Wednesday, July 13, 2011

Surat Untuk Kawan #1

hi, apa khabar kau sekarang? aku harap kau sihat dan gembira selalu.

 mungkin kau takkan baca surat virtual di blog usang aku ni, tapi ni saja lah alternatif yang ada bagi aku untuk meleraikan kekusutan yang melanda kita seperti taufan katrina, setelah mesej-mesej yang aku hantar tidak berbalas. secara berbesar hati aku ingin memberitahu kau, yang aku amat sangat terkilan dengan kau. ye kau lah, yang aku kenal sejak kita bersekolah bersama, bukan yang baru aku kenal semalam tapi hampir 6 tahun. 

tahun lepas di hari lahir aku, yang tak special mana pon tambah-tambahan kalau nak bandingkan dengan hari lahir aku yang ke-17 tu, aku membesarkan hati aku sebesar yang mungkin untuk bercakap dengan kau melalui telefon untuk berborak, bergosip, (oh ya, aku kan memang suka bergosip secara sembrono) dan berbagai-bagai lagi. waktu itu kau masih seperti aku kenali dulu, ke-eksaited-an kau masih terserlah setiap kali kau bercerita dan itu yang membuatkan aku suka bersahabat dengan kau.

tapi selepas itu, hubungan kita agaknya makin retak. berlalunya semester 4 aku di sana, kau pon mula menjauh. aku tak tahu apa salah aku. setahu aku, aku dah cuba mempertahankan persahabatan kita dengan selalu keep in touch dengan kau. aku tak tahu la kalau kau berharap aku berbalas mesej dengan kau selalu, sedangkan mesej yang aku hantar sempena hari lahir kau pon tak berbalas, dan untuk pengetahuan kau aku hanya menggunakan telefon bimbitku itu untuk menelefon keluarga ku di kampung sahaja. aku juga bukanlah manusia yang tak reti membalas mesej, cuma kadang-kadang terlambat saja sebab aku banyak hal lagi nak buat dari mengadap henpon tu. sudah la waktu itu final exam sudah hampir, walaupon aku bukan la sibuk study tapi tohmahan yang kau berikan pada aku, mengganggu jiwa aku, kau tau tak, aku mesej kau pon, kau ingat aku nak cari pasal. malas aku nak mengungkit la.

kau ingat lagi ke kenangan-kenangan kita dulu? kalau tak ingat, aku tak berdaya nak terus menaip kerna terlalu panjang kisah kita untuk diringkaskan. kau tak aktif dulu dan gambar kau tak ada dalam majalah sekolah kau tuduh aku yang mengajak, padahal aku ingat lagi waktu tu kau jugak yang rebellious, semua undang-undang sekolah kau nak tentang, dan untuk pengetahuan kau, aku sikit pon tak menyesal mempunyai kenangan pahit disebabkan kau, sebab aku suka kenangan-kenangan begitu. barulah epik sikit dari asyik ikot peraturan sekolah dan menjadi pelajar cemerlang. tapi kau seakan-akan menyalahkan aku ke atas apa yang berlaku, tapi takpe aku telan je sebab aku kan kawan kau dan kau juga kawan aku.

kau bukannya tak bijak, kita dulu saling kejar-mengejar dalam mendapat keputusan peperiksaan yang baik. result kita selalu lebih kurang je hah. tapi ade juga subjek yang kau pandai, aku respek tu. aku dulu tak pegi tuisyen pon kan, kalau tak tahu apa-apa kadang aku tanya kau je, sebab kau kan pegi tuisyen, walaupon kadang-kadang kau tak berapa nak layan aku. tapi aku menulis ni bukan nak mengungkit apa-apa cuma kau patut berhenti menyalahkan orang lain terhadap apa yang berlaku. dan tak lupa juga, aku anjurkan kau berhijrah ke perlakuan yang lebih baik dan meninggalkan perangai suka serkap jarang kau tu.  bukan apa,disebabkan kau selalu sangat membuat prediction memb*b* buta (maaf aku bukan memaki kau), kau telah melepaskan banyak peluang cerah dalam hidup kau lalu memilih peluang gelap yang ada kemudian menyesal di kemudian hari. aku bukan nak mengaibkan kau cuma aku dah lama nak tegur kau, tapi kau tau la, aku ni pon tunggang terbalik jugak, apakan daya kita manusia biasa. jadi, marilah kita berubah.

kalau nak ikot hati aku membebel tak tentu hala, entri ni mungkin akan berjela-jela bersamaan seratus entri aku yang lepas. jadi aku nak kau tau yang aku akan support kau asalkan kau memilih untutk hidup dalam keadaan yang lebih cemerlang. kau boleh kongsikan apa saja cerita dengan aku, sebab aku memang rakan gosip yang terbaik ( aku tau bergosip ni berdosa T_T) tapi aku tak suka nak putus persahabatan tanpa sebab, tapi kalau kau serkap jarang lagi dengan membawa cerita aku mempunyai kekasih dan melupakan kau, sekali lagi aku tegaskan aku tak ada kekasih dan kalau aku ada suami pon, apehal aku nak lupakan kau, kawan aku pon kalau nak dibilang dengan jari yang aku ada pon lebih lagi jari dari kawan yang aku ada. jadi hentikan tohmahan dan mari mulakan hidup baru tanpa terlalu memandang negatif dalam setiap perkara.

kalau kau benar-benar tak mahu bersahabat dengan aku lagi, tampillah  ke depan dan suarakan hasrat hati kau, aku takkan menghalang, kalau itulah yang terbaik buat kau. kalau aku melihat kau berjaya dari jauh pon sudah cukup membuat aku gembira kerna kau tetap sahabat aku selamanya walaupon kau tak anggap aku sahabat kau lagi. moga kau faham betapa bermaknanya kau dalam hidup aku. sekian. moga kau sentiasa dibawah perlindungan ALLAH (may ALLAH bless u).

yang ikhlas,
-sahabat yang tak dianggap-

5 comments:

cahaya izzaty said...

ni btul2 ke tipu2??@_@

Cik Atiqah Shaharin said...

hg rse ape? cbe la teka.haha

Idati Malek said...

amboii...sahabat yg tak dianggap tuu!

cahaya izzaty said...

mcm btul..tp dramatik sgt cte hg..tu yg igt tipu2..wkaka

Cik Atiqah Shaharin said...

idati: rawks kn ckp shbt x dianggap..ahha

cahaya izzaty: betul la, mne da dramatik, ni hakikat derr~