Sunday, May 1, 2011

My 1st Crush #4

muahahaha.. *gelak sambil letak kaki sebelah kat katil supaya nampak macam lanun baru jumpa harta karun*

masa aku baru balik pasar pagi tadi, aku lepak dulu bawah blok sambil usha-usha orang, cari bahan nak buat ketupat (mengumpat). bawah blok ni lagi la teramat clear kalau aku nak tengok my 1st crush yang macam channing tatum tu.hahahha... sambil mulut sembang kencang mata meliar tengok orang yang tengah berjalan pegi and balik dari pasar, mana la tau tuah ayam nampak di kaki, tuah aku nampak my 1st crush bukan setakat dengan kepala aku je tapi termasuk la kepala lutut yang saja aku halakan ke arah jalan. usha punya usha, huh~ ibarat menunggu bintang jatuh ke riba baik aku pegi beli honey star kat kedai lagi bagus, bayang-bayang my 1st crush pon tak nampak, sangat sia-sia usaha aku.

tapi takpe la, at least aku dah confirmkan sape si mamat yang si farhana cakap semalam. nama dia bukan "farys", nama dia firas rupanya. time program hari tu, dia satu kampung dengan aku jugak. kenal je aku dengan budak tu, nama dia alif firas. hahhaa... kebenaran dah aku temui, apa lagi yang aku harap kan? at least tau jugak la orang yang si farhana sembang kencang semalam adalah orang yang berlainan dari orang yang aku cakapkan.

"weh, budak yang hang cakap tu rambut cam channing tatum masa dia belakon dalam she's the man dengan amanda bynes ke?" tanya si farhana tiba-tiba. "ha'ah, camtu la dia, gaya pon lebih kurang cam channing tatum, nampak cool je" dengan bangga, aku balas ayat farhana. " oh, kalau yang tu, aku rasa aku kenal la" jawab farhana dengan muka selamba. aku terus la mengelamun, mana la my 1st crush ni, takkan kawan dengan senior kot, payah gila nak terserempak padahal 1 batch. apehal la. salu lepak dengan geng-geng pengakap je, ke dia ni kera sumbang tak kawan dengan orang lain. haish, semak otak aku macam ni, kena cari gak sape la dia ni, oh my 1st crush akan ku jejaki dirimu!

3 comments:

Inche Vampire said...

jajajaja..chaning tatum tu. haha..ada termasuk senarai top 15 sexiest guy 2010 tu.

Hidaya Sarbini said...

wei aku follow story nie..cepat smbung..!

Cik Atiqah Shaharin said...

inche vamp: yep, ade tgk entri tu.hehe

daya: haha..yela, tgu jela nt aku apdet.haha