
kali ni, aku nak cerita macam mane aku boleh dapat panggilan bumi. mesti ramai yang pelik kan? yela, nama aku takde kena mengena dgn panggilan bumi tu pun. nak cakap sebab aku orang bumi, orang lain pon hidup, bernafas dan melakukan aktiviti lain kat bumi ni gak kan~..hmm..tak payah nak confuse2. meh sini aku nak cite.hehe

tersebut la kisah ketika aku berada di matrik. aku yang tak terer math ni, tak menonjol la kat dalam kelas. setiap kali kelas math, aku akan dok diam2 je. kadang2 tu sampai tertidor

lecturer math aku untuk sem satu sesi 08/09 ada dua orang. yang 1st punya lecturer adalah PUAN....(aku tak ingat dah nama dia). puan ni, beliau ajar bagos cakap pon lembut je. tapi almaklumlah beliau ni ketua unit math, jadi ke'busy'an beliau adalah sangat tak dapat dielakkan. jadi lepas beberapa ketika tempat beliau diganti dengan orang yang bagi aku nama bumi nih iaitu ENCIK MAHFUZ.
time mula2 dia masuk class, aku memang tak senang duduk la, apatah lagi nak tido dalam kelas.huh~.

bila dah beberapa sekian lama, emm..tak la lama sangat. ala2 aku dah berani nak menjawab soalan dia setiap kali dia cakap kat depan, sama la dengan tahap satu kelas dah start berani tak siapkan tutor2 tersebut. dia pon dah rajin bercerita itu ini disamping sangat memahami kemalasan melampau yang telah melanda kami sekelas. tak semena-mena dia jadi kamcing dengan kami.
satu hari dia pon menyatakan kekesalan beliau kerana telah bagi muka sangat dgn kami, sampai setiap jawapan tutorial, semua kami sental cakap tak reti nak buat.heheh~

aku yang sedang2 mengantok dgn selamba badak (badak pon x seselamba aku)

since saat tu setiap kali dia masok kelas, dia suka panggil aku jawab soalan kat whiteboard. dah la panggil aku bumi. since tu gak lagi classmate aku pon panggil aku BUMI, BUM laa..ada je.

macam tu la alkisahnya aku mendapat nama tersebut. tak sepasal terkamcing plak dengan lecturer dan menyebabkan aktiviti aku nak tido tergendala,huh.

TTFN~
