Tuesday, February 22, 2011

aku masih busy.

kau tau maksud busy? sibuk menyibuk sume sekali la combo-pack kan. this week je aku ada 3 paper untuk mid sem, dah la subjek mencabar keteguhan iman untuk mengganggu rakan-rakan lain bagi bertanyakan soalan yang blank kosong padan muka aku suka study last minit. sambil terhendap-hendap gaya biawak di tepi longkang untuk memastikan diri terlepas dari mata helang yang tajam boleh detect kau sokseh dengan kawan depan belakang kiri kanan, tambah-tambah bila seronok nak dapat hint atau jawapan tiba-tiba kau sedar yang ada mata tertancap ke kepala kau yang terjenguk-jenguk sana-sini. sudah, naya aku.
mari ke point yang lain, cukup la menceritakan perangai kau yang sangat elok dan ramai orang teringin nak ikot kau buat. 
disebabkan busy, so nak update pon tak sempat. ah, sesal sekali rasanya bila hati rasa banyak nak cerita, tapi tak sempat nak luahkan kat blog usang aku ni. aku dah mula bosan melihat blog aku yang tak berapa nak santai aku rasa. korang rasa ape? mesti borink kan tengok corak yang sama setiap kali singgah ke sini. tula aku dah plan nak membaharukan blog aku nih, tapi dah busy ni, bukan setakat nak tukar pape perabot kat blog ni, nak buat entri menarik tertarik pon tak sempat. tula, dulu kecik-kecik masa nyanyi lagu ' Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara' tak nak paham betul maksud tersirat mahupon tersurat, kalau tak mesti tak jadi camni. nak menyesal pon dah tak guna sebab umur dah menginjak ke bunyi puluh. takpe la, next time andai masih ada masa yang boleh aku bunuh, akan ku bunuh dengan efisen. 
ok, thats all untuk hari ni. take care ye.

No comments: