hostel. tup-tup semalam naek dengan dak-dak 1st year yang over-over tu so sebagai senior yang berhemah aku sempat tido-tido ayam dulu sementara tunggu budak-budak tu sume turun. aku dengan member aku ni pon jadi orang yang terakhir turun. ada la budak laki sorang ni, member dia dah jalan kat depan, aku tak tau kenapa dia slowdown je macam nak bagi kitorang jalan dulu. jalan situ memang la gelap disamping agak berhutan, so sebab dia jalan kemut-kemut, kawan dia yang kat depan pon slow gak. kiranya kitorang jalan kat depan dorang dua la. 
aku terpikir gak, adakah mamat ni risau kami dua orang pompuan jalan kat belakang or dia nak amek kesempatan usha belakang kitorang. sambil jalan tu aku pikir-pikir gak la isu ni, nak kata aku ngan member aku ni sexyback, macam tak mungkin, sebab kitorang ni dah la pakai jaket U yang macam pekerja kilang tu, sexyback mende nye. mamat tu selama ni aku kategorikan dalam 'mat rempit' punya grup, bukan sebab aku nampak dia merempit, cuma dia macam budak-budak yang problem sket. 
berbalik kepada tajuk entri aku, kehkeh. adakah budak tu diklasifikasikan sebagai gentlemen? atau pon cuma mengambil kesempatan terhadap keadaan tersebut. pape pon kalau niat dia baek, moga ALLAH membalasnya dengan ganjaran yang baek. kalau jahat, tu pon urusan dia dengan ALLAH gak. jadi marilah kita sentiasa bersangka baek sesama kita. mari-mari.
ok, tu je. take care!!

2 comments:

sang kelembai said...

mungkin jgk kedua 2nye....
huhuhuhu

Cik Atiqah Shaharin said...

aiyaa~, klo cmtu. sah2 aku ptot tkot skunk ni.