Thursday, May 20, 2010

kenapa orang panggil saya bumi~



kali ni, aku nak cerita macam mane aku boleh dapat panggilan bumi. mesti ramai yang pelik kan? yela, nama aku takde kena mengena dgn panggilan bumi tu pun. nak cakap sebab aku orang bumi, orang lain pon hidup, bernafas dan melakukan aktiviti lain kat bumi ni gak kan~..hmm..tak payah nak confuse2. meh sini aku nak cite.hehe
MySpace

tersebut la kisah ketika aku berada di matrik. aku yang tak terer math ni, tak menonjol la kat dalam kelas. setiap kali kelas math, aku akan dok diam2 je. kadang2 tu sampai tertidorMySpace ..hehe

lecturer math aku untuk sem satu sesi 08/09 ada dua orang. yang 1st punya lecturer adalah PUAN....(aku tak ingat dah nama dia). puan ni, beliau ajar bagos cakap pon lembut je. tapi almaklumlah beliau ni ketua unit math, jadi ke'busy'an beliau adalah sangat tak dapat dielakkan. jadi lepas beberapa ketika tempat beliau diganti dengan orang yang bagi aku nama bumi nih iaitu ENCIK MAHFUZ.

time mula2 dia masuk class, aku memang tak senang duduk la, apatah lagi nak tido dalam kelas.huh~.MySpace stress aku dibuatnya. yela, aku jarang2 nak siapkan tutorial.tapi memang time mula2 tu dia ugut macam2 kepada mana2 manusia yang berani masuk kelas dia dengan tak siapkan tutorial tu..aku pon rajin2 la meniru tutor orang lain untuk full kan tutorial aku yang tak siap tu.

bila dah beberapa sekian lama, emm..tak la lama sangat. ala2 aku dah berani nak menjawab soalan dia setiap kali dia cakap kat depan, sama la dengan tahap satu kelas dah start berani tak siapkan tutor2 tersebut. dia pon dah rajin bercerita itu ini disamping sangat memahami kemalasan melampau yang telah melanda kami sekelas. tak semena-mena dia jadi kamcing dengan kami.

satu hari dia pon menyatakan kekesalan beliau kerana telah bagi muka sangat dgn kami, sampai setiap jawapan tutorial, semua kami sental cakap tak reti nak buat.heheh~MySpace dia pon cakap laa, lebih kurang camni "saya pon tak paham dengan student2 bumiputera nih, selalu je tak siap buat tutorial, cuba tengok yg non bumi, dorang selalu je siap tutor sebelum masuk kelas".

aku yang sedang2 mengantok dgn selamba badak (badak pon x seselamba aku)MySpace menjawab ayat dia tu.."dia orang non bumi en. mahfuz mana nak sama dengan kami, orang bumi". bajet2 aku macam nak lawak2 je, tetiba dia kata "oh, hang orang bumi la ek, depa bukan orang bumi la..oo~".

since saat tu setiap kali dia masok kelas, dia suka panggil aku jawab soalan kat whiteboard. dah la panggil aku bumi. since tu gak lagi classmate aku pon panggil aku BUMI, BUM laa..ada je.MySpace mula2 rasa macam sengal je, tapi lama2 best gak pe..ahhaha~

macam tu la alkisahnya aku mendapat nama tersebut. tak sepasal terkamcing plak dengan lecturer dan menyebabkan aktiviti aku nak tido tergendala,huh.MySpace tapi best la. aku sangat suka nama tu. dah lama tak dengar orang panggil aku dengan nama tu. rindu sesangat!!

TTFN~MySpace

2 comments:

qyme.fuz said...

encik mahfuz KMPP.
was my best friend.
aneway, batch tahun?

atiqah said...

batch 08/09.