Monday, December 27, 2010

Bila-bila..

bila aku kat luar rumah, tak on laptop, tak bawak balik laptop, tak boleh nak online dan tak macam2 lagi, aku selalu je dapat idea nak buat entri. tapi yang amat kesal menyesali bila aku dok depan laptop nak tulis entri, 1 habuk/hama pon tarak. adeh.. sangat membencikan la kalau selalu macam ni. bagi manusia2 lain yang dengar keluhan aku mesti rasa cam aku bagi alasan segala, padahal zaman kan dah canggih buah manggis, pakai henpon pon bley update blog pe.

hari ni nak cite pasal pak cik drebar bas yang sangat "bersopan santun". tadi aku dengan kawan aku cik pika nak balik simpang 4 la kan, pastu kitorang dengan bersemangatnye naik bas dengan harapan semuanya berjalan lancar. mula2, kitorang amek seat belakang coz senang nak tidor tanpa gangguan. kehkeh~ tapi ada gak gangguan, pastu separuh masa kedua(macam main bola lak) kitorang dengan berkobar2 nye pindah ke seat depan sekali woh untuk memudahkan plan nak turun betul2 kat simpang 4.

kalau turun kat simpang 4, takde la letih nak pegi kangar tunggu bas,pastu datang balik simpang 4. kitorang berkobar2 lagi sekali tak tido and tengok betul2 setiap jenis tanda yang dapat membuktikan kitorang dah hampir dengan simpang nak pegi hostel. elok2 je nampak tanda2 tu, kitorang panggil pak cik tersebut tanpa henti macam katak panggil hujan kononnye "oink.oinkoink~", ade ke patut O berbentuk bulat betul, pak cik tu boleh buat derk je.

kawan aku dah cemas ingat pak cik tu tak dengar disamping takot terlepas simpang tu. aku dengan sakit hati jiwanya, tau pak cik tu dengar terus cakap je nak turun kat depan tu. elok je lepas simpang tu dia stop. aku dengan kawan aku pon berlalu la sambil mengucapkan terima kasih yang tidak berbalas oleh beliau. betul2 'baik' pak cik tu kan. entah la zaman skunk ni kalau aku baca banyak eksiden yang melibatkan bus. aku boleh terbayang cara pemanduan dorang yang tak berhemah.

pak cik tadi tu pon bawak bas dengan secara tak berhemah, betul2 tak sayangkan nyawa dan akan menyusahkan orang lain. hei entah la ape nak jadi. kat bus lekat sticker "penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan kemalangan" yeke?? renung2kanlah dan selamat beramal.hehe~

3 comments:

idAti mALek said...

kat belakang bus ada lekat 'kami pemandu berhemah'...apedaa

A.T.I.Q.A.H S.H.A.H.A.R.I.N said...

tulaa psl..tah pape.

Fieqa said...

x sangka btol, smpai hati pak cik tu....