Wednesday, June 29, 2011

Awas! Jangan Menukar Ringtone Telefon anda Sebelum Tido

hi. wassup. assalamualaikum..

apa khabar ya anda semua? hope, engkorang-engkorang sehat ye.

seperti tajuk entri kat atas tu, aku nak pesan la kat korang, kalau korang nak tukar ringtone ke ape ke, sila jangan lakukan sebelum tido, especially bila korang dah betul mengantuk time tu. bahaya korang tau! benda ni baru je terjadi kat aku, so aku nak bagi nasihat la kat korang sebab aktiviti ni aku buat semalam dan malam sebelumnya.

hari 1st aku buat tu memangla takde side effect or masalah pape, tapi tup tup semalam dah berlaku pon kejadian tak diingini tu lalu membawa kesan hingga ke pagi tadi. mana taknya tengah aku "tekun" membuat kerja, tiba- tiba adala dengar bunyi henpon berdering.. ~~kring'kring'kring'kring (bunyi tu takdela macam ni, saja bagi korang gambaran je..hehe).

aku kan tengah tekun ni, jadi aku buat derk la, tapi masalahnya orang lain pon buat derk je, takde  sape pon yang jawab phone call tu. aku cuba la memberanikan diri menjenguk beg di sebelah aku ni. ceh~ henpon aku yang berdering rupanya. ade pulak budak ofis ni perasan aku sendiri tak perasan henpon aku yang ada orang call. aku pon cepat-cepat la jawab, buat-buat cool konon-konon macam tak kisah sangat la ada orang call.

ceh, malu betul, selamat tak semua orang kat ofis ni perasan. kalau tak malu jugak aku sehari ni. mau terus off henpon setiap kali dtg ofis untuk 1 bulan lagi. kahkahkah~~... tula faedah menukar ringtone kita tengah dalam keadaan separa sedar, silalah try untuk mendapatkan gaya cool menjawab call di khalayak ramai.(padahal nak cover malu sebab tak sedar henpon sendrir berdering).

ok la, nak sambung keje. seeya. tcare.

Monday, June 27, 2011

Mari Menanam Bunga Matahari!

hi.
menurut sumber yang aku baca dari sini Sunflowers to clean radioactive soil in Japan

cilok dari wikipedia.

melalui pic kat atas tu pon korang dapat lihat bahawasanya, kat sekitar kawasan loji tu ada dia tanam bunga matahari. lagipon bunga matahari ni comel je, kan cantik kalau tanam banyak-banyak.hehe..

bunga matahari dapat membersihkan kesan radioaktif pada tanah. kan hari tu Jepun dilanda gempa bumi yang menyebabkan tsunami dan juga menyebabkan loji kuasa nuklear meletup lalu kesan radioaktif pon terwujud.

moga dengan mengikut sama kempen mari menanam bunga matahari ni, kadar radioaktif dalam tanah dapatlah dikurangkan.

jadi, jom la kita tanam bunga matahari.hehe

Saja Nak Bajet Dah Dewasa.

hi.
hari ni tetiba dapat inspirasi tak mau dah update selalu sangat status kat FB. haha.. tiba-tiba aku rasa perbuatan aku selalu-selalu sangat dok update tu adalah sangat kebudak-budakan mengharap orang komen pastu 'like' la, apela. cis, aku nak berubah ni, menjadi manusia yang independent. wakaka..~~

agak-agak sampai bila lah aku dapat bertahan dari buat benda ni. kahkahkah~... kalau aku dah tak update status kat facebook pon, takde sape nak kesah sebenarnya. aku je tak habis bajet ade orang nak ambil tau pasal current activity aku. dah-dah-dah..

maka mulai hari ni, aku nak berhenti update status di FB. 

ok, bye. tcare.

p/s: nak update blog selalu la plax. >.<"

Tuesday, June 21, 2011

Hi..

fuyoohh~~..
dah lama kan aku tak update? boleh tak guna alasan busy bekerja?..kahkahkah~ padahal baru incubator kan, belum betul-betul kerja lagi dah busy macam ni, kalau kerja betul-betul nanti camne? mau makan, tido pon tak sempat.

aku ni suka letak buku-buku tepi bantal tido, khas nanti nak baca la time boring-boring tu. semalam masa dok pasang cadar, aku pon ternampak la buku catatan cite My 1st Crush. aku pon terfikir la, agak-agak bila lah aku boleh tamatkan cerita tu. lagipon kalau aku stop terus macam tak berapa nak best pulak sebab aku dah tulis setengah cerita kan?

takpela, andai aku ada masa lapang.. aku try la habiskan.walaupon takde orang nak baca, takpe. aku ok je. hee~

ok la, nak blah dah. dh takde idea aku nak mengarut banyak- banyak.

ok la, tcare. seeya!

Friday, June 10, 2011

Style Comment di FB

hi..
sejak aku asyik update ni, aku terpikir jugak, bila la aku nak update sambungan cite My 1st Crush tu. dah lama kot aku drag benda ni. sepatutnya aku habiskan cite tu kan senang, kesian kat orang yang memang follow cerita tu. sori tau weh, busy la tak sempat nak review balik rentetan cerita tu. blog aku ni pon seakan-akan dah takde pembaca, dulu aku rasa ada je kot, tambah-tambahan bila ramai yang tinggalkan komen or jejak kat shoutbox. tapi takpela nak buat macam mana kan, kalau blog tu dah boring, makhluk mana sudi nak stay lama-lama. aku paham eh, dan aku takde nak touching-touching pon. hehhe..

eh, tajuk entri ke lain, aku pulak ke lain. sori-sori...

sekarang kan Facebook dah upgrade lagi kepelbagaian fungsi untuk reply comment. so, yang aku rasa best adalah bila kita boleh like, bukan status je tapi comment orang sekali. nah bagi contoh, bagi kau senang paham :

ni contoh bila kita 'like' status orang.


ni pulak bila kita like komen orang.
dulu-dulu kita just bley like status orang kan kan? skunk kalau kita tengok kawan kita comment and content dia lebih kurang dengan apa yang kita fikirkan, korang boleh terus menekan "like". 

tapi ada je member aku yang setiap kali dia online, dia akan 'like' semua status aku, dari yang recent sampai yang previous. hari tu aku tanya dia, apsal  semua benda aku tulis, semua dia nak like, dia cakap" ni cara dia support member" some sort macam tu la. kahkahkah~~..aku pon tak paham ape jenis cara dia support aku macam tu. tapi basically aku pon sangat suka "like" status member-member aku, asalkan takde la mencarut tak tentu pasal or memaki yang bukan-bukan.

so, ni je aku nak mengarut and actually entri ni dah lama terperap. jadi hari ni aku nak bagi settle entri yang terperap ni, buat semak je mata memandang.

k ah, chow dulu.tcare! Assalamualaikum~~

P/s: tadi balik dari uma member aku dengan pika, time nak lintas jalan, tiba-tiba ada keta satria neo hitam meluncur laju. selamat tak kena langgar, tapi dia baik kot, suruh kitorang jalan dulu. dia nak pegi semayang le kot sebab time tu memang ramai orang nak semayang jumaat. bagus la berbuat baik di hari Jumaat ni. (: