Tuesday, May 31, 2011

Tips Meneruskan Kelangsungan Hidup (Move on)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

di kelapangan yang ada ni aku nak kongsi la dengan kalian (ade ke orang yang nak baca?), bagaimana kita nak meneruskan kelangsungan hidup dan mengelakkan kita still stay dekat situasi tu dan terus makan hati.

disebabkan aku sendiri ya rakan-rakan, pernah menempuhinya so jangan exclaim dan terus judge aku bajet doctor cinta dan buat-buat terer pasal percintaan sebab ni base on my experience.* aku penampo gak kang

kalau korang ada ni *crush*(sila klik untuk penerangan selanjutnya), dan korang rasa why not korang confess je kat dia, mana nak tau mungkin korang dengan dia ada jodoh ke, kalau mintak nasihat aku, aku cakap "YA!" dengan capital letter dan tanda seru untuk korang terus proceed. apa faedah menunggu bulan jatuh ke riba  sebab zaman sekarang ni semua orang guna concept "early bird get the worm" walaupon yang korang nak dapat tu bukan la worm, mungkin awek/pakwe hensem *barangkali*.

yang perenggan atas ni khas untuk sape yang ade crush- secret admirer ni je. tapi kalau korang tak berani, aku sarankan tak payah, just terus la crush dia tu diam-diam. sebab kalau kau orang confess pon kebarangkalian nak direject adalah sangat tinggi. jadi yang part ni khas untuk orang yang berani je, macam orang yang berani buat bungee jump tu ok! yang tahap keberanian dia hanyalah pada kadar medium mahupun  sejengkal dua je, aku sarankan kau duduk diam-diam kat situ dan tengok je. pesanan ni bukan untuk korang je tapi untuk orang yang sedang mengarut ni jugak.

ok, meh kita proceed ke next situation. situasi yang aku nak cakap kali ni adalah apabila kawan korang tu, bukan kawan aku ye, ada bagi hint, tak pun ape segala janji manis, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang semua kat korang. tapi dia tak declare pape pon dengan korang, ape ni orang kata "teman tapi mesra" ah, yang tu le tu. 

korang hidup-mati ingat dalam hati dia ada tempat special untuk korang. tapi apsal la dia ni tak declare-declare lagi, tunggu punya tunggu saban hari makan hati. ah, part ni yang tak best ni, bila kita hari-hari makan hati dia pulak seronok je makan isi, aku maksudkan hati ayam dan ayam part isi ye, bukan menggalakkan cannibalism. mana adil macam tu! nak kata dia tak layan kita macam kawan-kawan lain, tak pulak. terlebih dari lain, ye ada. maka, kalau tak nak berteka-teki apa kata korang confess je kat dia. mana tau dia pon sebenarnya ada hati kat korang.

andai kata korang di dumped la, takpe sekurang-kurangnya korang dah try. TAHNIAH! aku ucapkan pada sape yang berani tu. kalau nak bersedih, bersedih la kejap jangan lama-lama pulak sebab korang sebenarnya dah lepas dari sesi makan hati. maka boleh teruskan hidup tanpa apa-apa kegusaran dan ketidakpastian. tapi tak semua berani nak confess, especially bila korang akan jumpa orang tu tiap-tiap hari. tapi kalau yang jumpa tiap-tiap hari ni pon kalau korang rasa ianya takkan effect pape kepada persahabatan korang, ok la. tapi kalau sebaliknya, aku sarankan tak payah la. tapi korang jangan terlalu berharap ok!

ok tu je aku nak kongsi, mana yang buruk tu semua aku mengarut, sori ye. so selamat mencuba ye. 

seeya, tcare!


2 comments:

cahaya izzaty said...

yeah!! atleast wa berani nak ngaku kt adik pen.. wkaka

Cik Atiqah Shaharin said...

haha..cmtu ah.kn bgos.hehe. tgk skunk kn dh hepi ngn pohmi.hehe