Friday, August 19, 2011

Moga ALLAH memberikan aku Kesabaran yg Tinggi

hi.
nak cakap hi harini pon takde hati, macam nak lari balik rumah je. selamat rumah aku jauh wei. tsk T_T menangis di dalam hati mengenang nasib diri. sejak semalam perasaan insecure memenuhi segenap ruang hati aku, ruang minda aku dan ruang ofis ni sekali. aku tau aku tak lawa, tak cun semua tu dan aku sangat bersyukur dilahirkan dengan segala yang sederhana dan apa yang aku nak ceritakan ni bukan sebab aku rasa tak selamat disebabkan aku lawa okeh.

bermula episod semalam ada budak baru kat ofis ni. dia dah masuk jumaat lepas pon. dan budak tu adalah budak lelaki. aku ingat dia kaki masjid la. so aku consider dia orang baik-baik. sebab tengok muka style baik-baik je. aku tak mau la berprasangka buruk kat orang tak tentu pasal. aku tak tau la kalau korang yang baca ni nak judge kata aku perasan aku ialah perempuan bajet cun atau hot. sedangkan aku seniri rasa aku hanyalah perempuan biasa-biasa je. dan gaya aku takde vogue langsung, kalau tak pakai baju kurung, jeans lusuh pon aku pakai je, asalkan aku rasa gembira.

budak ni semalam cakap yang dia nak duduk kat meja depan aku, atas sebab nak on 2 laptop serentak. ok fine la alasan munasabah. 1st tu aku tak suka la, yela laki dok depan kita lama-lama, rimas wei. rimas. tak tau la kalau korang ok je. aku yang dah sekolah perempuan lama ni, memang tak berapa selesa dengan lelaki asing yang aku tak kenal. kalau yang dah aku kenal tu lain cerita la habaq mai. meja depan aku ni, kosong sebab budak praktikal yang sama dengan aku syafiqa kan dah berhenti. kepada pika, kalau dia terbaca entri ni, aku nak cakap " hi pika!! ^^". so, tempat tu sekarang ni dah kosong la kan. aku tau aku bukan permanent staff apatah lagi anak bos ataupon bos kat sini. tapi dengan adanya dia dengan muka yang membuatkan aku rasa goose bumps maka, kerja aku makin terbantut. sigh. tapi dalam hati aku merasakan tak fair aku buat dia camtu, dia pon nak kerja kan. so, aku pon mengagahkan diri aku buat kerja cam biasa cuma muka aku, sampai lenguh sebab nak stay muka masam.

actually  kat sebelah meja tu pon ade meja kosong. selalunya orang lain kalau nak guna. orang guna je meja tu, tak kacau kitorang bahagian admin ni. memang la meja tu ada tu ada tuan, tapi tuan tu selalu je tak datang. so kau duduk jela. ni tak, berusaha datang sampai kat bahagian kitorang ni. lepas aku berambus ni, sila la kau duduk suka hati kat mana kau nak duduk. sementara aku ada lagi, sila-silakan lah diri kau menjauh diri pandangan mata aku. yang membuatkan aku sakit hati adalah disebabkan dia tak keluar time lunch, selalunya dia keluar and aku assume dia pegi semayang wei, sebab masjid depan building ni je. tup-tup semalam tak nak dia keluar, stay kat situ tekun sangat bekerja. 

aku salu time lunch bulan-bulan puasa ni letak-letak kepala jap, lelap-lelapkan mata. yela aku datang 7.30 balik 5.30. padahal bulan puasa kalau masuk 7.30, 3.30 tu dah boleh balik. sebab takde waktu lunch kan. aku keluar kejap la untuk menenangkan minda aku yang kusut ni, bila aku masuk balik ofis, dia dah takde. dalam hati aku berkata-kata " eh, tau pulak kau nak keluar" aku pon baru nak amik feel tenang, kejap je dalam 5 minit pastu dia masuk balik. aku tak tau la dia pegi semayang ke ape sebab time tu memang masjid dah dekat nak habis semayang or dah habis pon sebab time aku keluar tu memang orang dah otw semayang zohor and masa dia balik tu geng akak-akak yang pegi masjid pon tak balik lagi. macam saja-saja je dia keluar sebab aku keluar. selalunya dia akan kejap-kejap keluar and apsal semalam dia tak keluar-keluar?!.   masa awal-awal dia tanya nak duduk depan ni, aku tunjuk je kat akak sebelah ni suruh dia mintak permission akak tu, dah la fail tengah banyak atas meja tu. oh, sabar jela. so nak dijadikan cerita ngeri, semalam akak yang selalu tutup ofis tu balik awal. so aku la yang kena tutup ofis.

orang lain dah balik dah 4 lebih camtu, yang dia stay je. budak laki lain dah la pegi meeting, dia tak reti ke nak chow, mesti la aku or sape-sape la pompuan kat dalam ofis ni rasa insecure dengan tinggalnya dia je laki dalam ofis. yang aku ni dah tak senang duduk, tunggu ayah aku call, tak call lagi. aku pon redi je, kemas cepat-cepat. pastu akak yang volunteer nak tutup ofis tu pon keluar nak pegi semayang asar. aku pon apa lagi kena gerak gak la, gila kau berdua-duan dengan dia dalam ofis. hoi tak nak aku. dah la tempat aku ni kena lalu depan dia kalau nak keluar. aku cepat-cepat call bapak aku tanya dah datang ke belum. eloklah bapak aku pon dah on the way. aku kalut kemas nak balik dia pon dan-dan la kemas, yang tadi dia dok tekun keje sangat tu apsal kan.

dah nampak aku redi nak balik dia pon dan-dan kemas nak balik jugak. serius dalam hati aku ni geram bercampur takut. pastu ye-ye je tanya aku pasal kunci. kalau kau nak berambus silakn jela, aku tak boleh nak pas kunci dekat kau, kang hilang pape naya aku. aku pon ape lagi cepat-cepat je jawab " tunggu kak yang keluar tu balik la" pastu dia tanya lagi lambat ke, aku cakap je kejap je kot. pastu cepat blah selaju yang mungkin. takut gila aku. dan pagi tadi dia datang awal. dah la masa mula datang jenguk-jenguk ikot pintu yang bahagian kaca tu macam perompak.pastu, usaha lagi tanya aku, boleh tak nak duduk kat meja depan ni. aku apa lagi bukak mulut la suruh dia duduk meja sebelah tu. aku cakap meja depan ni selalu nak guna. padahal tak guna sangat pon. terpaksa la aku menipu untuk kepentingan sejagat. tsk. dosa aku. pastu tanya lagi betul ke boleh duduk meja sebelah tu, tuan dia tak datang ke. aku cakap duduk jela, tuan dia dah berhenti kot. tak puas hati lagi tanya lagi kat aku, betul ke dia dah berhenti sebab dia nak duduk situ pastu nak pegi meeting pukul 9. sigh dalam hati ni ALLAH saja yang tau betapa terbakarnya. dah nampak muka aku masam, tanya lagi. aku cakap duduk jela.

pastu dah bukak laptop berusaha nak menghala ke arah aku. padahal semalam 2 laptop pon boleh je dok straight. serius cakap, bukan nak bajet hot tapi kalau korang dah tengok someone tu dah annoyed dengan korang sila-sila la sedar diri dan menjauh. aku pon tau aku salah nak judge dia tak tentu pasal, tapi tolong la bagi aku space. aku tak suka nak baik-baik sangat dengan strangers and it take times untuk aku adapt someone tu especially lelaki. selamat aku dah nak berhenti isnin ni. Alhamdulillah.

ok ah, entri panjang berjela tak tentu hala. tsk. tcare. selamat berpuasa.

Monday, August 15, 2011

My Card Raya Project #2

hi. assalamualaikum kepada semua umat islam dan salam sejahtera kepada yang lain-lain. 

apehal aku formal hari ni? well, today is monday so, so, so.. ok takde reason yang munasabah aku nak bagi. hehe.. actually aku sedih wei, tsk~ tsk~ projek kad raya aku macam tak jadi je ni, huhu. bukan sebab ape, aku ni busy bekerja, sila ulang lagi sekali BEKERJA, see alasan munasabah tak? tak eh? ok sila abaikan. aku paling benci nak handle benda yang ada deadline sebab ni la. 24hb ni dah tarikh tutup untuk hantar kad raya, hari ni dah 15hb, yeah aku masih bekerja sampai isnin depan dan kad raya aku masih tak siap. patutnya dah on the way sampai kad member-member aku, ni tak, masih tak siap-siap lagi.

aku boleh je hantar lambat- lambat, tapi kau tau tak feel dapat kad raya sebelum raya dengan lepas raya? tak sama tau tak kemeriahan tu. bila kau dapat kad raya sebelum raya, kau akan faham isi kandungan kad raya tu, even aku just tulis "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin". kalau sampai lepas raya, benda tu dah jadi macam " oh sungguh lapuk", orang pun dah habis feel dah nak baca kad tu. orang tengok kad kau pon sebelah mata, posmen pegi hantar pon sebelah tangan, main sumbat-smbat je dalam tong pos, silap nasib tak baik, kad masuk dalam longkang pon korang dah tak perasan, yela, dah semua dalam mood raya.

pape pon, walau apa pon yang terjadi akan aku kerah seluruh ahli keluarga aku bagi 100% komitmen untuk menyiapkan kad raya aku minggu ni jugak-jugak. haha.. jangan korang tak hargai kad aku dah la, walaupon design aku buruk dan korang rasa ianya patut di tong sampah kan, korang fikir la habis-habis tentang tenaga kami sekeluarga telah gemblengkan dalam proses menyiapkannya. :D

okay ah, cau dulu, assalamualaikum. tcare (:

Thursday, August 11, 2011

My Card Raya Project

lol. tajuk kemain tu, cakap Bi ok. yes, broken bi. wakaka.. dalam hati seronok gumbira nak update blog pagi tadi, bila klik je new post terus cakap ada masalah apetah, dorang tengah buat maintenance. aduhai, panas la pulak ofis ni, habis mood terus nak update. takpe, sebab dah start menaip ni baik jangan stop and teruskan je.

eh, dah sejuk pulak. ok, mengada gila macam nak bagi penendang sedas dua.

macam korang tengok tajuk kat atas tu haa, tahun ni saya atiqah telah berbesar hati ingin membuat kelainan sedikit berbanding tahun- tahun sebelum ni. dah berapa zaman entah aku tak hantar kad raya kat member-member, sahabat handai dan sesape yang mengenali aku, ayat bajet feymes ni, macam akulah artis youtube. *sigh* so, tahun- tahun sebelum ni tu time aku tak hantar kad raya paling hebat wish pakai mesej, nak hebat lagi kat FB, nak hebat lagi aku call sesaat dua. wakaka. maka, tahun ni tergerak hati aku nak hantar kad raya tetapi kepada sesiapa yang berminat je. ada point ke korang bagi kad raya kat orang yang tak paham sentimental value kad raya apatah lagi orang yang menghadapi masalah mental? takde kan faedah kan? 

maka, awal-awal puasa lagi aku dah announce kat Fb sape yang berminat nak kad raya dari aku sila PM kan alamat dorang, as soon as possible la kan. maka sambutan yang aku dapat, mula-mula tak memberangsangkan sampai 2, 3 kali juga aku kena post pasal benda tu. ada jugak yang ingat aku ni main-main je. sekali sebab aku dah banyak sangat post pasal benda tu, ramai giler yang nak, aku pulak start la kira bajet, OMG.. tapi disebabkan aku ingat dah lama aku tak bagi kad raya, so apehal nak berkira kan? sempena bulan ramadhan yang mulia, setan-setan takde tapi aku tetap panas baran macam biasa, so aku teruskan la projek tu. aku dah prepare barang-barang semua untuk kad raya tu, sebab aku nak design sendiri eventhough aku ni memang tak kreatif langsung di samping akak i yang tetiba rajin nak hiaskan sampul.haha..

ok, aku ni pon kurang cerdik jugak, sebab aku prepare barang-barang sume cukup-cukup je. tsk~, kalau la ade kawan aku tetiba nak jugak naya nih, masa dah la semakin suntuk. kot la rosak ke ape time buat tu.. aiyoo~..so far, tak start lagi sebenarnye, bru 1% progress projek aku. naya kalau kad raya sampai lepas raya.

ok la, tu je, jumpa lagi. tcare.