Monday, May 30, 2011

Sempena Hari Lahir Kau, Aku Menulis Entri NI.

semalam, tepat jam 12, handset lama yang tak berapa nak lama iaitu handset touch screen yang aku turunkan dekat adik aku, bernyanyi gembira menandakan ada orang di kalangan kenalanku menyambut ulangtahun kelahiran. selalunya ritual setiap tahun aku adalah, menge-wish besday kenalan-kenalan tepat jam 12am hari lahir dia orang. maka, sejak terwujudnya Facebook dan aku mempunyai akaun sendiri, ritual ini secara tidak langsung terhenti ditambah pula dengan aktiviti menukar handset yang lebih sesuai dengan selera aku saban semester, menyebabkan aku tak sedar yang hari lahir korang telah tiba.

ya, aku dulu seorang manusia yang terlampau sensitif dengan semua benda termasuk la hari-hari penting. sejak aku hidup berkelana luar dari kawasan dan zon selesa aku, aku mula menjadi kurang sensitif. kekurangan sensitiviti aku menyebabkan kadang kala aku terlupa juga nak menge-wish besday ahli-ahli keluarga aku. mana taknya, besday sendiri pon aku hampir lupakan, tambah-tambahan bila semester lepas aku menghabiskan hari lahir aku di dalam gelap seorang diri.

semalam hati aku memaksa aku menge-wish kau seperti  saban tahun yang lalu. manakala otak ku ligat berfikir ketidakharusan aku mengikut nafsu hati. "barang lama, tinggal-tinggalkan ajela, tak perlu nak kenang-kenang". "kalau aku tak wish, satgi dia ingat aku frust tak abeh, mana boleh macam tu". "ala, buat-buat lupa jela, dia pon bru 1st time wish besday aku last year, mane boleh compare dengan aku yang ingat and wish besday dia tiap-tiap tahun".
 akhirnya aku tertido dan tak wish dekat engkau. ya, engkau la.

tapi pagi tadi aku berlagak cool dan aku send mesej dekat kau, rancangan asal nak wish kat FB je, tapi takpe aku je yang bersalah dekat kau, tapi kau tidak*mungkin*. walaupon hakikatnya kau yang menghidangkan aku dengan kemanisan alat music kau, beria-ria kau menghantar voice sms nak menunjuk kau pandai main gitar. terjaga pada waktu malam pandai kau cari henset yang kau kata buruk sampai tak boleh nak reply mesej aku, tapi time tu boleh guna untuk miscall aku dan mesej sampai kau tido balik. tu semua cerita lama, yang kau satu pon tak ingat, aku je terhegeh-hegeh mengingat.

tadi aku nampak kau cakap kau frust(sebenarnye tulis kat FB je). pastu akak kau cakap kesian kau kecewa di hari lahir kau. dalam hati aku, padan muka kau, kalau kau rasa apa yang aku rasa time aku kecewa dulu. ya, memang aku tak hebat macam kau, tapi kau ingat dengan cara kau melayan anak-anak gadis diluar sana dengan perkara manis tu adalah biasa-biasa saja pada kau, tapi sebenarnya tidak untuk orang yang macam aku.

maka, selamat hari lahir. apehal aku nak emo, aku pon tak tau. siap guna ayat baku lagi. bukan salah kau, apatah lagi aku. mungkin salah zaman canggih sebab terwujud telefon bimbit untuk berhubung dengan orang-orang tak berapa tersayang.

No comments: