Monday, August 15, 2011

My Card Raya Project #2

hi. assalamualaikum kepada semua umat islam dan salam sejahtera kepada yang lain-lain. 

apehal aku formal hari ni? well, today is monday so, so, so.. ok takde reason yang munasabah aku nak bagi. hehe.. actually aku sedih wei, tsk~ tsk~ projek kad raya aku macam tak jadi je ni, huhu. bukan sebab ape, aku ni busy bekerja, sila ulang lagi sekali BEKERJA, see alasan munasabah tak? tak eh? ok sila abaikan. aku paling benci nak handle benda yang ada deadline sebab ni la. 24hb ni dah tarikh tutup untuk hantar kad raya, hari ni dah 15hb, yeah aku masih bekerja sampai isnin depan dan kad raya aku masih tak siap. patutnya dah on the way sampai kad member-member aku, ni tak, masih tak siap-siap lagi.

aku boleh je hantar lambat- lambat, tapi kau tau tak feel dapat kad raya sebelum raya dengan lepas raya? tak sama tau tak kemeriahan tu. bila kau dapat kad raya sebelum raya, kau akan faham isi kandungan kad raya tu, even aku just tulis "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin". kalau sampai lepas raya, benda tu dah jadi macam " oh sungguh lapuk", orang pun dah habis feel dah nak baca kad tu. orang tengok kad kau pon sebelah mata, posmen pegi hantar pon sebelah tangan, main sumbat-smbat je dalam tong pos, silap nasib tak baik, kad masuk dalam longkang pon korang dah tak perasan, yela, dah semua dalam mood raya.

pape pon, walau apa pon yang terjadi akan aku kerah seluruh ahli keluarga aku bagi 100% komitmen untuk menyiapkan kad raya aku minggu ni jugak-jugak. haha.. jangan korang tak hargai kad aku dah la, walaupon design aku buruk dan korang rasa ianya patut di tong sampah kan, korang fikir la habis-habis tentang tenaga kami sekeluarga telah gemblengkan dalam proses menyiapkannya. :D

okay ah, cau dulu, assalamualaikum. tcare (:

No comments: