Monday, May 30, 2011

BLUR TAHAP TAK BOLEH NAK HANDLE LAGI!

korang penah tak rasa macam mana *blur sampai tahap korang rasa tak boleh nak handle lagi ke-blur-an korang*? penah tak rasa? kalau tak penah bagus ah hidup korang, boleh masuk dalam kategori smooth lagi tu.

ya, aku sedang berada di tempat kerja. stuck dengan kerja yang aku sendiri cari dan aku tak tahu nak buat macam mana. setiap hari, sejak hari pertama aku praktikal sini, aku dihidangkan dengan pelbagai kerja tanpa henti. bukan nak merungut sebab aku faham yang aku dah diberi amanah untuk handle bahagian account company. kau orang ingat senang ke nak main dengan duit. dah la since aku tinggalkan subjek account ni sejak sem 2 banyak benda yang aku dah lupa. teruk kau orang tau.

akak yang selalu handle aku tu, hari ni bercuti. selalunya, dia yang akan bagi arahan untuk aku buat apa dan apa selain benda yang aku memang wajib buat la kan. maka, pada hari jumaat hari tu dia dah bagi keje kat aku, dia expect untuk aku key in data adalah dengan kadar yang lembab mungkin. padahal dia tak tau aku ni style kalau ade keje nak bagi habis cepat-cepat tak mau drag lelama. so, dia expect aku buat keje tu sampai hari isnin ni. maka kau orang dah nampak tak kewajaran di situ bila aku masih boleh online sesuka hati pastu sambung buat keja pon keja tu dah nak abeh.

aku pon dengan ringan  mulutnya bertanya "akak, ada keje lagi tak untuk saya. akak kan cuti hari isnin ni, baik akak bagi keje siap-siap kat saya". hamek kau.. padah mulut buat rajin, dia pon tunjuk la kat aku nak kena buat apa untuk hari ni  and benda ni serius cakap, susah la buat aku sebab kena refer sana sini. apa korang expect bila orang bagi pesan kat korang benda yang kena buat dengan serius and semua yang  korang buat tu bergantung kepada pemahaman korang, dah la pesanan tu jumaat yang lepas. see, correlation jalan cerita aku dengan tajuk entri aku kali ni.

dan yang paling tak boleh blah, aku dah start rasa macam di awangan, nak muntah, cirit birit sume ade. huhu..tensi.

p/s: kalau tak cukup hebat, silalah jangan berlagak hebat dengan meminta kerja berlebihan. =.=". padan muka aku.*sigh* aku on9 macam org giler kat ofis. dosa ni, dosa!

ok,seeya. tcare!

No comments: